Bab 15

76 30 2
                                    

"Tahu sebab Fatini tu sepupu abang sebelah family ibu abang,"

Eydan terkejut. Oh maknanya, Fatini cousin Adrian pastu makcik Adrian tu mommyh? Benda baik ni!

"Seriuslah? Abang tak tipu?" tanya Eydan lagi.

Adrian mencebik sambil mengangguk. Eydan memandang Adrian dengan tekun. Ha, bolehlah hensem sikit. Hero mestilah kena hensem, kan?

"Gila lah. Macam mana perangai Fatini time abang jumpa dengan dia? Dia macam mana kat rumah? Dia suka apa? Makanan? Minuman? Warna? Dia tak suka apa-"

"Hesh boleh diam tak? Dia suka Eydan. Puas?" Adrian menolak pipi Eydan yang semakin dekat dengan wajahnya.

Sampai terkeluar air liur masam milik Eydan. Apa salah Fatini dapat lelaki macam Eydan?

"Apa? Fatini suka Eydan?" Habis satu bilik bergegar apabila mendengar Eydan menjerit.

Dah lah waktu malam ni. Puntianak pun boleh insecure dengar jeritan Eydan. Jeritan yang amat dasyat, iaitu jeritan dasyat dan sedasyat-dasyatnya kerana dasyat oleh dasyat.

Tok! Tok!

"Woi! Boleh diam tak? Nasib ibu, ayah dan nenek dah tidur! Kalau bunyi sekali lagi, aku sepak kepala kau!"

Bunyi amaran dari Eiyra di luar bilik itu didengari oleh Adrian dan Eydan. Lantas Adrian berdiri dan membuka pintu bilik.

Peluang yang tepat untuk memandang wajah bidadari hatinya. Adrian menguak pintu tersebut dengan lebar sekali. Uish, excited bebenor.

"Hai Ira," tegur Adrian.

Kaki Eiyra terus terhenti apabila mendengar namanya diseru oleh musuh cicak. Ehek. Lantas wajah Eiyra berpaling ke arah Adrian.

"Waalaikumussalam, nak apa?"

K sentap. Adrian menggaru belakang tengkuk sambil tersengih-sengih. Cis, terkena aku!

"Emm awak dah nak tidur ke?" tanya Adrian.

Eiyra mencebik bibir. "Lepasni. Kenapa?"

"Kita makan jajan dulu nak? Dekat dapur, tak ingat saya, tadi saya ada beli jajan. Nak tak?" Adrian mempelawa bakal isterinya itu.

Uish, Eiyra tetap cantik di mata Adrian walaupun Eiyra memakai tudung. Jaga aurat selagi ada lelaki bukan mahram yang berada di dalam satu rumah.

"Err okey lah," Eiyra mengangguk.

Yuhuu! Adrian terlopong apabila mendengar jawapan dari Eiyra. Perlahan dia mengukir senyuman. Sedikit demi sedikit, Eiyra semakin jinak. Ha bagus, camtu lah sayang saya. Hehe.

Adrian menutup pintu bilik dan mula melangkah berjalan beriringan dengan Eiyra menuju ke dapur.

"Abang Adrian, pasal Fatini macam mana?" Eydan yang menjerit dari pintu yang memanggil namanya itu hanya dibiarkan tanpa menjawab.

Malas jawab. Kang Eiyra fikir Fatini tu perampas dalam kisah cinta dia, naya nanti.
Eiyra hanya beriak biasa disebelah Adrian. Diorang ni kan, masa dah nak akhir pun masih tak nak tidur. Dah lah esok pulang bandar, aish.

Sesampai saja di dapur, Adrian melabuhkan punggungnya di depan Eiyra. Alaa, tak lama pun sampai kat dapur tu. Kira-kira 30 saat je. Besar bebenor rumah kayu nenek Eiyra ni sampai berjam-jam baru sampai ke dapur.

"Mana jajan? Mana kau letak?" tanya Eiyra.

Tangannya mengambil cawan kosong dan matanya melilau mencari gula. Masa malam, baru enak minum milo.

"Kejap, tengah cari ni." Adrian membuka laci meja yang berada disebelah peti sejuk itu.

Terdapat banyak plastik yang berisi gula-gula, roti-roti, keropok, kerepek, merepek pun ada. Eh tak lah, gurau je, takde merepek.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now