Bab 42

59 17 1
                                    

Pagi yang indah buat Eiyra.

Kenapa?

Sebab ada Adrian yang original di sisinya.

Dapat saja melihat sekujur tubuh yang sedang membaca buku itu, dia melangkah menuju ke arah sofa tersebut.

Eiyra berdehem kecil sebelum melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan Adrian. Lelaki itu lantas menoleh.

   "Hai, baca apa tu?" tanya Eiyra.

"Buku," jawab Adrian selamba.

"Tahulah buku tapi buku apa?" tanya Eiyra.

Bengang pula hatinya. Rasa mahu sepak je kepala lelaki ni. Urghh, geram lah. Tahulah itu buku, takkan surat khabar pula.

"Buku Eiyra," jawabnya lagi.

    "What? My book?" Eiyra tercengang. Dia terus merampas buku itu di tangan Adrian.

"Your mom give it to me," jawab Adrian tanpa perasaan di wajahnya.

Eiyra memandang ke arah buku itu. Buku nota dan polaroid yang dia buat dari umur 17 tahun hingga sekarang. Banyak yang dia lalui sudah diceritakan di dalam buku itu.

    "Mana ibu saya dapat jumpa buku ni?" tanya Eiyra. Dia menyimpan semula buku itu ke atas ribanya. Tak mahu Adrian membaca lagi.

"Tak tahu. Saya nak baca balik, give it to me," kata Adrian sambil menghulurkan tangannya. Dia meminta buku itu semula.

Eiyra menggeleng. Dia meletakkan buku itu ke tepinya. Dia tidak mahu Adrian membaca lagi. Ianya memalukan ! Kisah muka dia kena lumpur pun ada.

   "No. Jangan ingat awak muncul dalam mimpi saya, kali ni nak minta lebih-lebih pula ya? Tak boleh!" kata Eiyra dengan tegas.

"Nah, just dream on girl. Saya nak baca sebab ibu yang bagi kat saya so saya belum habis lagi," balas Adrian tidak mahu mengalah.

     "Awak dah baca sampai kisah umur saya berapa?" tanya Eiyra.

"Sampai nenek kebayan kena lumpur akibat tergelincir kerana tak sabar nak bermain?" Lelaki itu tersenyum sinis.

Eiyra mengetap bibirnya. Hatinya panas. Dalam masa yang sama, dia juga malu. Tapi Adrian menyindirnya. Ini tidak boleh berlaku!

    "Huh lupakan kisah itu. Saya tak mahu bagi awak buku ni. This is mine !" kata Eiyra.

"Well, tak lama lagi awak akan jadi milik saya so what's yours is mine, right?" Adrian menghampiri Eiyra.

Hanya seinci saja jarak mereka berdua. Adrian sengaja merapatkan badan mereka agar dia boleh mencapai buku di sebelah Eiyra.

Eiyra terkaku. Badannya mengeras. Dia dapat rasakan nafas Adrian terasa di pipinya. Lelaki itu cuba untuk merapat dengannya.

"Gotcha!" Adrian tersenyum menang.

Dia mengambil buku itu lalu dibawa ke atas ribanya. Dia tahu, Eiyra takkan dapat ambil apa-apa barang di dalam genggaman lelaki. Gadis itu, sangat sempurna.

"Erghh, fine !" Eiyra mengecilkan matanya. Sakit hati dengan tindakan Adrian yang menipu semata-mata.

    "Nak merajuk ke?" usik Adrian. Senyuman menangnya masih terlakar di bibir.

"Get lost in my life, you jerk !" Eiyra menjerit kecil. Hatinya masih sakit. Sakit lagi daripada ditinggal Adrian dalam mimpi.

Bila ada betul-betul, geram pula.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now