Bab 14

73 32 4
                                    

  "Apa kata, kita jumpa dengan Hara. Nak?"

Zamri tersentak. Kenapa perlu jumpa? Secara bersemuka? Zamri lantas menggeleng.

   "Tak. Tak boleh. Aku takut nanti dia tak selesa dengan kedatangan kita. Lagipun dia memang dah gembira dengan lelaki tu," jawab Zamri.

Tengku Adam mengeluh. Aish, susah betul bercakap dengan sahabatnya ini. Rasa nak lempang dengan komputer pun ada.

   "Kan aku dah kata, mungkin lelaki tu hanya kawan. Belum cuba belum tahu. Lepas kita tahu lelaki tu kawan ke apa ke, baru boleh kau nak meroyan bagai." Tengku Adam berdiri lalu menuju ke arah pintu biliknya.

Zamri memerhati langkah Tengku Adam yang seakan-akan menghalau dia keluar dari bilik ini.

   "Esok kita jumpa Hara. Sekarang ni, baik kau keluar sebelum aku kehilangan idea nak buat background ni." Tengku Adam membuka pintu biliknya.

Zamri menjeling tajam. Orang nak mengadu manja pun salah. Kalau dia mengadu, boleh pulak meroyan bagai.

Putt...

Tengku Adam mengetap giginya tanda geram. Habislah bilik dia ni timbullah bau yang tidak menyenangkan.

Lantas Zamri ketawa kecil. Dia berdiri mendekati Tengku Adam yang sedang berdiri tegak itu.

   "Kau ni kan, kalau tak tinggalkan kesan tak boleh ke? Macamlah kentut dia tu wangi sangat," Tengku Adam berdecit.

Zamri hanya mengendahkan soalan berbaur sindiran. Dia berhenti betul-betul dihadapan sahabatnya itu.

  "Macam mana nak jumpa dengan dia?" tanya Zamri. Dia kena serius waktu-waktu begini. Netizen Malaysia tak pernah serius.

Eh?

Entahlah. Tengku Adam berdehem seketika. Fikirannya mula meliar ke mencari jawapan yang tepat bagi soalan Zamri itu.

   "Kau contact lah dengan dia."

"Tapi aku dah block dia."

   "Kau unblock balik lah dia."

"Tapi kalau aku unblock, pastu aku chat, dia block aku."

   "Kau call je dia."

"Kalau dia decline?"

   "Bodo lah kau ni. Kau cuba jelah, banyak songeh bagai,"

Tengku Adam mahu menunjal dahi Zamri tapi Zamri sempat menepis. Macam lah tak tahu perangai Tengku Adam ni, sikit-sikit nak menunjal.

Kesian tengok mak bapak Tengku Adam. Mesti Tengku Adam masa kecil dulu suka tunjal dahi kawan-kawan dia pastu mak bapak dia dipanggil oleh pengetua. Sian ek sian.

   "Eh kau ni. Aku takut dahi aku berlubang kalau kau asyik tunjal aje dahi aku ni. Cemburu cakap cemburu sebab dahi aku ni perfect kan?"

   "Ceh. Takde masa aku nak cemburu bagai. Esok kau cuba buat apa yang aku suruh. Lepas dah dapat jawapan, kau call aku. Kita pergi sama-sama." Tengku Adam menepuk punggung Zamri dengan kasar agar Zamri keluar dari biliknya itu.

Zamri cepat menepis kasar tangan Tengku Adam yang cuba ingin 'memperkosa' punggungnya itu.

   "Eyyh janganlah tolol sangat nak cedok balik bau kentut aku." Tangan Zamri meliar ke arah perut Tengku Adam untuk memberikan cubitan manja.

Eh, manja lah sangat.

   "Eh eh." Tengku Adam cepat beralih ke tepi dan menepis 'jari ketam' milik Zamri itu. Zamri tergelak kecil.

ADRIAN : MAINAN MIMPIWhere stories live. Discover now