E.H.T.L |bab 1

9.4K 531 6
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Mataku perlahan-lahan dibuka. Keadaan yang kabur semakin kelihatan jelas.

Aku...dalam kereta? Ye aku sekarang ni dalam kereta. Aku melihat si pemandu disebelahku menggunakan hujung mata,tetapi kepekatan malam menjadi penghalang.

Tapi aku tahu siapa dia. Lelaki mata emereld. Macam mana aku tahu? Sebab bau perfume dia.

Aku tidak berani untuk membuka mulut. Pandanganku dibuang ke luar tingkap.

Kenapa aku kena lalui semua ini. Kalaulah arwah umi masih ada denganku,mesti semua ini tidak berlaku.

Ya,ini semua berlaku selepas arwah umi meninggal dunia. Ayah tiriku,yang berkahwin dengan ibu selepas kematian walid mula menunjukkan tanduknya. Tiada lagi layanan baik dan senyuman manis.

Yang ada hanyalah muka bengis,yang selalu menyiksaku. Baru ku tahu,semua kebaikannya dahulu hanyalah ilusi. Apa yang dia mahu hanyalah harta milik arwah umi.

Dan sekarang,apa yang dia tahu hanyalah berjudi,main perempuan dan melakukan jual-beli yang haram. Dan aku,hampir-hampir dijual oleh ayah tiriku sendiri.

Ahmad Yakob. Segaris nama yang amat aku benci. Aku berjanji pada diriku,yang aku akan membalas dendam terhadap apa yang dia telah lakukan padaku dan arwah umi.

Kerana terlalu ralit termenung,aku tidak sedar yang kereta yang bergerak tadi telah berhenti. Orang disebelahku juga sudah tidak kelihatan.

"Kau nak duduk dalam ni sampai esok ke?" pintu tempat aku duduk itu dibuka dari luar.

Dengan laju aku keluar dari dalam perut kereta sambil kepala digelengkan.

"Ikut aku" hanya 2 patah perkataan itu sahaja cukup untuk aku mendengar arahannya.

Aku sendiri terkejut. Aku yang keras kepala ni,ikut cakap orang? Wow,amazing!

Sambil berjalan,kepala sempat ditoleh semula ke belakang. Mataku membulat dan rahangku hampir jatuh ke tanah.

Aku baru lepas naik ferrari 458?! Like seriously?!

Pintu kaca di lobby itu terbuka. Beberapa orang yang berada di kaunter itu menunduk hormat kepada lelaki bermata emereld ini.

Dia ni orang ada-ada ke?

Aku melihat nama yang tertera pada dinding belakang kaunter pertanyaan itu. 'SKY RESIDENCE'

Sekali lagi aku rasa macam rahang aku nak cecah tanah. Siapa sahaja tidak tahu tentang tempat ini?

Hanya orang yang terlebih kaya sahaja mampu membeli kondominium yang harganya tidak mampu aku sebut.

Aku melangkah masuk ke dalam lif bersama lelaki bermata emereld. Kad akses di scan pada lif sebelum punat tingkat 10 ditekan.

Suasana diantara kami hanya diam. Tiada siapa yang memulakan bicara sehinggalah pintu lif terbuka. Menandakan kami telah sampai.

Setiap tingkat hanya mempunyai satu kondominium sahaja. Dia punya besar tu kau jangan tanya la.

"Masuk" arahnya.

Aku masih tercegat di hadapan pintu. Takkan aku nak masuk? Berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram? It's a big no.

Dia seakan faham dengan apa yang berlegar difikiranku terus berkata "jangan risau aku tak buat apa pun dekat kau".

Aku mengangguk faham dan melangkah masuk.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now