E.H.T.L | bab 50

6.5K 311 1
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Gabriel's POV]
Darah yang menitik jatuh di atas lantai itu aku hiraukan. Genggaman pada pisau itu aku kuatkan sebelum ditarik dari tangan Hana dan dilempar jauh ke bawah katil.

Badan Hana aku tolak kuat sehingga jatuh terduduk di lantai. Ni first time,aku bekasar dengan makhluk bernama perempuan. Tapi,kesah pulak aku?

Nafasku turun naik. Hatiku berdetak kencang seperti baru habis lari pecut 100m.

Aku takkan maafkan diri aku kalau aku lambat satu saat tadi. Nasib aku sempat halang,kalau tidak aku tak tahu apa yang akan jadi pada permaisuri dan puteri kecil kesayanganku itu.

"L-love..T-tangan...." suara itu kedengaran begetar menahan takut.

Aku lihat tanganku yang dilumuri darah itu. Sial. Dia tak tahu hati aku ni lagi sakit bila tengok orang nak sentuh hak milik aku. Rasa seperti mahu tercabut jantung melihat situasi tadi.

Aku menghiraukan panggilan Eleeya. Kakiku bergerak ke arah Hana yang sudah mengundur kebelakang sehingga tersandar di dinding.

"G-Gab...Sa-sayang..." rahangnya kucengkam kuat.

"HANNN!!!" lantang suaraku memanggil dari dalam ward.

Tidak sampai beberapa saat,Hanif sudah muncul di hadapan ward VVIP itu.

"Yes master?" soalnya sambil memandangku yang sedang bercangkung.

"Call budak suruh kutip dia bawa pergi markas. And..." tanganku yang terluka di angkat.

Hanif mengangguk faham sebelum mengeluarkan telefon pintarnya dari poket kot doktornya.

Selang 15 minit, Ijoi sudah mengheret Hana berlalu dari situ. Aku hanya memerhati Hana yang meronta-ronta minta dilepaskan dari birai katil milik Eleeya.

"Okay done" kata Hanif apabila luka ditangan kiriku sudah dicuci dan dibalut kemas.

Hanif keluar dari ward itu setelah barang yang digunakannya tadi siap dikemas.

"Love...." aku memandang pemilik suara itu. Matanya sudah berkaca.

Perlahan-lahan aku mendekatkan diriku dengannya lalu tubuh genit itu dibawa ke dalam pelukanku. Serta-merta kedengaran tangisan dari mulut kecil itu.

"Hey,kenapa nangis ni sweetie? Ada sakit mana-mana ke?" soalku lembut.

"Jangan buat macamtu dah. Tahu tak El risau? El taknak tengok love sakit or cedera. El taknak hilang love....".

"Okay sowwy. Promise lepasni tak buat dah" aku labuhkan satu kucupan hangat di atas kepalanya tanda memujuk.

Belakang badan El aku gosok perlahan untuk menenangkannya. Wifey siapa lah cengeng sangat ni?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Selepas memastikan Eleeya dan Huril sudah tidur,aku melabuhkan kucupan di dahi suci milik Eleeya sebelum beralih pula kepada pipi montel puteri kecilku.

Ada sesuatu yang perlu aku selesaikan.

Aku memandang Ijoi dan Sky yang sedang berjaga di luar pintu ward.

"Jaga El sampai aku datang sini balik. Jangan benarkan sesiapa pun masuk kecuali Han" kataku tegas.

Aku sudah mengetatkan kawalan di luar ward milik Eleeya. Aku tidak mahu pisang berbuah 2 kali.

Selepas mendapat anggukan dari mereka,aku berlalu pergi dari situ.

Aku melihat Jay,Waiz dan Jimmy yang sedang menungguku di ruang tamu markas.

"Asal panggil datang sini?" soal jimmy malas.

Aku tidak terus menjawab sebaliknya membiarkan soalan itu tergantung tanpa jawapan.

"Ikut aku" pantas aku berjalan meninggalkan mereka bertiga yang masih terkebil-kebil.

Tingkat bawah tanah dituju. Bilik paling hujung itu aku tuju. Pintu besi itu aku tolak kuat dan terpancullah wajah susuk tubuh seorang wanita yang terikat di atas kerusi.

"A woman?" soal jimmy dengan dahi yang berkerut.

Jimmy memandang wanita itu pelik sambil tangan sedang membuka penutup botol air mineral. Belum sempat air itu diteguk,tangan aku lebih cepat merampas botol itu.

Langkah diatur ke arah perempuan itu sebelum air di dalam botol dicurahkan ke atas kepalanya.

Botol yang sudah kosong itu aku lempar ke tepi.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now