E.H.T.L | bab 7

7.1K 471 10
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Kerusi di sebelah Gabriel aku tarik. Dua orang lelaki yang fokus dengan Iphone ditangan mereka terus mengalihkan pandangan mereka ke arah aku.

Aku menarik-narik hujung hoodie milik Gabriel. Gabriel hanya menundukkan sedikit badannya supaya telinganya sama paras dengan mulutku.

"Diorang ni siapa?"bisikku.

"Let me introduce to you. This is jimmy and jay"katanya sambil mengenalkan mereka kepada aku.

Lelaki yang memakai t-shirt putih bersama jaket kulit berwarna coklat itu bernama Jay dan seorang lagi lelaki yang memakai jersey real madrid itu bernama Jimmy.

"Ni Eleeya" aku hanya tersenyum apabila dikenalkan.

"Gab,kau cekup awek mana pulak ni?" jimmy memandang aku dan Gabriel bersilih ganti.

KECEKAKKK!!!

Aku memandang ke arah Jay. Dia baru lepas ambil gambar aku ke?

"Kau buat apa bodoh?"soal orang disebelahku.

"Nak hantar dekat kakak kau. Boleh buat bahan bawang. #caughtin4K" Jay mengangkat-ngangkatkan keningnya.

"Tak payah bodoh kau. Kau hantar dekat dia,aku bagitahu kat akak pasal kau tak masuk office" aku dengar Gabriel mengugut.

"Erk,awak berdua family ke?"soalku yang dari tadi hanya memerhati.

"Yes and no" jawab mereka serentak.

Eh,mana satu ni?

"Dah la tu,jom la makan" jimmy sudah mengangkat tangannya memanggil seorang pelayan.

Sementara menunggu makanan,aku berbual dengan Jay dan Jimmy. Masuk air jugak dua orang ni. Gabriel pula hanya sesekali membuka mulut. Kadang angguk,kadang geleng.

Kenapalah susah sangat nak buka mulut tu. Ada ketul emas ke apa dalam mulut?

"Aku tak sangka pulak kau ada girlfriend,Gab. Dalam diam eh kau. Aku dengan jimmy pun takde girlfriend lagi" jay mula menyakat.

"Biasalah,an early bird,catch....worm. Worm apa eh. Eh Jay,kau ingat tak idiom tu?" jimmy menepuk-nepuk bahu jay,meminta pertolongan.

"Eh,bak sini nombor telefon cikgu bi sekolah rendah kau" Gabriel bersuara.

"Nak buat apa?" jimmy mengerutkan dahi. Gabriel ni buang tebiat ke apa?

"Nak call dia. Nak cakap anak murid dia tak membesar jadi manusia,tapi jadi bodoh"

"Auch! You hurt me in my meow-meow" jimmy menyeka air mata palsunya.

Aku di sebelah tergelak kecil. Jay menggelengkan kepala. Biasalah,jimmy ni memang sengal sikit.

"Korang memang kawan bertiga ke?" korekku lagi.

"Tak. Kitorang berempat. Tapi lagi sorang tu ada kerja" Jay menyedut air yang baru sahaja sampai bersama makanan tadi.

Kecur liur aku tengok makanan di hadapanku sekarang ini. Ada tomyam,daging masak merah,sotong goreng tepung,telur dadar. Senang cakap,makanan thai.

Selepas doa dibaca,terus satu suapan masuk ke dalam mulut. Rasa tomyam yang masam dan pedas itu memang menggugat imanku.

"Makan slow-slow,sweetie" hampir tersedak aku dibuatnya apabila Gabriel menegur.

Aku tak salah dengar ke? Dia panggil aku apa? Sweetie? Siapa sweetie kau nyah?

Aku ingat aku je terkejut. Rupanya,2 orang manusia yang bersama kami juga turut terkejut. Siap pakej mulut ternganga lagi.

"Gab,ni betul ke kau? Ke kau kena sampuk ni?" jimmy memandang Gabriel atas bawah dengan wajah risau.

"Ghisau ye ghisau haa" jay pun memberikan pandangan yang sama seperti jimmy.

"Korang before aku headshot kepala sekor-sekor,better makan diam-diam" kata Gabriel dengan wajah tenang.

"Yup,he's our Gabriel" kata jimmy dan jay sambil berpandangan antara satu sama lain. Kepala dianggukan.

Aku hanya mengelengkan kepala. Ada-ada je la diorang ni.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now