E.H.T.L | bab 23

6.8K 387 3
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku melihat keluar tingkap dari bilik yang berada di tingkat dua ini. Perasaan berdebar-debar kian terasa apabila melihat ramai wartawan dan tetamu yang mula berkumpul di perkarangan rumah agam milik keluarga Gabriel.

"Kau kenapa muka pucat sangat ni?" tegur iman yang sedang membetulkan shawl milikku.

"Tu kau tengok tu. Ramai kot. Takut aku"

"Kau nak takut apa? Gab dah cakap kan,wartawan tak dibenarkan untuk sebar gambar kau dan bongkarkan identiti kau"

"Tapi...."

"Kau ingat diorang berani? Orang yang teringin nak kena surat layang dengan si Gabriel tu je berani" kata iman tegas.

Ya,Gabriel sudah memberitahu aku bahawa dia akan merahsiahkan identitiku. Katanya,dia tidak mahu aku menjadi tumpuan orang yang boleh membuatkan aku tidak selesa.

Dan aku bersyukur untuk itu. Sekurangnya,takde la aku rasa macam life aku disekat atau dikawal.

Tok! Tok!

Pandangan aku dan iman teralih kepada pintu. Ibu sedang tersenyum sambil menuju ke arah kami.

"Jom,semua dah tunggu dekat bawah" ibu menggenggam tanganku.

Aku menuruni anak tangga itu ditemani oleh ibu dan juga iman. Mataku tidak henti melihat Gabriel yang segak dengan baju melayu serba putih itu.

Mukanya tenang,tidak menampakkan sebarang rasa gemuruh atau takut. Sempat aku nampak dia hadiahkan sebuah senyuman kecil bersama kenyitan mata padaku.

"Memandangkan semua dah ada,boleh kita mula?" tanya tok kadi itu. Semua di situ mengangguk.

Gabriel mula berjabat tangan dengan tok kadi itu. Cahaya falsh tidak usah dicakap. Boleh buat orang buta dah ni.

"Gabriel Adrien Bin Aqil Mustafa"

"Ye saya"

"Aku nikahkan dikau dengan Eleeya Farhana Binti Muhammad Hisyam berwakil walikan aku dengan mas kahwinnya sebanyak RM 10K tunai"

"Aku terima nikahnya Eleeya Farhana Binti Muhammad Hisyam dengan mas kahwinnya sebanyak RM10K tunai"

"Sah?"

"Sah!"

"Sah"

Tangan diangkat dan doa dibaca. Dengan sekali lafaz,kini aku sudah bertukar menjadi Mrs. Gabriel.

Gabriel berjalan ke arahku untuk sesi pembatalan air sembahyang. Aku mengesot sedikit ke kiri,memberikan ruang padanya untuk duduk di atas mini pelamin ini.

"Assalamualaikum wife" bisiknya ditepi telingaku sambil menyarungkan cincin pada jari manis milikku.

"Waalaikumussalam husband" kepala ditunddukan. Mencium tangan milik Gabriel.

Bunyi kamera bertalu-bertalu dari setiap arah didengari. Selepas itu,aku pula menyarungkan cincin kepada jari manis milik Gabriel.

Dahiku dikucup lembut oleh Gabriel. Terasa muka kian membahang dengan cahaya flash yang tidak berhenti dari tadi.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Majlis risepsi diadakan pada sebelah malam di DUCHY HOTEL. Hildegord dan Emir yang sponsor majlis resepsi aku dan Gabriel. Katanya sebagai tanda minta maaf tak dapat balik.

Jarum sudah mengenjak pada tengah malam. Baru lah aku naik ke suit yang sudah tersedia untuk aku dan Gabriel.

Pintu bilik dibuka menggunakan kad akses. Bilik yang tadinya gelap kini bercahaya. Gabriel masih belum naik. Mungkin masih melepak bersama anak-anak syurga kesayangannya.

Aku bergerak ke arah meja solek. Tudung yang membaluti kepala itu mula dibuka. Selesai dengan tudung,kini zip dressku pula dibuka. Bathrobe di atas katil diambil lalu dipakaikan ke tubuh.

Lega. Rasa hilang berat beban dress tadi. Peralatan mandi dan juga baju tidur dikeluarkan dari luggage miliku. Kaki diatur ke arah bilik mandi.

Tak kuasa nak lama-lama kat situ. Badanku sudah cukup melekit.

Baru sahaja ingin melangkah masuk ke bilik air,tiba-tiba terdengar pintu terkuak dari luar.

Klakk!

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now