E.H.T.L | epilog

8.2K 371 7
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

1 tahun kemudian...

[Gabriel's POV]
Bunyi nyaring itu membuatku terjaga dari tidur. Kepala ditoleh ketepi. Kelihatan bidadariku masih nyenyak tidur diulik mimpi.

Tangannya yang melilit pinggangku diangkat perlahan supaya tidak mengejutkannya dari tidur. Perlahan-lahan duvet yang membaluti tubuh itu aku tolak.

Aku mengangkat Huril dari katil bayi itu sebelum membawanya keluar dari bilik. Pintu bilik sebelah iaitu bilik peribadi Huril aku buka.

"Kenapa princess papa nangis ni?" badannya aku tepuk perlahan. Memujuk supaya tangisannya berhenti.

Baju tidurnya aku selak sedikit ke atas ingin memeriksa lampinnya. Masih biasa.

"Princess lapar ke? Kejap eh papa buat susu" aku meletakkan Huril ke dalam katil bayi miliknya.

"Princess jangan nangis. Kesian dekat mama. Kita bagi mama rehat okay? Princess behave kejap sampai papa habis buat susu boleh?"

Mata bundar yang masih dibasahi sisa air mata itu berkelip-kelip memandangku.

Aish comel sial anak aku!!!

Aku berjalan ke satu sudut yang menetapkan segala keperluan untuk membuat susu Huril.

Selepas siap membuat susu,aku kembali ke katil bayi yang menempatkan Huril semula.

Tidak sampai beberapa minit,sebotol susu itu sudah habis diminum olehnya.

Lapar betul gaya anak aku ni.

Tubuh genit yang kian membulat itu aku angkat. Belakangnya ditepuk lembut supaya sendawa.

Lama-kelamaan kedengaran dengkuran kecil dari Huril. Tahu lah aku bahawa dia sudah menyambung tidurnya semula.

Aku letakkan semula Huril di dalam katil bayi. Selimut pandanya aku tarik untuk menyelimutkan tubuh kecil itu.

Tidak dilupakan teddy bear panda kesayangannya yang dibeli di ikea diletakkan disebelah.

Baby monitor di 'on' kan sebelum pintu biliknya aku tutup dan kembali ke bilikku.

[End of Gabriel's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku keluar dari dewan sambil membetulkan jubah graduasiku. DAH HABIS DEGREE WEYH!!!

Rasa bebas tu sumpah tak boleh bawak bincang. Lepas penat berjuang bersengkang mata sampai 3/4 pagi,akhirnya....

"BABE!!!" Iman berlari anak ke arahku. Tak padan dengan pakai high heels. Gedik je nak lari.

Ni kalau jatuh ni sumpah aku tolong. Tolong gelak.

Aku membalas pelukan Iman sambil menepuk-nepuk belakangnya.

"Tak sangka kita dah habis study. Gonna miss the student vibes" katanya bersama muncung sedepa.

Aku hanya tergelak kecil dan menginyakan sahaja. Mata memerhati sekeliling mencari kelibat seseorang. Tiba-tiba mataku tertancap pada seorang lelaki yang memakai baju kemeja berwarna hitam di anatara lautan manusia.

"Babe,tu jodoh kau datang" aku memuncungkan bibir ke arah lelaki tadi. Iman menoleh ke arah yang aku tunjuk sebelum pipinya mula memerah.

"Weyh..aaa..mmm..aku..mm..gerak dulu ek?" aku menganggukan kepala. Sejak bila member aku jadi shy shy ton pun aku tak tahu.

Nak tahu Iman end up dengan siapa? Korang doa la author buat special chapter untuk Iman.

Tiba-tiba terasa gegaran dari poket jubah graduasiku. Tangan kanan menyeluk poket sebelum Iphoneku dikeluarkan.

Aku tersenyum kecil melihat nama pemanggil sebelum panggilannya aku angkat.

"Pusing belakang" dan talian diputuskan.

Aku tidak menunggu lama dan terus menoleh. Kelihatan Gabriel sedang berdiri dengan sebelah tangan memegang sejambak bunga ros merah manakala sebelah tangan lagi mendukung Huril.

Langkah dilajukan ke arah mereka. Sampai sahaja di hadapan dua insan yang aku sayang itu,terus pipi mereka aku cium.

"For you" bunga ros tadi bertukar tangan. Badanku ditarik masuk ke dalam dakapan Gabriel sebelum bibirnya mencium dahi licinku.

"Congratulations sweetie"

Mataku dipejam rapat. Menikmati saat indah ini.

Ya Allah,terima kasih hadirkan seorang insan bernama Gabriel Adrien dalam hidupku. Semoga kebahagian yang kami genggam kini akan berkekalan sehingga hari tua.


T A M A T

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEKde žijí příběhy. Začni objevovat