E.H.T.L | bab 17

6.8K 391 5
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Gabriel's POV]
Pintu markas itu aku hempas sekuat hati. Peduli apa aku,anak buah aku tengok ke tak? Bukannya diorang boleh marah aku pun.

"Aku nak semua masuk bilik latihan. Now" arahku tanpa memandang wajah mereka.

10 orang lelaki itu memandangku dengan muka blur.

"Korang pekak ke?!" tempngkingku kuat apabila mereka masih tidak bergerak.

Diorang ni dah benak ke semua? Lama sangat tak dapat mission sampai blur dibuatnya.

Mereka beratur dihadapanku setelah masuk ke bilik latihan.

"Master nak kitorang buat apa?" soal salah seorang dari aku.

"Serang aku" makin blur muka mereka.

"Aku nak korang serang aku. Siapa berjaya sentuh aku,aku bagi bonus bulan ni"

Mendengar sahaja perkataan bonus,terus sahaja mereka semua memanaskan badan. Dasar mata duitan je semua!

Satu demi satu dari mereka tumbang. Ye,aku tengah lepaskan geram dan marah aku dekat diorang.

Untuk pertama kalinya dalam hidup aku,aku rasa teramat marah bila ada orang sentuh sesuatu milim aku.

Eleeya Farhana. What have you done to me?!

Aku keluar dari bilik latihan itu apabila kesemua 10 orang tadi sudah terkulai di atas lantai.

Bilik peribadiku dituju. Muncullah wajah anak-anak syurga dari dalam bilik itu. Nama je bilik peribadi aku,tapi yang selalu gunanya bukan aku.

"Weyh waiz dalam rumah tu ada orang"
"Waiz datang revive aku dulu"
"Korang sabar jap boleh tak?"

Aku hanya membiarkan. Kerusi empuk di depan meja itu aku duduk. Mata dipejam sebentar.

[Flashback]
Seperti hari-hari biasa memang aku,jimmy,jay dan waiz akan melepak di markas. Harini aku datang untuk memeriksa bekalan peluru beretta yang baru sahaja sampai.

"Jimmy kau dah siap ke apa aku suruh buat?"

"Erk,pasal tu kan..." aku pandang wajahnya yang gelisah.

"Aku tak jumpa apa-apa pun pasal lelaki nama Naufal tu"katanya perlahan.

Aku tersentak. Tak mungkin. Jimmy adalah seorang hacker yang hebat. Mana mungkin benda sesenang cari maklumat ni tidak boleh dilakukannya.

Perasaan tidak nyaman mula menyapa diriku. Who are you?. Itu perkara yang berlegar-legar di mindaku.

Ting!

Bunyi notification itu meredakan susasan tegang tadi. Screen Iphone itu aku pandang. Notification whatsapp itu aku buka.

Sweetie <3
📍location
Awak tolong.

Aku bengun dari dudukku. Panggilan dari yang lain aku hiraukan. Dalam kepalaku sekarang cuma satu. Eleeya.

Aku memboloskan diri masuk ke dalam Ferrari 485 berwarna hitam itu. Pintu tempat duduk penumpang di sebelahku dibuka sebelum jimmy juga turut masuk.

Laju jugak mamat ni kejar aku. Ah,biarkan. Tu tak penting.

Pedal minyak ditekan sebelum keretaku mula bergerak.

Aku terkejut melihat tubuh kecil itu jatuh dihadapanku. Nasib sahaja aku sempat menyambutnya,kalau tak dah lama dia bercium dengan tar jalan.

Badannya aku goncang beberapa kali. Tiada sahutan. Sah,dia pengsan. Mukanya aku pandang.

Rahang diketap kuat. Bahunya aku cengkam sedikit.

Amarahku membuak-buak apabila melihat tepi bibirnya pecah dan semakin banyak lebam mula kelihatan pada muka bersih itu.

Aku memandang jimmy. Seakan-akan faham dengan apa yang aku kata,jimmy bergerak ke arah dua orang lelaki yang sedang terkulai lemah itu.

Glock 19 dikeluarkan dari poket belakang seluar. Dua das tembakan dilepaskan kepada setiap sorang sebelum jimmy menghubungi anak buahku yang lain untuk datang menyelesaikan apa yang patut.

Badan kecil yang berada dalam dakapanku ini aku cempung. Ringan macam kapas. Tak makan ke budak kecil ni?

Nombor iman aku hubungi. Menyuruhnya datang ke rumahku untuk menemani Eleeya.

[End of flashback]

Jam pada screen Iphone menunjukkan pukul 3.00 pagi. Sekarang aku berada di rumah Jay. Pembetulan. Bukan aku je,tapi sekali dengan si waiz dan jimmy juga tidur disini.

Gedik buat macam takde rumah pulak. Nasib sahaja harini sudah hari sabtu. Kalau tak,memang aku tak masuk office dah.

'Have a sweet dreams sweetie'

Aku menatap sebuah gambar di dalam gallery sebelum button lockscreen ditekan.

[End of Gabriel's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now