E.H.T.L | bab 5

7.7K 460 3
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Gabriel's POV]
Kaki diatur melangkah masuk ke dalam bangunan THE SPADE. Aku hanya mengangguk ke arah pekerja-pekerja yang menegur dan menunduk hormat.

Kita sebagai boss tak boleh sombong dengan pekerja. Nanti kena kecam.

Lif peribadi milikku dituju. Jimmy sudah berdiri di muka pintu lif. Dia keluar rumah tadi awal 5 minit je dari aku tapi belagak macam sampai awal setengah jam dari aku. Puiii~

Tingkat 30 dituju. Typical CEO. Boss memang duduk tingkat atas sekali.

Pintu kayu itu aku tolak. Briefcase diletakkan di atas meja sebelum punggungku dihenyak ke atas kerusi kulit dihadapan meja.

Aku dengar ketukan dipintu. Setelah memberikan kebenara untuk masuk,muncullah Jimmy bersama Ipad ditangannya.

Macam biasa rutinku di pagi hari. Mendengar jimmy membebel tentang jadualku sepanjang hari.

"Barang yang aku suruh Zee hantar tu dah sampai ke?"

Jimmy mengangguk. Hm,aku harap dia terima lah.

"Call Waiz. Cakap aku ada kerja untuk dia" jimmy mengerutkan dahi tetapi tetap sahaja mengangguk lagi sekali.

"Hey buddy!!!" pintu bilikku dirempuh dari luar.

Bala apa pulak dah pagi-pahi ni! Aku nampak wajah lelaki yang berjalan masuk itu sangatlah tidak bersalah.

"Kau buat apa dekat company aku ni Jay?" aku memandangnya dengan muka bosan. Jimmy pula sudah join dengan Jay duduk di hadapanku.

"Saje bosan pagi-pagi ni"Iphone dikeluarkan dari poketnya.

"Kau takde kerja dekat office ke?"soal jimmy pelik.

"Pekerja aku ada. Biarlah diorang yang buat kerja"

"Lingkup juga company kakak aku dapat dekat kau. Macam mana kau boleh jadi COO SKY Holdings eh? Tok baba kau mesti menyesal pilih kau" aku menggelengkan kepala sambil mengambil satu fail dari hujung meja.

"Eh mulut jangan main kasar eh. Hati aku ni dah la soft macam cotton candy"

Aku menggulingkan mata ke atas. Drama je lebih.

"Btw,aku datang sini sebenarnya nak bagitahu something"aku nampak Jay sudah menukar posisinya untuk duduk tegak.

Muka yang playful tadi berubah serious. Aku masih setia mendengar walaupun muka tidak memandangnya.

"King dah mula tunjukkan diri" hanya dengan segaris ayat itu membuatkan kerjaku terhenti. Mataku tepat memandang wajah Jay. Mencari tanda-tanda adakah dia sedang bergurau.

Tahniah anda di prank! Kameranya ada di sana! Say cheese!!

No. Ni bukan gurauan.

"Macam mana kau tahu?"soal jimmy yang sudah memberi perhatian sepenuhnya kepada Jay.

Aku nampak Jay mengeluh kecil. "Semalam waktu budak aku tengah lepak,diorang nampak ada orang gaduh. Lepastu orang tu terjatuhkan benda ni"

Jay menolak Iphonenya ke arah aku. Sebuah gambar lencana berbentuk mahkota bersama lambang huruf K terpapar di screen.

Its really King.

Sesiapa yang menyertai kumpulan The King akan mendapat lencana tanda sebagai ahli. Makin besar lencana,maka makin besarlah pangkatnya.

Kalau dilihat dari gambar ni,level mereka hanya kuli bawahan.

"Aku serahkan SHADOW dekat kau. Start from today,I'll help you" nada Jay amat tenang. Tetapi aku tahu betapa seriousnya ungkapan yang keluar dari mulutnya.

Aku mengangguk. Jimmy disebelahnya juga aku pandang.

King. Orang yang sudah berusaha keras untuk menjatuhkan aku tetapi masih gagal. Kehilangannya 2 tahun lalu membuatkan aku tertanya-tanya. Dan sekarang,dia sudah munculkan dirinya kembali.

Well,it's time for hunting boys.

[End of Gabriel's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now