E.H.T.L | bab 8

7K 435 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Seawal jam 7 pagi lagi aku sudah tercegat di hadapan rumah Gabriel. Besar tho rumah dia.
Telan liur aku tengok sport cars yang berderek dekat garage rumah dia ni.

Kaya gila dia ni. Kerja apa ek?

Rumah agam yang besar itu aku tatap. Erk,aku nak kena kemas rumah ni sorang-sorang ke? Boleh pengsan aku macamni.

Loceng ditekan beberapa kali. Selepas beberapa saat aku nampak pintu dibuka dari dalam. Wajah Gabriel yang nampak sangat baru bangun tidur itu kupandang.

Rambut messy,dengan hanya memakai sweatpants berwarna kelabu.

Eh jap. Dia pakai sweatpants je? Kini aku baru sedar yang Gabriel tidak berbaju. Teserlah otot-otot dan roti di badannya. Terus pandanganku dilarikan ke tempat lain.

Tak boleh usya lama-lama. Kang hidung berdarah japgi ha. Susah pulak.

He's so fucking hot for what?!

"Masuklah"katanya dengan suara serak. Ergh,suara dia pun dah cukup sexy.

Eleeya,apa kau cakap ni? Nyah,otak kuning! Main jauh-jauh!!!

Gabriel duduk di sebuah sofa yang berada di ruang tamu.

Aku hanya mengekorinya dari belakang. Selepas diberikan kebenaran untuk duduk,aku terus duduk di atas sofa berhadapan Gabriel.

"Aku tahu apa kau tengah fikir" terus tersentak diriku. Dia tahu ke pasal aku fikir dia tu sexy hot guy?! Habislah hidup aku!!!

Mukaku sehabis baik dineutralkan. Nak cover takut kantoi.

"Kau tak payah risau. Kau just perlu bersihkan ground floor ni,dengan bilik aku dekat tingkat 2. Bilik aku pintu warna kelabu"

Aku terkebil-kebil sebelum mengukir senyuman janggal. Ouh,dia cakap pasal kerja rupanya. Tepi kepala yang tidak gatal itu aku garu.

"Faham tak apa aku cakap ni?"soalnya apabila melihat aku seperti sedang mengelamun.

"Ye,faham"jawabku bersama senyuman.

"Good. Dah aku nak naik mandi" aku nampak Gabriel mula bangun dari duduknya.

Langkah yang diatur ke lif itu terhenti sebelum badannya dipusingkan kembali menghadap aku.

"Your first job is,ironkan baju aku. Kau masuk walk in closet aku. Pilih je mana-mana kemeja dengan tie. Habis iron letak je atas katil" ringkas dan padat arahan dari Gabriel. Memang nampak gaya macam boss.

Aku menuruti Gabriel ke tingkat atas. Baru aku tahu rumah ini sebenarnya 3 tingkat. Rumah punya besar,tapi duduk sorang je. Tak takut ke mamat ni? Kalau aku lah,ngeri sehh!

Pintu lif itu terbuka. Aku nampak Gabriel membelok ke kanan. Kau pun turut mebelok ke kanan dan terpancullah pintu berwarna kelabu yang dikatan tadi.

Rumah ini bertemakan kelabu dan hitam. Bagi orang lain mungkin sakit mata tengok semua benda warna hitam,tapi bagi aku tidak. Rumah Gabriel nampak luxury and elegent.

Aku nampak Gabriel sudah mencapai tuala mandi dan memboloskan diri masuk ke dalam bilik air.

Kakiku pula melangkah ke arah sebuah pintu gelangsar yang memisahkan ruang antara bilik itu. Terbutang mataku melihat apa yang ada disebalik pintu gelangsar itu.

Walk in closet dia ni sebesar grand master bedroom. Kau boleh bayang tak besar dia macam mana?

Dan sekali pandang sahaja aku tahu,semua barang dalam bilik ni amatlah berjenama yang memerlukan aku untuk ikat perut beberapa bulan hanya untuk memikiki satu barang dari dalam bilik ini.

Tangan laju membuka almari yang menetapkan baju-baju kemeja milik Gabriel. Dagu diurut beberapa kali sebelum sehelai kemeja bewarna putih diambil.

Kini aku bergerak pula ke arah almari lut sinar yang menempatkan berpuluh-puluh jenis dan warna tie milik Gabriel.

Dah pakai putih,mesti warna apa pun masuk kan? Maklumlah,aku ni perempuan. Perempuan tak pakai tie.

Tie berwarna hitam ditarik dari dalam almari itu.

Tidak sampai 10 minit,aku sudah siap menggosok baju kerja Gabriel. Seperti yang diarahkan, aku hanya meninggalkan baju itu di atas katil sebelum turun ke bawah menggunakan lif.

Dia pergi kerja pakai kemeja. Kerja office la tu. Tapi apa pangkat dia? Mesti tinggi kan,sampai boleh jadi kaya macamni?

Ah,tak perlu serabut fikir pasal tu. Takde kaitan pun dengan aku. Yang penting dia bayar gaji aku haa.

Kaki dituju ke dapur. Dah alang-alang datang awal kan. Apa kata buat simple breakfast untuk Gabriel?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now