E.H.T.L | bab 22

6.9K 404 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Kereta BMW milik Gabriel memasuki perkarangan rumah agam itu diikuti pula dengan sebuah lagi kereta Honda Civic milik Jay.

Aku dan Iman berjalan di belakang mengikut 4 orang lelaki dihadapanku. Kami telah sampai di rumah orang tua milik Gabriel. Rumah agam itu sungguh besar dan cantik.

Pintu utaman itu dibuka dari dalam,dan muncullah seorang wanita di hadapan pintu itu. Puan Mariam. Bakal ibu mertuaku.

"Wah anak-anak teruna ibu semua balik la" katanya gembira. Tidak lekang senyuman dibibirnya. Seorang demi seorang bersalaman dengan puan mariam.

"So,mana satu menantu ibu?" Puan Mariam memandang aku dan iman bersilih ganti sebelum memandang Gabriel.

"Yang pakai tudung" tiba-tiba sahaja tubuhku didakap erat. Aku memandang Gabriel dengan wajah keliru.

Gabriel sudah mengemam bibirnya. Bahu dijongketkan sebelum melangkah masuk meninggalkan aku dan iman bersama puan mariam.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Malam itu,aku dan yang lain berkumpul di ruang tamu untuk sesi berinai.

"El,you tak bagitahu pun you ada kawan yang cantik" jimmy membuat pout face di depanku.

"Tak nak kenalkan ke?" sambungnya lagi.

Aku melihat wajah iman disebelah yang leka memilih corak henna yang diingininya.

"Her name is iman nasuha"

"Wow,macam nama yang i kena isi dekat borang kahwin nanti la" jawabnya jimmy dengan teruja.

"Worry sometimes-sometimes" waiz yang duduk di bawah pelamin menggelengkan kepalanya.

"Apa tu bodoh?" jay mengerutkan dahinya memandang waiz.

"Risau kadang-kadang" waiz menjawab dengan confident yang dibeli mungkin di shoppe.

Jay sudah tercengang. Ye,teserlah kebodohan di wajah waiz ketika ini. Entah dia terlebih bijak sampai jadi bodoh,takpun dia terlalu bodoh sampai jadi double bodoh.

Iman yang terasa dirinya diperhatikan mengangkat wajah memandang jimmy.

"Apa pandang-pandang?" iman bertanya dengan nada dingin. Maklumlah perempuan ni memang kasar sikit.

"I don't know la kenapa. But,muka you ni nampak macam masa depan i" mood flirt jimmy sudah datang.

"Haha,ghisau ye ghisau. Emm,saya saya suka diri saya sendiri. Love yourself" iman membalas dengan senyuman yang paling indah.

Waiz dan jay sudah gelak terbahak-bahak. Untuk pertama kali dalam sejarah,Najmi Syakir di reject oleh perempuan.

Jimmy sudah tercengang. Mungkin tidak meyangka dirinya yang comel akan di reject mentah-mentah.

"Apa yang best sangat korang gelak?" Gabriel yang entah muncul dari mana duduk bersila di tepi aku.

"Gab,nak pakai inai juga boleh tak?" jimmy sudah membuat nada manja.

"Kau pahal? Bukan kau nak kahwin pun. Dah la baru lepas kena reject" waiz mengelap hujung matanya yang berair. Seronok betul gelakkan jimmy.

"Lah biarlah. Kau dengki pahal? Pakai je la inai,manatahu esok waktu kenduri jumpa jodoh. Boleh terus salam tok kadi"

"Jangan kacau wedding aku la bengap" Gabriel sudah mengetuk kepala jimmy menggunakan tangan yang tidak dipakaikan inai.

Sedang ralit melihat inai ditanganku,tiba-tiba perbualanku dan Gabriel petang tadi menjelma di dalam fikiran.

[Flashback]
Aku melihat satu sudut yang memaparkan beberapa buah frame gambar yang besar digantung pada dinding.

Frame gambar terbesar pada dinding itu ialah gambar Gabriel sekeluarga. Aku sudah sedia maklum bahawa,ayah Gabriel sudah meninggal dunia.

Gabriel berdiri di tengah,diapit oleh abang-abangnya manakal ibu dan ayahnya pula duduk di atas kerusi.

Emir Ukasyah dan Airiel Ukasyah. Abang kepada Gabriel. Mereka tidak dapat pulang ke majlis esok. Kenapa? Sebab Gabriel baru bagi tahu mereka pasal bendatu tadi. Mahu dimakinya tadi oleh abang-abangnya.

"Nanti muka kau pun akan ada dalam frame gambar family aku,sweetie" aku memandang insan disebelahku.

Aku tersenyum nipis. Esok. Esok statusku akan bertukar kepada Mrs. Gabriel.

[End of Flashback]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now