E.H.T.L | bab 14

6.6K 387 1
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

"Rumah siapa ni,Ien?" suara itu cukup lembut kedengaran di telingaku.

Ien,siapa Ien?

"Rumah lama Emir" Gabriel menjawab dengan nada yang lembut.

Aku terkejut. Aku tak pernah dengar dia bercakap dengan nada sebegitu dengan sesiapapun. Dan perempuan itu pula memanggil Gabriel dengan panggilan yang tidak pernah aku dengar.

Siapa perempuan tu? Istimewakah dia di dalam hidup Gabriel? Entah mengapa hatiku rasa sakit.

Aku tersentak. Perasaan apa ni?

"Who is this?" aku nampak dia pandang aku dengan pandangan pelik.

"My personal maid" jawab Gabriel ringkas.

"Uh-huh?" wanita itu pandang aku dengan Gabriel bersilih ganti dengan senyum misteri.

"No takde. Jangan nak pelik-pelik eh" Gabriel menafikan. Apa yang dia nafi pun aku tak tahu.

"Dah breakfast ke? Ada nak makan apa-apa tak? Kalau nak,Ien nak keluar beli" terus Gabriel menukar topik.

"Tadi masa nak datang sini,ada makcik jual lontong. Tiba-tiba teringin lontong. Ien,beli boleh tak?"

Sekali lagi aku terpana. Gabriel...senyum? Bukan senyum yang dibuat-buat. Tetapi senyum yang cukup manis dan ikhlas.

Serta-merta perutku diserbu rama-rama. Hampir sahaja hidungku berdarah melihat senyuman kacak maut Gabriel itu.

Sempat juga pesanan sepanjang satu page a4 paper diturunkan oleh Gabriel sebelum dia keluar. Sntah apa yang dia risau sangat,aku pun tak tahu.

Aku duduk di sebuah sofa yang berada di ruang tamu.

"Hai,nama you apa?" tegur wanita itu ramah. Lah,melayu ke? Ingat mat salleh celop tadi.

"Eleeya" jawabku beserta senyuman.

"Nama i Hildegord,call me Hilde" dia juga turut tersenyum. Damn,she's so pretty. Kalau lah aku ni lelaki,dah lama aku ajak dia kahwin.

Baru sahaja Hildegord ingin memyambung perbualannya bersamaku,tiba-tiba....

Bang! Bang ! Bang!

Bunyi tembakan yang kuat pada pintu sliding door itu mengejutkan kami. Badanku mengeras. Amende pulak ni?!

"Eleeya,you pergi cari tempat selamat nak menyorok" aku nampak Hilde mengeluh perlahan sebelum mengeluarkan dua pucuk pistol beretta 92 dari dalam begnya.

Makin mengeras badanku. Dia pegang pistol? Kaki yang semakin lembik itu tetap aku gagahkan untuk berdiri.

"Jangan keluar selagi semua tak settle" itu pesannya sebelum keluar dari rumah.

Selepas beberapa minit,tiada lagi bunyi tembakan kedengaran. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke arah muka pintu.

Aku terkejut melihat dua orang sudah jatuh terduduk tidak berapa jauh dari Hilde.

"AKAKKKK!!!" jeritku kuat apabila seorang lagi lelaki mengetuk kepala Hildegord menggunakan sebatang besi.

Semuanya berlaku sekelip mata. Aku terkedu. Iphone di dalam poket terus ku cari. Nombor Gabriel didail.

Aku mendekati tubuh Hilde yang sudah terbaring dia atas lantai itu.

Gabriel keluar dari kereta dengan wajah yang cemas. Tanpa banyak bunyi,badan Hildegord terus dicempung masuk ke dalam kereta.

Aku pula sudah masuk semula ke dalam rumah untuk mengambil barang yang tertinggal.

Hospital dituju.

"Please be safe"bisikku dalam hati

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now