E.H.T.L | bab 29

6.8K 382 20
                                    


Sila baca second part sambil buka lagu di atas. Ha baru ada feeling sikit kan?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Sekujur tubuh yang masih tiada tanda untuk bangun dari tidur itu aku pandang sayu. Punggung dilabuhkan di atas kerusi empuk bersebelahan katil itu.

"Sweetie,aku minta maaf" terasa perit setiap kali menelan air liur.

"Aku dah mungkir janji aku. Look at you right now.Aku janji nak jaga kau,tapi tengok la,sekarang ni. Kau terbaring dekat sini" tangan yang dicucuk iv drip itu aku gapai.

"Sweetie bangun cepat. Baru berapa jam aku tak dengar suara kau. Ak-aku rindu kau. Bangun lah. Bosan la kau takde" kekura tangan milik Eleeya aku cium lembut.

Mata dikedipkan beberapa kali. Entah mengapa rasa macam air mata terlebih murah nak jatuh.

"Bro,apa kata kau pergi ambil wudhu and then solat? You know the magic about doa right? Kau berbisik dekat tanah,tapi suara kau bergema di langit. Minta dekat Dia untuk kuatkan El. Supaya dia cepat bangun".

Aku memandang waiz yang bersandar di tepi tingkap sambil memandang ke arahku. Aku mengangguk kecil.

"Aku gerak dulu. Nanti apa-apa call" bahuku ditepuk lembut sebelum waiz keluar dari ward VVIP itu.

Hanya kedengaran bunyi pendingin hawa menerjah telinga. Aku mengeluh kecil. Kepala Eleeya yang berbalut dengan tudung sarung itu aku kucup lembut.

Langkah dibawa ke bilik air untuk mengambil wudhu dan menukar baju. Sejadah di dalam almari yang aku bawa tadi dikeluarkan lalu dihampar di atas lantai.

"Allahuakbar...."

Selesai membacakan doa,aku melipat kembali sejadah sebelum diletakkan semula ke dalam almari.

Baru sahaja kaki ingin kembali duduk di sebelah El,tiba-tiba perutku rasa tidak enak. Terus langkah dibawa semula ke bilik air.

[End of Gabriel's POV]

[Author's POV]
Seorang lelaki berpakaian doktor masuk ke dalam ward milik Eleeya. Wajah yang tenang dalam tidur itu dipandang sinis.

Sebuah picagari dikeluarkan dari dalam poket coat putihnya. Pergelangan tangan milik Eleeya diangkat sebelum picagari tadi dicucuk pada tangannya.

"Goodnight,Leo's..." lelaki itu melangkah keluar.

Gabriel membuang tisu ditangannya ke dalam tong sampah sebelum menuju ke katil milik Eleeya. Keningnya dijongketkan apabila melihat pintu ward itu sedikit terbuka.

"Ada orang masuk ke?" getus hatinya.

Baru sahaja ingin melabuhkan duduk,Gabriel terperasan dengan sehelai kertas putih di atas meja dihadapan katil Eleeya.

Have a sweetdreams Leo's. Say hello to your biggest nightmare.
-King-

Berderau darah Gabriel membaca apa yang tertulis di dalam kertas itu. Matanya terus tertancap pada Eleeya.

Bibir wanita itu semakin memucat. Gabriel terus mencapai tangan isterinya. Sejuk.

Nafasnya turun naik. Tangan laju menekan butang merah dikepala katil. Beberapa saat kemudian,doktor dan jururawat sampai di ward VVIP milik Eleeya.

"Master,please tunggu dekat luar" Hanif meminta agar Gabriel menunggu di luar sementara mereka melakukan pemeriksaan.

Gabriel hanya mengikut arahan Hanif. Dengan lemah dia melangkah keluar dari ward itu. Rambutnya dikusutkan. Iphone ditangan terus dibuka dan satu pesanan ringkas dihantar kepada anak-anak syurganya.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Gabriel mundar-mandir di luar ward isterinya. Lama betul pemeriksaan dilakukan. Dalam hatinya tidak henti berdoa agar isterinya selamat.

"Gab. Calm down" tegur jay yang sudah pening melihat rakannya yang seorang itu.

Jimmy sudah nyenyak tidur di atas riba waiz dengan patung dinasournya. Waiz pula melayankan sahaja perangai jimmy dengan menepuk-nepuk bahu jimmy. Persis mendodoikan seorang bayi.

Pintu ward itu dibuka mengejutkan semua orang.

"Master..." Hanif memandang muka tertunggu-tunggu Gabriel.

"First of all saya nak bagitahu yang ada orang cucuk racun dalam badan lady master. Racun tu dapat mematikan mangsa dalam masa kurang 30 saat. And i'm so sorry to say this,but...." jeda sebentar.

Hanif menarik nafasnya sedalam yang mungkin sebelum menatap wajah masternya.

"We can't save lady master. Lady master dah meninggal dunia 15 minit lepas. I'm sorry master,tapi Allah lagi sayangkan lady master"

Serta merta Gabriel menolak Hanif ke dinding,

"KAU CAKAP APA NI?!" kolar baju hanif dicengkam kuat.

"NO! EL STILL HIDUP!!!" suara Gabriel naik seotaf. Berita yang diterima amatlah memeritkan untuk diterima.

Jay terus menarik badan Gabriel ke belakang. Kang japgi Gabriel menggila,ada yang jadi arwah nanti.

"Hanif,blah" Hanif hanya mengangguk selepas mendengar arahan jay.

"NO NO NO! WIFE AKU STILL HIDUP! NO EL TAKKAN TINGGALKAN AKU! DIA DAH JANJI NAK STAY DENGAN AKU. NO BENDA NI TAK BETUL KAN? AKU MIMPI JE KAN?" Gabriel sudah melutut di lantai.

Badannya terasa amat lemah untuk berdiri. Separuh dirinya sudah hilang mengikut jejak langkah Eleeya.

"Aku baru nak rasa bahagia Jay. Aku tak cukup manjakan dia lagi. Aku tak sempat buat dia rasa macam mana jadi wanita terbahagia dekat muka bumi ni lagi. Kenapa? Kenapa dia kena pergi?!" lirih suara Gabriel.

Waiz,jay dan jimmy hanya mampu memandang. mereka sendiri terkejut dengan apa yang berlaku.

Masing-masing menjatuhkan air mata. Terasa sakit kehilangan Eleeya yang sudah dianggap sebagai adik.

Gabriel menekup wajahnya dengan tapak tangan. Membiarkan air matanya keluar semahunya.

Bagaimana dia mahu hidup kalau separuh jiwanya tiada disisi?

[End of authour's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛

Should I give you guys another female lead or korang nak Eleeya stay jadi female lead?

Jangan lupa comment and vote❤️

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now