E.H.T.L | bab 21

7.3K 416 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Pintu library itu ditolak menggunakan tangan kiri. Aku dan Iman mula melangkah masuk.
Kami berjalan ke arah satu meja apabila kelibat 2 orang lagi rakan kumpulanku ditemui.

2 orang hamba Allah ini masih tidak menyedari kehadiranku dan Iman. Entah apa yang dilihat pada screen telefon sampai tercebik pun aku tidak tahu.

"Wahai Nasya dan Farah ku sayang. Yang mulia Eleeya dan dayang Iman sudah sampai" aku menegur mereka.

Terus 2 orang itu mengangkat kepala sambil menayangkan barisan gigi tanda tidak bersalah.

"Korang tengok apa,yang muka sedih sangat tu?" Mula dah,sesi bawangrangers.

"Korang tak tahu ke? Dari semalam lagi,semua perempuan dekat malaysia ni tengah menangis tepi bucu katil sebab putus harapan" kata Farah dengan nada sedih.

"Aik,dah kenapa? Story la" iman mula berminat untuk tahu.

Aku hanya mendengar. Botol air berjenama tuppeware dikeluarkan dari tote bag sebelum perlahan-lahan dibawa ke mulut.

"Kau kenal Gabriel Adrien?" hampir tersembur aku selepas mendengar nama tersebut. Iman menepuk-nepuk belakang badanku.

Bukan setakat kenal,lepak satu table dengan iman pun pernah dibuatnya.

"Erk,kenapa dengan dia?" iman bertanya kekok.

"Dia dah tunang weyh. Dia post gambar tunang dia dekat ig semalam" nasya sudah mengesat air mata palsu miliknya. Sedih sebab crush dah tunang.

Membulat mataku mendengar penjelasan dari Nasya. Terus Iphone dari dalam tote bag itu aku keluarkan. Aplikasi Instagram laju dibuka.

Account milik Gabriel aku tekan. Gambar paling atas sebelah kiri itu aku pandang bersama caption yang tertera.

Gambar aku waktu dinner semalam. Walaupun mukaku tidak kelihatan,tetapi gambar itu tetap kelihatan cantik. Tapi,bila masa dia ambil gambar aku?!

Entah mengapa pipi terasa mebahang dan hati rasa berbunga apabila membaca caption pada post itu. Perut tidak perlu dikata. Bukan setakat taman rama-rama,ni dah macam zoo negara dah rasa dalam perut ni.

Ruang komen dibuka sebentar.

@rara._ : huwaaa,crush dah berpunya!!😭😭😭
@findinglaila : okay guys,jom menangis tepi bucu katil🤌🏻💔
@qtpie.offical : longlast❤️❤️❤️

Rata-rata yang meninggalkan komen ialah kaum hawa. Biasalah orang famous macam Gabriel ni mesti ramai fans.

"Untungnya tunang dia. Dah la, Gabriel tu dah la kaya,handsome. Boleh kata perfect dari segala sudut"

"Tapi tengok la tunang dia,tak nampak muka pun tahu cantik. Sepadan sangat"

Aku berdehem kecil untuk menarik perhatian mereka. Kang tak jalan jugak group discussion ni japgi.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Hari ini,aku keluar bersama Gabriel untuk mencari cincin. Cuti mid-sem sudah pun bermula. Aku patut aku panggil cuti kahwin?

Yup,aku akan berkahwin hujung minggu nanti. Majlis akan diadakan di rumah milik keluarga Gabriel yang terletak di Johor.

Selepas membeli apa yang patut,aku dan Gabriel masuk ke dalam restoran Balck Canyon untuk makan tengah hari.

Buku menu itu dibelek,mencari makanan yang mahu diorder.

"Gab,awak nak makan apa?"

"Ien" aku mengangkat kepalaku memandangnya. Lain yang aku tanya,lain yang dia jawab.

"Call me Ien. You gonna be my wife. So kau layak panggil aku Ien"

Satu senyuman hadir dibibirku sebelum mengangguk. Selepas makanan selesai dipesan,aku hanya berbual kosong bersama Gabriel. Sedang kami bergelak tawa,tiba-tiba ada satu suara datang menegur.

"Sebab ni ke you dah taknak balik dengan I? Sebab you dah ada jantan lain?" Naufal berdiri betul-betul disebelah mejaku dan Gabriel. Matanya menjeling tajam ke arahku.

Aku mengangkat sebelah kening. "So,what's the problem? Kau dengan aku bukannya ada apa dah pun. Lantak aku la,nak keluar dengan siapa pun. Tak kacau duit kau satu sen pun" aku memandangnya tidak puas hati.

Suka hati dia je nak kacau orang keluar date dengan encik tunang. dislike dislike dislike!

"Kau siapa huh,nak dekat dengan Eleeya?!" kali ini Gabriel pula disemburnya. Gabriel masih beriak tenang.

"Perlu ke kau tahu? Apa hak kau nak tahu?" Gabriel menjawab dengan tenang.

"Aku ex dia. Kenapa?"

Gabriel menghamburkan gelaknya. Seronok betul sampai menampakkan lesung pipit di kedua-kedua pipinya. Beberapa orang di dalam kedai itu sudah memandang ke arah meja yang kami duduki.

"Subahanallah,MasyaAllah. Susah nak jumpa orang bodoh macamni. Ni first time,aku jumpa manusia yang bangga sebab dia dah jadi ex orang" hujung mata yang sedikit berair itu dikesat menggunakan jarinya.

"Kau...." muka Naufal makin memerah menahan geram.

"Ingat benda ni El. If I tak dapat you balik,jangan harap ade orang lain boleh dapat you?" Naufal berlalu lergi dari situ.

"Oh ya? Do I care? Absolutely not" mataku diguling ke atas. Menyampah. Sakit hati.

Dulu buang,sekarang beria nak kutip balik. Nampak macam aku ni barang kitar semula ke?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEKde žijí příběhy. Začni objevovat