E.H.T.L | bab 10

7.2K 444 1
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku masih berdiri di posisi yang sama. Menunggu Jimmy menghampiriku. Kimi,lelaki itu sudah berada di hadapanku.

"Awak buat apa dekat sini,jimmy?" kepala didongakkan untuk bercakap dengan lelaki itu. Typical,orang tak cukup ketinggian.

"I datang jemput you la. Gab yang suruh"

"Awak kerja sini ke jugak ke?" aku nampak dia gelak dengar soalan aku. Lawak ke? Aku tak rasa soalan aku tu lawak.

"Even I ni drama king,I berguna you tahu tak? I ni personal assistant Gab la" jawab jimmy selepas tawanya reda.

Aku mengembungkan pipiku. Tak sangka pulak,drama king yang sorang ni punya kerja yang hebat.

"Kenapa awak datang jemput saya?" soalku pelik. Aku boleh je naik guna lif biasa. Kenapa sampai nak kena jemput bagai ni?

"Jimmy!!!" aku menoleh ke arah suara yang baru menjerit seperti baru lepas telan mic itu.

Eh,perempuan tadi la. Aku melihat wajah bosan milik jimmy. Dia kenal ke?

"Let's go princess. Gab dah tunggu dekat atas" jimmy menarik hujung tote bag aku. Panggilan dari wanita tadi tidak dipeduli.

Aku tetap mengikut jimmy walaupun rasa sedikit bersalah. Kenapa aku rasa macamtu pun aku tak tahu.

Papan tanda yang tertulis 'private lift' itu aku pandang. Hujung kot milik jimmy aku tarik apabila melihat jimmy sudah melangkah masuk ke dalam lift itu.

"Takpe ke kalau kita naik? Gabriel tak marah ke?"

Aku nampak jimmy ketawa lagi. Muka aku ni nampak macam pelawak ke? or jimmy ni yang murah dengan ketawa?

"No wonder Gab become strange after one night. Now,i know why" aku terpinga-pinga dengan ayat yang baru meluncur keluar dari mulut jimmy.

110105. Itu kod nombor untuk mengakses lift ini.

Bila ditanya pada jimmy tidak mengapakah memberitahu perkara tersebut kepadaku, jawapannya hanya "Gab yang suruh bagitahu supaya lepasni kalau you datang senang sikit. Just use that lift".

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Sekarang aku berada di hadapan pintu bilik Gabriel. Pintu itu diketuk memberitahu tentang kewujudanku disitu.

Selepas mendengar kebenaran untuk masuk dari dalam,laju sahaja tanganku membuka pintu. Serta merta,haruman Hugo Boss memenuni rongga hidung.

Aku berjalan merapati meja mahagoni milik Gabriel. Lelaki itu masih fokus melarikan pen di atas kertas.

Mangkuk tingkat itu diletakkan di atas meja. Gabriel mengankat mukanya memandangku. Isyarat diberikan kepadaku untuk duduk pada kerusi yang berada di hadapan mejanya sebelum mata kembali fokus pada kerja yang terhenti tadi.

Tangan disilingkan ke dada. Pipi dikembungkan. Mata ralit memerhati manusia di hadapanku ini.

Haih kenapa ciptaan Allah yang satu ini indah sangat? Buat kerja pun still handsome.

Mungkin perasan dirinya sedang diperhatikan,Gabriel mengankat mukanya. Pen yang berada di tangan diletakkan di atas meja. Fail yang terbuka tadi ditutup dan diletakkan di hujung meja.

Gabriel menongkatkan dagunya menggunakan tangan kanan. Kini perhatiannya hanya untuk aku. Bagilah change nak berangan sikit.

"What is it,sweetie? Dari tadi tenung aku macam nak makan" Gabriel menjongketkan keningnya.

"Awak tak pernah cakap pun,awak ceo"bibirku dijuihkan.

Hek eleh Eleeya,kau fikir dia nak pujuk kau ke? Simpang malaikat 44 la.

"Kau yang tak pernah tanya. Salah aku ke?" Gabriel menjongketkan bahunya dengan muka tak bersalah.

See? Dah cakap kan. Bukan kena pujuk,lagi dia buat aku sakit hati ada lah.

Aku mengeluh kecil. Malas lah gaduh dengan Gabriel ni. Mana pernah aku nak menang.

Kalau orang lain mesti cakap,perempuan selalu menang. Tapi prinsip itu tak wujud untuk insan bernama Gabriel Adrien.

Aku dah tahu nama penuh Gabriel. Macam mana aku tahu? Aku nampak nama depan pintu tadi.

"Ni lunch awak" aku menolak mangkuk tingkat tadi ke arah Gabriel.

"Kau masak a-"

BAMM!!!

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now