E.H.T.L | bab 47

6.7K 365 3
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Perutku yang sudah membulat besar diusap dengan penuh kasih sayang. Tendangan kecil dari dalam perut membuatkan aku mengoyak senyuman manis.

Kandunganku sudah mencapai usia 9 bulan. Hanya menunggu masa sahaja untuk menyambut kedatangan Gabriel Eleeya Junior.

Aku bersyukur sebab sepanjang aku mengandung aku tiada alahan. Mengidam pun sikit-sikit je. Tapi,aku kesiankan Gabriel.

Sebab semua alahan aku dia yang tanggung. Dia yang mengidam lebih. Dia yang semua lah,senang cerita.

Aku ingat lagi waktu first-first Gabriel kena alahan dulu,sampai tak boleh bangun dari katil. Lembik betul. 24/7 asyik ulang-alik pergi toilet sebab muntah. Sampai aku jadi kesian.

Tapi kata Gabriel,dia tak kisah. Dia lagi sanggup tahan alahan aku dari tengok aku yang merana kena macamtu. Lagipun dia cakap,nanti sakit waktu aku melahirkan lagi sakit dari kena alahan ni.

Haish dah cakap pasal Gabriel ni,tiba-tiba rasa rindu pulak dekat love aku. How about kita pergi office dia?

Ouh before aku lupa,nak tahu apa jadi dekat Naufal?

Dia dikenekan hukuman gantung sampai mati. Gabriel sendiri yang menyerahkan kepada polis bersama bukti tentang penyeludupan senjata api,pemprosesan dan pengedaran dadah yang dilakukan oleh Naufal.

Okay,back to the story.......

Dress labuh bewarna nude dan shawl yang setema dengannya menjadi pilihan. Mukaku hanya ditepek dengan bedak dan sedikit limp bump. Aku keluar dari bilik menuju ke arah lift. Dengan langkah penuh berhati-hati,aku bergerak ke pintu utama.

Beberapa orang anak buah Gabriel menoleh ke arahku.

"Eh,lady master. Lady master nak ke mana?" soal Ijoi selaku bodyguard peribadiku.

"Saya nak pergi office Ien" kataku sambil menyarungkan sepasang flat shoes.

Ijoi mengangguk sebelum menghidupkan enjin kereta velfire berwarna hitam. Pintu tempat duduk belakang dibukakan untukku.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku hanya memberikan senyuman kepada semua pekerja yang menyapaku. Aku memboloskan diri selepas pintu lift VVIP itu terbuka.

Tiba sahaja di depan pintu bilik Gabriel,terus pintu itu aku buka dari luar.

Gabriel duduk di kerusi pejabatnya sambil tangan menari-menari di atas keyboard Macbook. Dia punya busy tu sampai bini sendiri datang pun tak sedar.

"Love....." rengekku.

Gabriel terus mengalihkan wajahnya dari screen Macbook. Melihatkan wajahku terpampang di depan matanya,terus tergendala semua yang dilakukannya tadi.

Gabriel mendekati aku yang masih berdiri di hadapan pintu.

[Gabriel's POV]
Aku mendekati tubuh genit yang berada di hadapan pintu itu.

Ish mak buyung ni! Dah la kecik,dengan perut besar dia tu,pipi bulat dia lagi.Suka betul buat aku risau. Dah buat aku risau boleh buat aku gila lagi! Nasib lah aku sayang je dia ni!!!

"Sweetie buat apa kat sini? Asal datang tak bagitahu? Datang dengan siapa? Kan love dah pesan duduk rumah. Apa-apa terus call,jangan keluar. Bahaya tahu tak?"

Sejak bini aku mengandung ni auto aku jadi makin soft. Dah makin soft,makin overprotective lagi.

Kalau boleh nak je aku kurung budak kecik ni dengan aku dalam bilik,biar takde orang kacau.

"Rinduuu...." leherku dipeluk erat sehingga aku terpaksa membongkokkan badan sedikit sebelum mukanya turut disembamkan disitu.

Kau tengok,macam mana aku tak addicted dengan Eleeya ni? Dia buat macamni pun aku dah boleh naik gila.

Dah la waktu dia pregnant ni,makin dia manja,mengada. Yang paling penting makin comel and sexy dengan baby bumps tu. Erghhhh!!!

Berapa kali aku kena ingatkan diri aku yang Eleeya tu tengah mengandung. Nasib lah iman aku kuat nak hadap 9 bulan ni.

"Siapa rindu ni?" soalku sambil mencium ubun-ubunnya.

"Baby"

"Baby je? Mama baby tak rindu?" soalku sambil mengangkat kening.

"Rindu jugak" aku melepaskan tawa kecil sebelum melutut di hadapannya.

"Hye,princess papa. Rindu papa eh? Princess behave tak harini? Ada susahkan mama tak?" perut besar itu aku usap lembut.

Eleeya hanya memerhati sambil jari-jemarinya mengelus lembut rambutku.

Seperti faham dengan apa yang aku cakap,orang di dalam sana menghadiahkan satu tendangan kecil sebagai jawapan. Aku menguntum senyuman.

"What a good little princess you are,baby" satu ciuman dilabuhkan di perut besar itu.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now