E.H.T.L | bab 38

6.2K 364 3
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Pintu pejabat milik Gabriel yang dikuak dari luar itu sedikit pun tidak menarik perhatian aku,jimmy dan waiz.

Aku nampak Gabriel berjalan ke arahku sebelum melabuhkan duduk di atas tempat letak tangan pada sofaku.

"What the hell is wrong with you guys? Main saidina je pun. Muka ketat macam bincang projek 10 juta" keningnya sudah dikerutkan.

Jimmy terus mencampakkan duitnya di atas meja.

"Kau diam boleh tak? Bising sial. Kau tahu tak,sebab bini kau ni,aku dah nak bankrup!" mukanya sudah cemberut.

Aku bersandar pada sofa dengan muka tidak bersalah.

Waiz pula hanya diam. Pasrah mungkin bila dah bankrup teruk dikerjakan oleh aku.

"Bini aku buat apa?" soal Gabriel masih pelik.

"Bodoh,dia buat hotel dengan rumah punya banyak,lepastu habis duit aku kena bayar sebab menunmpang!"

Bilik Gabriel dipenuhi dengan tawa besar miliknya. Geli hati mendengar jimmy yang baru sahaja habis mengacum.

Bahuku ditarik merapat ke arahnya sebelum tepi kepalaku yang berlapik dengan shawl satin dicium.

"You did a great job sweetie. I'm so proud of you. Buat diorang sampai jadi sehelai sepinggang okay?"

Aku tersenyum kemenangan apabila melihat wajah tidak percaya jimmy.

Kau ingat laki aku nak backup kau ke nyah? Lambert lagi.

"You ni kan El mem-" ayat jimmy tidak sempat dihabiskan apabila pintu itu dirempuh dari luar.

Semua mata memandang ke arah pintu. Terpampang seorang lelaki separuh abad yang memakai kemeja berjalan ke arah kami.

Tiba-tiba suasana menjadi tegang. Gabriel menarik kepalaku supaya bersandar pada perutnya.

Aku hanya mengikut tanpa membantah,walaupun sebenarnya aku pun pelik.

Entah mengapa tangan kiriku ringan sahaja naik melekap pada paha milik Gabriel. Gabriel tidak menolak,malah membiarkan sahaja.

Gabriel mengangkat sebelah keningnya melihat ke arah pintu.

"Sorry master. Kitorang dah cuba halang dia ta-"

"Korang boleh blah" dua orang lelaki tadi menunduk sebelum berlalu.

Aku memandang ke arah meja kopi di depanku. Aik! Dah kemas? Meja itu kosong tanpa sebarang kertas. Jimmy dan waiz juga sudah mengetatkan muka masing-masing.

Poker face. Mood serious hadir.

"What did you want Dato' Hashim?" soal Gabriel dengan nada beku.

Aku mengerutkan kening. Siapa lelaki ini? Kenapa dia di sini?

Aku terkejut melihat lelaki itu melutut di hadapan Gabriel.

"Please jangan apa-apakan aku dengan family aku. Aku janji benda ni takkan jadi dah. Aku janji aku akan kawal Hana lepasni" katanya dengan nada terketar-ketar.

Air matanya hanya tunggu masa sebelum jatuh membasahi pipi.

Sekarang baru aku tahu bahawa lelaki bernama Dato' Hisham ini ialah ayah kepada Hana. Patutlah tegang semacam je husband aku ni.

Aku dongak memandang suamiku. Ada sebuah senyum senget terukir di bibir merahnya.

"Anggap je ni as my last warning. Sekali lagi anak kau tunjuk muka depan aku atau wife aku,aku tak jamin korang akan selamat"

Aku menghembuskan nafas lega. Aku tahu perangai Gabriel. Dia tidak akan hukum orang yang tiada kesalahan dengan dirinya atau orang yang dia sayang.

"K-kau memang takkan terima anak aku ke Gabriel?"

Semua yang berada di situ tersentak. Aku mengalihkan wajahku untuk memandangnya.

"The fuck?!" suara Gabriel naik seotaf.

"Kau dengar sini. Aku ni cukup baik nak lepaskan anak kau tu tanpa sebarang tindakan. Kau jangan buat sampai aku tarik balik kebaikan aku"

Waiz dan jimmy sudah bangun dari duduk mereka dan berdiri di tepi aku dan Gabriel. Bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Aku dapat rasa cengkaman pada bahuku sedikit kuat. Tapi tidak terlalu kuat hingga boleh menyebabkan kesakitan.

Muka Gabriel pula sudah mula memerah.

"Aku dah ada wife dan aku takkan sesekali duakan dia. Datang campak 10 orang wanita lain depan aku pun,aku tetap pilih dia and just dia. So cakap dekat anak kau suruh dia giveup"

Tiba-tiba rasa terharu mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Gabriel.

Dato' Hashim menganggukkan kepalanya tanda faham akan maksud Gabriel.

"Now,stand up and blah dari bilik aku" kata Gabriel sambil mengucup ubun-ubun milikku.

Mukanya sedikit pun tidak menoleh ke arah Dato' Hashim. Mungkin masih cuba untuk menenangkan diri.

Aku hanya melihat lelaki separuh abad itu berjalan keluar dari bilik pejabat Gabriel.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Hye guys. Sorry sebab dah kurang update.

I kinda tak sihat and bz.

Btw,waktu i kuarantin ni kan,tiba-tiba dapat ilham nak tulis story untuk...

Ray & Qiy which is anak Hildegord & Emir (boleh baca buku satu kalau nak tahu)

So,mybe bila cerita ni dah completed,i akan publish cerita untuk Ray&Qiy pulak.

Stay tuned okay?

Don't forget to support and vote❤️

Enjoy your reading❤️.

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now