E.H.T.L | bab 20

7.4K 397 8
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Jam pada dashboard kereta Gabriel menunjukkan pukul 12.00 tengah malam. Lewat? Ini semua salah Gabriel.

Asal nak balik tadi je,mesti datang seorang hamba Allah yang mengajak Gabriel untuk berbincang soal business.

Aku memandang ke luar tingkap. Jalan raya itu hanya lenggang. Ye la,dah tengah malam kan? Tiba-tiba mataku terpandang ke arah 2 biji van yang berada tidak jauh dari mereta milik Gabriel.

"Erkkk,Gab. Saya rasa ada orang ikut kita la" aku memandang ke arah Gabriel yang masih fokus memandu.

Tiada jawapan. Tetapi aku tahu kelajuan kereta makin meningkat. Signal kereta sebelah kiri diberikan menandakan kami akan masuk ke highway sebentar lagi.

Aku hanya diam. Kelajuan kereta itu sikit pun tidak membuatku gerun. Dah nama pun naik ferrari,memang la laju.

Bang! Bang!

Badanku tersentak mendengar bunyi tembakan itu. Iphone milik Gabriel berbunyi nyaring. Gabriel hanya memberikan signal supaya aku menolongnya menjawab panggilan itu. Icon hijau ditekan sebelum butang loudspeeker itu pula aku tekan.

"Bodoh takde waktu lain ke nak serang? Nasib highway kosong" hambur jimmy dari hujung talian.

"Nak buat apa ni Gab?" kali ini suara waiz pula kedengaran. Ya ini whatsapp group call.

"Korang ni naik kereta mahal kan? Pecut je la,selagi diorang tak mengganas takyah buat apa-apa" jay menjawab dengan nada tenang.

Kelajuan kereta semakin bertambah.

"Orang ayah you ni bongok la El. Dah tahu nak kejar kitorang,naik la kereta smart sikit. Ni,naik van jual sayur. Lawak la"

"Geng kau ada kereta sport tak? Hah takde?! Lemahhh! Selebew~~" jimmy sempat lagi membuat loyar buruk.

Bang! Bang!

"Jangan tembak la bodoh! Rosak GTR aku,aku claim kat kau nanti!!"

"Kereta kau bulletproof la bangang! Takyah la drama sangat" jay sudah merengus kasar. Penat dengan perangai jimmy mungkin.

Boom!

Satu dari 2 buah van itu sudah terbakar. Aku nampak waiz memasukkan kepalanya semula ke dalam kereta.

"Kau asal ganas sangat bodoh? Tinggal la sikit dekat aku!" bentak jimmy.

"Kau ingat kau je sayang kereta? Aku pun taknak kereta aku kemek. Yang nama dia bongsu memang selalu bebal macam ni eh? Penat la penat" waiz sudah mengeluh.

Penat hendak melayan persngai jimmy itu. Biasalah,dia paling muda diantara mereka berempat.

Boom!

Terasa badanku sedikit kedepan. Ya,kereta kesayangan Gabriel baru sahaja dirempuh dari belakang dengan kuat.

"Da fak?! El ambil benda bawah kaki kau jap!"

Aku terus mencari-cari sesuatu di bawah kakiku. Tangan mencapai sesuatu sebelum dikeluarkan. T91 assault rifle itu diberikan kepada Gabriel.

Aku tak terkejut. Buat apa nak terkejut kalau aku dah selalu nampak ayah tiriku dan konco-konco dia pegang benda macamni. Yang aku pelik sekarang ni,macam mana Gabriel boleh ada benda macamni dalam kereta dia?

"El pegang steremg ni kuat-kuat" aku mengangguk. Stereng kereta bertukar tangan sebelum aku nampak Gabriel sudah mengeluarkan separuh badannya ke luar kereta.

3 das tembakan dilepaskan tepat mengenai tayar van itu sebelum van itu hilang kawalan dan masuk ke dalam gaung.

Gabriel kembali mengawal pemanduan sebelum rifle tadi dicampak ke belakang.

"Suruh black lion datang settlekan" arahan terakhir dikeluarkan Gabriel sebelum talian dimatikan.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

4 buah kereta itu berhenti di tempat parking kereta kondominium yang aku tinggal.

"Kau okay ke?" soal Gabriel yang dari tadi mendiam.

"Okay je,kenapa?" aku mengerutkan dahi.

Aku nampak dia menggaru tepi kepalanya yang tidak gatal. Aku tersenyum nipis.

"Awak takyah risau. Saya tak trauma. Setakat rifle dengan pistol tu,saya dah biasa. Setiap hari saya nampak waktu kena kurung dengan ayah tiri saya dulu"

Gabriel hanya diam. Aku cakap ni,bukan sebab nak tenagkan hati dia. Tapi benda tu memang dah biasa bagi aku. Dulu mungkin aku takut. Tapi sekarang tidak.

Selepas beberapa minit,aku dan Gabriel keluar dari perut kereta. Dan kelihatan jimmy sedang buat drama 10 sen dengan kereta dia. Suka betul buat teruk.

Aku menghantar pemergian mereka sebelum melangkah masuk ke lobby. Malam yang sungguh memenatkan.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now