E.H.T.L | bab 9

7.1K 455 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku menuangkan segelas cawan hot choclate kepada Gabriel. Satu fakta menarik yang aku tahu pasal Gabriel hari ini ialah,dia tak minum coffee. Kalau minum pun,hanya dalam kuantiti sedikit.

"El.."panggilnya.

Aku hanya menjawab dengan deheman. Masih setia menanti disebelahnya.

"Kelas kau cancel kan petang ni?"

"Haah,kenapa?"

"Nice. Dalam tengah hari camtu,after habis kemas rumah,datang tempat kerja aku. Kalau rajin masak la lunch sekali"

Eh,aku salah dengar ke? Mamat ni kenapa? Demam ke?

"Erk,awak nak makan apa?" takpe Eleeya. Layankan je perangai boss kau ni.

"Aku makan semua benda kecuali batu dengan kayu" aku angguk faham.

"Tapi,saya tak tahu tempat kerja awak"

"Nanti aku send location" aku nampak dia mengerling jam di tagan kirinya sebelum bangun dari meja makan.

Briefcase di atas sofa dicapai sebelum keluar dari rumah. Aku hanya menghantarnya sehingga ke muka pintu.

Rasa macam hantar suami nak pergi kerja pulak,ehek!!. Eeee,mengmalu la bila fikir macamtu.

Ferrari 485 itu meluncur laju meninggalkan perkarangan rumah.

Pintu besar itu aku tutup. Let's start the work.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Jam pada screen Iphoneku dipandang. Pukul 11.30 pagi.

Sebenarnya aku dah pun pulang ke rumah pada pukul 9 tadi. Rumah Gabriel bukan ada banyak benda nak kena kemas pun. Bilik dia pun tak banyak habuk atau kotoran. Jadi senanglah kerja aku.

Sesampai sahaja di rumah,aku terus menuju ke dapur untuk memasak. Ye la,ada orang tu tempah lunch kan?

Nasi putih,udang masak asam dan telur dadar itu dimasukkan ke dalam mangkuk tingkat berjenama tupperware.

Aku segera berlalu ke bilik untuk mandi dan bersiap. Ye la,takkan nak pergi pejabat Gabriel dengan bau busuk peluh lepas buat kerja pulak.

Aku hanya mengenakan blouse berwarna putih bersama dengan palazo dan shawl berwarna khaki. Chunky heels yang turut sama warna juga tersarung dikaki.

'You've arrive to the location'

Aplikasi waze itu ditutup sebelum aku keluar dari kereta bersama tote bag dan mangkuk tingkat ditangan.

Bangunan yang megah berdiri di hadapanku kini dipandang. THE SPADE. Nama yang tidak asing di dalam Malaysia atau di luar negara. Antara syarikat terkaya di dunia.

"Gabriel kerja syarikat ni? Patut kaya lain macam" desis hatiku.

Kaki diatur masuk ke dalam bangunan itu selepas axia comelku dikunci. Banyak mata-mata yang memandang ke arahku.

Tahulah tak pernah nampak muka aku dekat sini,tapi jangan la pandang macam tu.

"No,I tak kira! I nak jugak jumpa dia!" aku dengar bunyi bising dari meja penyambut tetamu itu.

Seorang perempuan sedang menengking seorang pekerja disitu. Kesian aku melihat wajah pekerja yang ditengking itu. Tapi aku hanya mampu melihat kerana aku hanya orang luar yang tiada kaitan dengan mereka.

Aku disapa oleh seorang lagi wanita.

"Hai,boleh saya banyu cik?"senyuman diwajahnya tidak lekang. Aku juga turut membalas senyuman manis itu. Tak salahkan? Senyum itu kan sedekah.

"Boleh tak saya nak jumpa dengan Gabriel?"pintaku lembut.

Aku nampak dahi perempuan itu sedikit berkerut. "Cik ni siapa ye?" soalnya kembali.

"Saya Eleeya"

"Ouh cik ni cik Eleeya. Sekejap ya?"katanya sebelum mencapai sebuah intercom.

Selepas beberapa saat dia kembali menatap wajahku.

"Cik Eleeya boleh naik atas. Boss dah tunggu"

Aku menganggukan kepala. Ouh,dia bo-

Wait,what?! Dia boss?! Syarikat ni dia punya?!

Riak wajahku cuba dikawal. Okay,now tak pelik kenapa dia kaya gila nak mati.

Baru sahaja kaki ingin melangkah ke arah lif,satu suara yang memanggilku itu menghentikan pergerakanku.

"Eleeyaaaa!!!" aku menoleh ke arah pemilik suara tersebut.

Jimmy? Dia buat apa kat sini?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Hey guys! Conflake dah nak start. So stay stuned and chill okay?

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now