E.H.T.L | bab 42

5.8K 348 0
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Sudah 2 hari Gabriel pergi meninggalkan aku. Sepatutnya harini dia balik.

Aku masih di dalam mini library. Menyiapkan assignment yang tertunggak.

Bunyi loceng yang ditekan bertalu-talu membantutkan kerjaku.

"Kejappp" laungku sambil membetulkan tudung sarung dikepala.

Buka sahaja pintu,terpancul wajah jimmy,waiz dan jay.

"What's wrong guys?" soalku apabila melihat muka ketat mereka.

"Em...El. We need to tell you something" kata jimmy dengan muka serba salah.

Tiba-tiba hati rasa tidak sedap. Oh tuhan,jauhkan lah perkara negatif dari otakku.

Aku mengangguk sebelum melangkah ke arah gazebo di luar rumah.

"So,kenapa korang datang sini" aku memandang 3 orang jejaka di depanku.

"It's about Gabriel" hati dihempap sesuatu apabila mendengar nama orang yang aku rindu disebut.

"Actually...." jimmy memandang waiz dan jay sebelum menarik nafas dalam dan menyambung ayatnya.

"Gab tak pergi outstation. Dia pergi markas King"

Tubuhku mengeras. Liur ditelan terasa berpasir.

"W-why?" soalku pelik. Untuk apa? Apa yang dah jadi sampai Gabriel sendiri yang turun padang pergi jumpa King?

"Hari you kena serang dekat mall tu,Gabriel dapat surat peras ugut dari King. He know you're Gabriel's weakness. And yes,King dah target you. That's why Gabriel sendiri pergi dekat King. Sebab dia taknak apa-apa jadi dekat you. And now...."

Jeda. Waiz pandang pula ke arah Jay.

"And now Gabriel dalam genggaman diorang"

Rasa seperti mahu pitam selepas mendengar ayat yang dilontarkan oleh jay.

"Tadi anak buah King call kitorang. Dia minta kitorang serahkan Black Lion pada diorang untuk diorang lepaskan Gabriel"

Aku menghempap meja kopi kayu itu kuat. Terhinjut baju 3 orang lelaki itu.

"No. Never. I'll never let that happen" badanku bergetar hebat.

Marah,resah,takut,sedih semuanya bercampur aduk. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus. Aku cuba menstabilkan diriku supaya otak dapat berfikir dengan lebih terbuka.

Selepas sedikit tenang,aku memandang ke arah mereka semula.

"Korang tahu dekat mana location Ien?" mereka bertiga menggeleng.

"Diorang akan bagitau kalau kitorang setuju. Sebabtu kitorang datang sini. Kalau Gab takde,means you yang akan lead Black Lion. So you yang kena buat keputusan ni El" kata jimmy.

Aku memandang mereka bertiga lama. Senyum senget teserlah dibibirku.

"Tell them kita bagi apa yang diorang nak" kataku selamba sebelum duduk kembali sambil berpeluk tubuh.

"WHAT?! ARE YOU CRAZY EL?!" suara mereka naik seotaf.

Boleh pekak aku gini.

"Oh god please. Chill la. Saya ada plan"

Mereka memandangku meminta kepastian.

Takkan semudah itu aku membiarkan Black
Lion yang dibina oleh Gabriel jatuh kepada tangan orang lain,terutama sekali orang yang salah.

Iphone di atas meja kopi itu kuambil sebelum nombor seseorang didail.

Tidak sampai beberapa saat,panggilan berjaya disambungkan.

"Hello,Ku Ash..."

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Pintu markas milik Gabriel dibuka dari luar sebelum aku melangkah masuk.

Semua anak buah Gabriel menundukkan kepala tanda hormat padaku. Bagaimana mereka hormatkan Gabriel,begitu juga lah cara mereka hormatkan aku.

Jujur aku cakap dulu aku tak selesa,tapi lama kelamaan aku dah terbiasa. Well,at least muka diorang tak ketat. Kalau aku senyum mesti diorang senyum balik.

"Raise up your head,boys!" kataku dengan nada dingin.

Sekarang bukan waktu untuk bergurau. Sekarang masa untuk aku jadi isteri Leo sekaligus menjadi Leo 2.0.

"Dah ready nak keluar hunting?" soalku dengan senyum sinis.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now