E.H.T.L | bab 43

5.8K 328 2
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku bersandar di hadapan buggati devo milik suamiku sambil berpeluk tubuh memandang sebuah bangsal lama yang tidak jauh dari pandanganku.

"Are you sure,you nak masuk dalam tu dengan budak-budak ni?" soal Ku Ash ragu-ragu.

Aku hanya mengangguk tenang.

Tugas Ku Ash hanya menjadi backup jika ada sesuatu yang tak diingini berlaku di dalam sana nanti.

"Tah El. You nak masuk ke? Dah la buruk,sejuk lagi. Bodoh ke,culik orang sampai ke Cameron Highlands?" kata jimmy yang duduk bersila di atas rumput kering sambil makan strawberry.

Eh kejap,strawberry?! Mana dia dapat benda alah tu?

"Nyah,mana dapat strawberry tu?" waiz turut duduk bertinggung sebelum sebiji strawberry disumbat masuk ke dalam mulut.

Matanya dipejam bagi menikmati lagi kelazatan strawberry dari tanah tinggi itu.

"Aku suruh Yon stop beli dekat tepi jalan tadi" balasnya selamba.

Aku menggelengkan kepala. Tengah nak buat mission pun boleh keluar perangai sengal lagi. Entah la nak.

"Lady master,everything's ready!" kata salah seorang anak buah Gabriel menggunakan earbuds.

Aku memandang 3 orang lelaki didepanku sebelum mengangguk. Nafas ditarik dalam sebelum dihembus.

Jaket kulit berwarna hitam milik Gabriel yang tersarung elok ditubuhku dibetulkan sedikit. Bau wangian hugo boss yang menerjah masuk ke rongga hidung itu,terus membuatkan rasa takutku melayang pergi.

Hanya satu arahan dikeluarkan olehku.

"Move!!"

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Jimmy dan 10 orang anak buah Gabriel yang lain melangkah masuk ke dalam bangsal itu dan berlalu ke tingkat 2.

Aku hanya mengekori langkah mereka dari satu sudut yang biarlah hanya aku yang tahu di mana.

Pintu bilik di tingkat 2 itu ditendang kuat oleh jimmy sebelum mereka menapak masuk. Seorang lelaki yang sudah menunggu kehadiran mereka terus bangun dari duduknya.

"Look,who's here. Awww,how sweet korang sanggup datang sini sebab semata-mata nak tebus boss korang je" lelaki itu berkata dengan nada mengejek.

Jimmy tidak membalas dan hanya mendiamkan diri.

"Dah alang-alang korang dekat sini kan,meh la aku bagitahu korang something. Sebenarnya,aku target nak jatuhkan Leo dengan guna wife dia. Tapi aku tak sangka pulak,dia sendiri nak datang serah diri kat aku. Bodoh jugak eh boss yang kor-"

"Enough with that bullshit of yours,King. We have something to settle right,Naufal?" jimmy menayangkan senyuman sinis pada bibirnya.

Ya lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai King itu ialah Naufal. Ex boyfriend aku. Aku tahu? Ofc aku tahu. Aku dan Gabriel tahu selepas Ku Ash menunjukkan gambarnya kepada kami suatu masa dahulu. Bukanmaen gelabah beruk lagi kitorang waktu tu.

Macam mana Naufal boleh jadi King?

Ni semua sebab Gabriel pernah bongkarkan pasal kegiataan haram arwah ayah si Naufal tu,dan Naufal berdendam. Sebabtu,dia akan buat apa sahaja untuk pastikan Gabriel tak hidup bahagia. Baginya,hutang nyawa perlu dibayar dengan nyawa.

"Cepat sikit boleh? Sini banyak nyamuk tahu tak?" waiz menampar lengannya yang dihinggap oleh nyamuk hutan. Mengada betul la yang sorang ni.

"Bring him in!!" Naufal mengarahkan anak buahnya membawa Gabriel untuk masuk.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now