E.H.T.L | bab 33

6.7K 379 9
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Kakiku terpacak di depan bangunan THE SPADE. Kenapa aku dekat sini? Sebab kelas aku cancel dan aku tak tahu nak pergi mana.

Niat nak ajak iman pergi shopping,tapi iman ada hal lain. Jadi aku ambil keputusan untuk datang melawat kawasan.

"Selamat pagi puan eleeya" sapa semua orang yang terserempak denganku. Aku hanya tersenyum pada mereka.

Rasa pelik bila orang panggil puan. Nampak macam dah tua,padahal umur aku baru 22 tahun.

Lift peribadi milik gabriel dituju dan aku naik ke tingkat 30.

Aku berhenti di hadapan meja jimmy. Kosong tanpa penghuni. Dengan berhati-hati pintu bilik gabriel aku ketuk.

Selepas mendapat kebenaran dari dalam,terus tombol pintu dipulas dan mulalah bahu colonge milik gabriel memenuhi segenap ruang.

"Eh,El you buat apa kat sini? Ponteng kelas ke?" soal jimmy yang sedang landing sambil bermain pubg di sofa.

Gabriel yang sedang tekun menyemak fail tadi terus memandangku. Look at my handsome husband!!

Dengan baju kemeja hitam yang dilipat hingga ke siku dan berwarna merah dengan rambut yang disikat rapi kebelakang. Boleh cair kalau macamni.

"What are you doing here sweetie?" soalnya.

"Kelas cancel" jawabku sambil melabuhkan duduk di atas ribanya.

Tak main la duduk atas kerusi. Lebih baik kita memanfaatkan tempat yang lagi selesa dari kerusi. Tak ke gitu?

Gabriel hanya membiarkan sahaja perbuatanku sebelum menyambung kerjanya.

"Excuse me. Tak nampak ke aku kat sini? Tolong hormat sikit jiwa single yang tersakiti ni!" jimmy mencebik.

"Kau dengki kenapa? Taknak tengok? Mohon berambus dari bilik aku. Kalau rasa diri tu single,pergi la cari gewe" balas gabriel sambil sebelah tangan bermain dipinggangku.

"Surah Al-Isra ayat 32" kata jimmy tenang.

"Sejak bila dapat hidayah? Ke kau kena sampuk? Eh,tapi setahu aku syaitan tak sampuk keturunan dia" kan dah kena setepek tu.

"Babi,aku benci betul la kau ni. Dah la,lepak bilik waiz lagi best" jimmy berjalan keluar dari bilik gabriel.

"Love,saya nak tidur. Ngantuk" serious aku cakap aku mengantuk sebab semalam aku stay up buat assignment.

"Tido la. Nanti lunch aku kejut" gabriel mencium ubun-ubunku sebelum menepuk-nepuk pehaku bagai menidurkan bayi.

Kepalaku dilentokkan ke dada bidangnya. Detak jantung gabriel ibarat lullaby padaku. Tak sampai beberapa minit aku sudah mula belayar ke alam mimpi.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Gabriel's POV]
Bunyi dengkuran kecil itu menarik perhatianku. Kejap betul,dah tertidur. Ni mesti sebab aircond bilik aku terlebih sejuk ni.

Pipi gebu milik Eleeya aku usap perlahan. This chubby red creammy cheecks that make me addicted!!

Haih,asal wife aku comel sangat ni. Rasa nak ngap dia je sekarang ni. Ya Allah,hati dan otak,mohon bawa besabar.

Sedang kusyuk aku membelek wajah kesayanganku,tiba-tiba pintu dibuka kasar dari luar dan muncullah seekor ulat beluncas.

Aku memandang semula ke arah Eleeya. Pehanya aku tepuk sedikit mendodoikannya semula. Taknak la dia bangun waktu ulat beluncas ni datang.

"What?" soalku dingin.

"Apa perempuan kolot tu buat duduk atas riba you?"

"Suka hati sweetie aku la nak buat apapun. Kau kecoh kenapa?"

"Mana boleh! You tu i punya! Milik i! Mana boleh perempuan lain suka hati je sentuh you!" perempuan ni telan mic ke before datang office aku?! Bingit amat....

"Kau boleh diam tak? Tak nampak ke sweetie aku tengah tidur?" aku menenangkan Eleeya yang sedikit merengek. Mungkin tidak selesa tidurnya diganggu.

"Perempuan kolot tu mesti goda you kan? Orang macam dia ni mesti nak duit you je"

"Kau cakap dengan cermin eh Hana?" entah dari mana jimmy muncul,tiba-tiba ada depan pintu.

"Tah. Office bapa kau tu kecil sangat ke sampai kau kena menapak dekat sini? Ke sebab kau tak diterima untuk jejak kaki dekat office ayah kau? Sebab tu kau datang mengemis dekat sini?" damn savage.

Waiz dan mulut lancangnya,berpisah tiada.

"Muka merah-merah tu kenapa? Nak cendol?" usik jimmy lagi.

"Erghhh. Dengar sini Gabriel Adrien. If i tak dapat you,takde siapa boleh dapat you. Mark my words" katanya sebelum merempuh jimmy dan waiz dan berlalu keluar.

"Mark my words timun dia. Dasar ulat beluncas" jimmy membuat role eyes dan meletakkan kedua tangannya dibahu.

Aku menggelengkan kepala. Macam-macam la diorang ni.

"Ni asal datang bilik aku?"

"Ingat nak datang main dengan adik kitorang. Tahu-tahu dia tidur" kata waiz dengan nada yang dibuat-buat sedih.

"Takde,pergi sambung kerja. Oh,and jimmy. Kosongkan jadual aku lepas lunch. Aku nak dating dengan wife aku"

Jimmy hanya mengangguk sebelum bayangnya dan waiz hilang disebalik pintu.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now