E.H.T.L | bab 2

8.6K 527 6
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Lampu yang terpasang selepas kad akses diletakkan pada tempatnya itu,membuatkan seluruh kondominium itu dipenuhi cahaya.

Cantik gila bapak la weyh. Kondominium ini dihias dengan warna cream dan coklat. Nampak sangat elegent.

Lelaki bermata emereld itu hilang selepas melangkah masuk. Dia pergi mana pun aku tak tahu.

"Kau asal berdiri dekat situ macam tugu negara? Duduk sini"

Aku memandang dia yang sedang duduk di kitchen island bersama sebuah first aid kit. Aku sedikit terjinjat untuk duduk di atas kerusi itu.

Maklumlah tak cukup ketinggian kan. Kini aku dapat melihat wajah lelaki yang menyelamatkan aku malam ini.

Rambut yang berwarna coklat gelap dipadankan dengan anak mata berwarna emereld. Kulitnya berwarna sawa matang,dan terdapat parut yang menghiasi dahi kanannya di sebelah atas. Parut itu sedikit pun tidak mencacatkan rupanya. Hidungnya mancung dan bibir yang berwarna merah itu menyerlahkan lagi betapa hesmesnya lelaki di hadapan aku ini.

Senang cakap dia ni perfect.

"Done staring at my perfect face?" keningnya dijongketkan sebelah.

Aku tegup liur. Alamak. Kantoi. Aku menunduk malu. Pipi yang membahang dikembung.

"Emm,terima kasih sebab dah selamatkan saya encik" kataku perlahan bersama muka diangkatkan semula.

"Gabriel. Call me Gabriel. Jangan panggil encik,rasa tua. And please drop the formalities"

Aku mengangguk faham.

"What's your name?" soalnya sambil menolak first aid kit itu kearah aku.

"Eleeya. Eleeya Farhana"

"Umur?"

"22"

"Student?"

"Yup. Uitm Shah Alam. Course account"

Aku nampak dia angguk-angguk. Macam tengah interview orang nak minta kerja je lagaknya.

Dan yang paling aku pelik,macam mana senang sangat aku bagitahu mamat ni pasal diri aku? Dia guna mantra apa dekat aku ni? Mantra good looking dia ke?

"So,asal diorang kejar kau?" badanku mengeras apabila mendengar soalan itu. Kepala ditundukkan kembali.

"Diorang tu budak-budak ayah tiri saya. Ayah tiri saya nak jual saya" aku bermain-main dengan hujung sweatshirtku.

Aku dengar dia mengeluh. Mungkin bersimpati dengan kisah aku?

"Kau ada tempat nak stay tak?" aku menggeleng. Aku lari tadi pun sehelai sepinggang je weyh. Aku bawak purse je. Tu pun sebab ada ic,bank card dan matric card.

"Apa kata kau tinggal sini?" aku memandang dia dengan dahi berkerut.

Wajahnya tidak menunjukkan sebarang riaksi. Takde perasaan ke mamat ni?

"Dahtu,awak nak tinggal mana kalau saya tinggal sini?"

"Ni bukan rumah utama aku. Tapi aku takkan bagi kau duduk sini free"

"Saya mana ada duit nak bayar"

"Kerja dengan aku" makin berkerut dahiku. Dia buat lawak ke ni?

"Kerja jadi personal maid aku. Kau kena datang bersihkan rumah aku tiap-tiap hari. Aku bayar gaji kau. And aku akan potong sikit gaji tu untuk bayar sewa rumah ni"

Aku memandangnya dengan wajah terkebil-kebil. Tidak pernah aku dapat offer seperti ini.

"Saya nak pergi rumah awak naik apa? Alamat pun saya tak tahu"

"Ada phone tak sekarang ni?" aku geleng.

Aku nampak dia bangun dan bergerak ke arah pintu rumah yang sedang luas terbuka. Sebuah kotak kecil dibelakang pintu itu dibukanya,sebelum kembali ke tempat duduk di hadapanku.

"Nah"sebuah kunci kereta di letakkan di hadapanku.

"Anggap ni sebagai hadiah pelantikan kau sebagai personal maid aku" aku tenung kunci kereta itu lama. Perumah betul maknusia bernama Gabriel ni.

"So pasal kerja saya?"

"Kau jangan risau,esok aku bagi kau phone. First thing first,hantar jadual kelas kau dekat aku. Kalau kelas kau pagi,kau datang la kemas rumah aku petang. Kalau kelas petang,datang kemas rumah aku pagi. Weekend tu hari cuti kau. Kalau kau ada hal,roger aku dulu. Easy right?"

Aku diam sejenak. Sedang berfikir,sebelum kepala dianggukkan.

"So,it's a deal?"

"Yup"

"Then,aku gerak dulu" dia berjalan ke arah pintu rumah sebelum masuk ke dalam lif.

Aku hanya mengahantar pemergiannya dari muka pintu sebelum masuk ke dalam semula.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now