E.H.T.L | bab 49

6.4K 333 15
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Ibu melangkah masuk ke dalam ward VVIP itu bersama dengan seorang bayi ditangannya. Dibekakang ibu pula ada jimmy yang sedang menolak trolley baby diikuti dengan waiz dan jay.

Aku tersenyum nipis sewaktu ibu menghulurkan bayi kecil itu kepadaku. Bayi kecil itu dimasukkan ke dalam pelukanku.

Muka putih kemerahan itu aku tatap sebelum mencium pipi bulatnya. Muka sebiji copy paste Gabriel.

"Assalamualaikum,anak mama" sekali lagi pipinya aku kucup. Geram sangat tengok anak sendiri terlebih comel.

"Dah ada nama untuk baby ke?" soal ibu. Aku memandang Gabriel disebelah sebelum mengangguk.

"Huril Adilla Binti Gabriel Adrien"

Seperti faham apa yang dikatakanku,tiba-tiba sahaja si kecil itu tersenyum.

"Cantik nama princess kita kan weyh?"

"Aku tak sangka aku dah jadi uncle weyh. Rasa macam baru semalam Gab akad nikah" air mata palsu diseka dengan hujung jari.

Haa,mula dah drama anak syurga ni. Aku hanya menggeleng. Biarlah mereka. Asal diorang bahagia.

Gabriel memeluk bahuku sebelum mencium tepi kepalanya. Tangannya naik mengusap pipi gebu puteri sulungnya itu.

 Tangannya naik mengusap pipi gebu puteri sulungnya itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Huril Adilla

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Pipi bulat yang mengembung akibat dipenuhi susu itu aku pandang penuh minat. Eeeee comel gila anak aku. Rasa macam nak gigit je pipi yang kemerah-merahan itu.

"Love,kenapa tenung anak macamtu?" soalku sambil sebelah tangan mengelus lembut rambut milik Gabriel.

"Tu tengok la Huril isap nenen. Dia tak tahu ke tu love punya" jawabnya bersama mulut yang dimuncungkan sedepa.

Telinganya aku piat.

"Aaa..aaa.. Sakit la sweetie"

"Tu la gatal lagi! Dengan anak sendiri pun nak berkira" aku menjelingnya sekilas.

Tiba-tiba Gabriel mendekatkan dirinya dengan Huril yang berada dipangkuanku.

"Pssttt,princess. Princess sekarang ni tengah pinjam je tau nenen mama tu. Sekarang je papa bagi kongsi,nanti tak boleh dah" katanya dengan nada berbisik.

"GABRIEL ADRIENNN!!!" mukaku sudah bertukar warna menjadi merah akibat malu dan geram.

Dah jadi bapa orang ni tiba-tiba perangai makin bebal. Ghisau kadang.

Mengekek-ngekek lelaki itu ketawa sambil berlari ke arah almari. Sehelai tuala dan baju diambil sebelum berlalu ke arah bilik mandi yang disediakan di dalam ward ini.

Aku hanya menggelengkan kepala. Yang kebun-kebun je lah si Gabriel ni.

Sedang ralit aku memerhati wajah putri kecilku yang kekenyangan,tiba-tiba pintu wardku dibuka kasar dari luar.

Senyumanku terus mati digantikan dengan perasaan takut melihat wanita dihadapan pintu itu.

Dengan baju yang tidak cukup kain,rambut yang serabut,muka yang seperti tidak dijaga. Dia kelihatan seperti orang yang kurang siuman. Apa yang membuatkanku lebih takut ialah objek yang berada di tangan kanannya.

Pisau. Yup,wanita itu sedang memegang pisau. Serta merta,tubuh Huril aku peluk erat. Pergerakanku sangat terbatas akibat jahitan yang masih belum sembuh.

"K-kau buat apa dekat sini Hana?" soalku dengan nada keras.

"Aku saje datang nak melawat baby kau. Kenapa tak boleh?" soalnya sambil bermain dengan pisau ditangannya itu. Lagak macam orang psycho.

"Don't you dare to step foward" aku mencerlung ke arahnya. Perasaan takut ditolak ketepi.

"Kenapa? Takut? Ke kau dah tahu sebab apa aku datang sini?" sungguh sinis nada yang digunakan olehnya.

"Kau nak apa huh?!"

"Aku datang sini nak bunuh baby kau" sebaris ayat itu cukup untuk membuat bulu romaku meremang. Pelukan pada badan Huril dieratkan.

"Kalau baby kau takde,mesti Gabriel dah tak sayang kau kan? Mesti dia pilih aku. Hmm,takpun aku boleh bunuh kau. Lepastu jaga baby tu dengan Gabriel and jadi happy family. Seronoknyaaaaa!!"

Gila. Wanita di hadapanku sekarang ini sudah gila.

"SO KAU KENA MATIII!!" suaranya naik seotaf sebelum berlari ke arahku bersama pisau ditangan.

Aku memeluk Huril dengan erat. Badanku diubah sedikit posisi berharap serangan itu tidak akan terkena tubuh si kecil. Mataku dipejam erat.

Tiba-tiba pintu bilik air terbuka.

"Sweetie,apa yang bi-... SWEETIEEE!!!!"

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now