E.H.T.L | bab 6

7.2K 461 4
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Seperti yang aku janjikan,malamni memang mood aku nak mengemas barang-barang yang dibelikan oleh Gabriel.

Aku duduk bersila di hadapan almari,sambil mengemas apa yang patut. Ada baju yang aku gantung,dan ada juga yang dilipat masuk ke dalam laci.

Sedang aku sibuk mengemas,aku terperasan dengan beberapa helai baju lelaki yang tergantung di celahan bajuku. Tu baju Gabriel.

Nak buat apa dengan baju dia?Hmm biar je la. Bukannya kacau life aku pun.

Hampir satu jam aku mengemas,akhirnya luggage dan paper bag itu dimasukkan ke dalam almari yang masih kosong.

Kasut-kasut pula sudah siap ku susun dalam almari. Ada juga beberapa pasang yang aku try. Muat dengan sempurna.

Dia tahu size kasut aku ke? Macam mana dia tahu? Okay kita hudsnuzon je dia main beli.

Badan dibaringkan ke atas katil empuk bersaiz queen itu. Sebelah tangan memeluk patung panda dari karakter we bare bears. So fluffy!~

Aku memandang syiling yang kosong itu. Kesejukkan dari aircond menyapa tubuhku. Tiba-tiba Iphoneku berbunyi.

Tangan mencari-mencari di mana letaknya benda alah itu. Apabila dijumpai,mata terus melihat nama yang terpapar di screen.

Gabriel Hesmes. Laju sahaja jari menekan icon hijau supaya talian bersambung.

"Hello,assalamualaikum"

Aku dengar dia berdehem. "Waalaikumussalam. Asal lambat sangat angkat call aku?"

"Saya baru habis kemas barang. Erk,kenapa awak call?"

Diam. Tiada sahutan.

"Awak?"

"Kau dah dinner belum?"

Aku memandang jam pada dinding bilik. 9.00 malam. Tadi balik dari kelas,aku dah beli barang basah. Niat nak masak malamni.

"Belum. Kenapa awak tanya?"

"Hm good. Pergi siap. 5 minit aku sampai"

Belum sempat menjawab,talian terlebih dahulu diputuskan. Geramnya hati dengan manusia bernama Gabriel ni. Nasib je dia boss aku.

Dengan malasnya aku bangun dari pembaringan. Tracksuit,sweatshirt dan shawl berwarna hitam dikenakan pada badan. Sedikit lip bump dan bedak dikenakan sebelum keluar dari bilik.

Aku menunggu kehadiran manusia bernama Gabriel itu di lobby. Baru sahaja ingin mengeluarkan Iphone milikku dari poket,kedengaran hon kereta dibunyikan.

Ferrari 458 berwarna hitam milik Gabriel berhenti betul-betul dihadapanku. Tingkap tempat duduk sebelah pemandu diturunkan sedikit.

Gabriel memberi isyarat supaya aku masuk ke dalam kereta. Tanpa banyak bunyi,aku hanya menurut.

Suasana dalam kereta hanya diam sehingga kami tiba di destinasi yang dijanjikan.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Disebabkan parking penuh,Gabriel terpaksa memarking keretanya jauh sedikit dari kedai makan.

Aku berjalan beriringan dengannya sebelum kakiku berhenti di hadapan 7E. Gabriel yang menyedari aku tiada disebelahnya terus menoleh ke belakang.

"Why?"

"Awak,saya nak masuk kejap"

"Seminit" aku nampak dia mengeluh kecil. Ehek,sorry la bro.

Aku keluar dari 7E dengan memegang cornetto oreo di tangan. Pembalut aiskrim itu dibuka sebelum di buang ke dalam tong sampah. Tak baik buang sampah merata.

Kita sayang bumi,Allah sayang kita. Allah yang satu.

"Like seriously? Ice cream at this hour?" aku nampak Gabriel menjongketkan sebelah kening sambil memandang ke arahku.

Aku mengangguk. Biar la,sibuk je. Bukan kacau perut dia pun.

"Kau suka oreo ke?"

"Yup,my favourite"

Tiba-tiba tepi bibirku disentuh oleh ibu jari milik Gabriel.

"Makan aiskrim pun comot" katanya sebelum menjilat ibu jari yang berada di bibirku tadi.

Mataku terbutang. Mukaku mula membahang.

Kau buat apa ni Gabriel?! Hati tolong behave! Jangan macam-macam.

Gabriel hanya berjalan selamba di depanku sebelum kaki dibelok masuk ke kedai.

Pipiku dikembungkan sebelum aku turut masuk ke kedai. Susuk tubuh milik Gabriel cubaku cari.

Kelihatan dia sedang duduk semeja dengan dua orang lagi lelaki.

Erk,siapa mereka?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now