E.H.T.L | bab 15

7K 429 1
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aku duduk di kerusi menunggu. Aku nampak Gabriel dari tadi dengan muka gelisah.

"Gabriel"tegur satu suara. Aku angkat wajah melihat mereka.

Ada jay dan lelaki pagi tadi.

"Explain" suaranya dingin.

Kalau dengan Gabriel dulu aku rasa aura bahaya,dengan lelaki di hadapanku sekarang ni,aku rasa aura yang lebih bahaya. Auranya sahaja cukup untuk membuatkan orang terkucil di depannya.

Gabriel menundukkan kepalanya sambil menceritakkan apa yang berlaku. Suaranya seperti sedang menahan tangisan. Mungkin takut dengan orang dihadapannya.

"Macam mana diorang boleh lepas masuk? Kawasan tu ada kawalan ketat kot!" aku nampak rahangnya diketap kuat. Mungkin sedang menahan marah.

"Jay,check cctv and everything" Jay hanya mengangguk. Dia melihat Emir masuk ke dalam ward milik Hildegord.

"Wow! Ien bow his head"usik Jay.

"Diam babi kau. Ien tu,akak aku sorang je boleh panggil"Gabriel menjeling Jay. Geram.

Aku nampak mereka berbisik sesuatu sebelum turut masuk ke dalam ward VVIP itu.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Jam pada dinding ward itu menunjukkan pukul 1.00 petang. Hildegord masih tidak sedarkan diri.

"Kau ada kelas kan petang ni?" aku hanya mengangguk. Ye aku ada kelas ganti petang ni pukul 2.30.

Gabriel mengeluh perlahan. Kaki melangkah ke arah katil Hildegord. Meninggalkan Jay dan Emir yang sedang berbincang di sofa.

Emir. Lelaki tadi. Dia ialah suami kepada Hildegord dan juga abang kepada Gabriel.

Aku nampak Gabriel menundukkan sedikit wajahnya di tepi Hildegord sebelum sesuatu dibisikkan. Sebuah senyum tawar hadir di bibirnya sebelum mukanyanya kembali dingin.

Entah mengapa aku rasa....cemburu? Aku pun tak faham dengan perasaan aku.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

"Awak memang rapat ke dengan kak Dee?" aku memecahkan kesunyian antara kami.

Gabriel memandang aku sekilas sebelum mata kembali fokus kepada pemanduan.

"Aku tak suka rapat dengan perempuan. Bagi aku,perempuan ni menyusahkan. Dalam hidup aku cuma ibu sorang je perempuan yang aku okay"

"Tapi one day,Emir bawa Dee balik as his wife. Aku kenal siapa Dee yang sebenarnya. Aku hormat dia,sebab dia tu kakak jay" ni aku terkejut. Dee tu kakak jay? Baruku tahu.

"Dee ni buat aku nak buka hati nak rapat dengan dia. Dia understanding gila. Aku tak takut nak bercerita atau nak dekat dia. Sebab dia tahu macam mana nak tenagkan aku,bagi aku kata-kata semangat. Sumpah aku bersyukur,bila dapat kakak macam dia"

"Aku takde kakak. Bila first time aku dapat kasih sayang dari seorang kakak macam Dee,aku hargai dia sangat. Sebabtu,aku tak sanggup hilang dia. Aku akan protect siapa je yang nak sakitkan kakak aku"

Aku merenung lama wajah Gabriel dari tepi.

"Hildegord,I envy you" bisikku di dalam hati.

Apa rasanya menjadi seseorang yang betapa di hati hati mahal milik Gabriel? Mesti menjadi wanita terbahagia bukan? Lihat sahaja layanannya kepada Hildegord. Itu baru kakak dia,belum lagi bini dia.

Tapi,aku sedar diriku. Aku dan Gabriel cukup berbeza. Kalau dia langit,aku bumi. Dia enggang,aku pula pipit.

Kenapa aku cakap macamni? Ye aku sedar. Aku sudah jatuh cinta dengan Gabriel Adrien.

Dia tidak perlu buat apa,aku sendiri yang lemah dan mudah jatuh hati padanya. Tetapi,aku tidak meletakkan sebarang harapan.

Cukup la,hanya aku,hati dan Allah sahaja yang tahu tentang ini. Kalau ada jodoh,mungkin ada. Tapi kalau tidak,biarkan sahaja aku berada di sampingnya sehingga dia dah tak perlukan aku lagi.

Mencintai tidak seharusnya memiliki,betul kan?

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now