E.H.T.L | bab 4

7.7K 474 5
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Din Dong! Din Dong!

Bunyi loceng yang ditekan itu,menghentikan perbuatanku yang sedang menggoreng beberapa ketul nugget. Nasib ada makanan frozen macamni dalam peti sejuk.

Tudung sarung di dalam bilik aku capai dahulu sebelum bergerak ke arah pintu. Pintu dibuka dari dalam dan terpancullah seorang wanita yang tingginya lebih kurang sama denganku.

"Cik Eleeya Farhana?"

"Ye saya"

"Master suruh saya hantar barang-barang ni dekat cik"

Aku melihat 2 buah luggage besar dan beberapa paper bag disebelahnya.

Kenapa banyak sangat ni? Wait Gabriel ke yang beli? Dahtu barang perempuan aku semua macam mana? Jangan cakap....

"Cik Eleeya jangan risau,semua ni saya yang belikan atas arahan master" wanita dihadapanku ini tersenyum manis.

Mungkin dia tahu apa yang aku risaukan. Aku membalas kembali senyuman itu.

"Kalau takde apa-apa lagi,saya gerak dulu ye cik"

Aku hanya mengangguk dan berterima kasih sebelum masuk ke dalam bersama beg-beg tadi.

Bilik tidurku dituju. Luggage itu aku buka untuk melihat isi dalamnya. Blouse,skirt,baju tidur,jersey dan bermacam-macam lagi.

Sebuah paper bag yang tertulis jenama 'machine' itu kucapai. Isi di dalamnya ku keluarkan. Sebuah kotak Iphone 11 berwarna hijau ku pandang tidak berkelip. So cantik~

Button on ditekan sebelum screen itu menyala.

Dah ada sim card la guys. Icon contacts terus ditekan. Tertera nama 'Gabriel Hesmes' disitu.

Mata digulingkan ke atas. Tahu la handsome,tapi jangan lah riak sangat.

Aku menaip sebuah nombor sebelum nombor itu didail.

"Hello?" sapa seseorang dari sebelah sana. Fuhh,nasib aku ingat nombor dia.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Aplikasi whatsapp dibuka. Nama Gabriel ditekan. Jaduak-jadual kelasku dihantar kepadanya seperti yang dijanjikan.

Gabriel Hesmes

Saya ada kelas petang harini

Okay.

Bila saya boleh start kerja?

Esok

Btw,hantar sini no akaun
bank kau.

Kejap eh.

Mamat ni hati batu ke apa? Dry texter gila. Dislike dislike dislike.

Kepalaku yang tidak berapa gatal itu aku garu sekejap. Nantilah kemas barang ni. Sekarang aku kena pergi kelas.

Selepas selesai membetulkan awning bawalku,aku melangkah keluar dari lif menuju ke basement.

Butang unlock pada kunci kereta di tanganku ditekan. Bunyi alarm kereta itu menarik perhantianku. Sebuah produa axia berwarna merah.

Kaki pantas bergerak ke arah kereta axia itu. Pintu tempat duduk pemandu dibuka. Nasib aku ada lesen kereta.

Haruman vanilla memenuhi ruangan kereta. Sungguh lembut baunya. Dengan lafaz bismillah dan doa naik kenderaan dibaca,aku memulakan perjalanan ke universiti.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Kereta baruku itu diparking berhampiran dengan dewan kuliah. Kita taknak jalan jauh-jauh kan? Iya tak?

"Eleeyaaaa!!!" satu suara menjerit memanggil namaku. Rasa nak sorok muka dalam beg sebab malu. Kawan siapa ni? Taknak mengaku kawan boleh tak?

"El kau okay tak? Ada sakit mana-mana lagi ke?"badanku dipusing 360 darjah dan ditilik dari atas sampai bawah.

"Wahai Cik Iman Nasuha. Aku okay,hidup lagi. Kalau tak okay,aku tak datang universiti" aku mengeluh perlahan melihat wanita yang sedikit tinggi dariku ini.

Iman Nasuha. Kawan baikku sejak sekolah menengah. Dialah manusia yang aku call tadi.

Waktu aku bercerita tadi,bukan main lagi dia gelabah. Aku hanya menggelengkan kepala. Maklumlah, Iman ni dah macam kakak kandung aku sendiri.

"El,aku risau la dengan kau ni. Kau boleh ke keluar macamni? Buatnya orang-orang bapak tiri kau cari kau macam mana?" aku nampak riak wajah risau yang terpancar di rupanya.

"Takpe. InshaAllah semua selamat kot. Dah takyah fikir. Jom masuk kelas,nanti lambat"

Iman hanya mengangguk dan berjalan seiringan denganku ke dewan kuliah.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now