E.H.T.L | bab 39

6.1K 377 5
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Black card itu aku hulurkan kepada cashier. Selepas beberapa minit aku keluar dengan iman dari butik berjenama Gucci itu dengan beberapa buah paper bag.

Tiba-tiba teringat perbualanku bersama Gabriel pagi tadi sebelum keluar dengan Iman.

[Flashback]
Aku berjalan ke arah Gabriel yang baru sahaja keluar dari walk in closet dengan berkemeja putih dan seluar slack hitam.

Tali leher berwarna merah itu dihulurkan kepdaku. Tahu la aku apa yang dia nak.

Kaki dijinjat sedikit supaya kerjaku untuk mengikat tali lehernya menjadi lebih mudah.

"Sweetie harini aku ada meeting besar" katanya sambil tangan melingkar di pinggangku.

"Good luck" kataku dengan mata yang masih fokus pada tali lehernya.

Aku nampak dia mencebik. Aik dah kenapa?

"Tak nak tanya ke,meeting dengan siapa? Pukul berapa? Dekat mana?"

Aku mengangkat wajah memandangnya.

"Iya love. Awak meeting dengan siapa? Pukul berapa meeting awak tu? Awak meeting dekat mana love?"

"Dengan CEO K Company pukul 10 kejap lagi dekat office aku" jawabnya dengan satu nafas.

"Tapi kan sweetie....Aku tak rasa tu yang kau patut risau"

Aku mengerutkan kening tanda tidak faham.

"CEO K Company tu perempuan tau sweetie. Kau tak takut ke dia buat apa-apa kat aku?"

Aku diam sekejap. Mataku tepat merenung anak mata emereld di hadapanku sebelum perlahan-lahan aku masuk ke dalam walk in closet.

Tak sampai beberapa saat,aku kembali ke hadapannya.

"Tunduk sikit boleh?" Gabriel hanya menurut.

Hujung kolar bajunya sebelah kanan aku cium lama sebelum lehernya pula jadi mangsaku.

Aku menjauhkan diri sedikit dari Gabriel dengan sexy smirk dibibir.

Gabriel memandang cermin sebelum kembali memandangku dengan muka tidak percaya.

"Tak sia-sia saya beli lipsticks yang terlebih merah ni. Finally ada jugak function"

"Sweetie aku dah la pakai kemeja putih" hujung kolar milik Gabriel mempunyai tanda gincu merah milikku dan lehernya mempunyai satu hickey karya agung milikku.

"So what? I just want to let the world know yang awak tu dah berpunya. No need to thank me"

Gabriel sudah gelengkan kepala. Pasrah mungkin. Padahal dalam hati suka. Acah je lebih.

"Oh btw saya takde kelas harini. So,boleh tak saya nak keluar dengan Iman pergi mall?" soalku sambil berjalan bersama Gabriel ke tingkat bawah.

Langkah diberhentikan di hadapan pintu rumah.

Gabriel mengeluarkan walletnya dari poket belakang seluar sebelum satu card berwarna hitam dihulurkan kepadaku.

"Habiskan je duit dari dalam card ni" membutang mataku mendengar apa yang dikatan oleh Gabriel.

"Tapi...."

"Kau tahu tak kalau kau nak habiskan semua duit dalam ni,kau dah beli satu mall tu pun,tak luak duit dalam card ni"

Aku tegup liur. Gabriel punya tahap kaya ni,sampai aku takyah risau nak hidup 7 keturunan dah.

"Jangan rasa bersalah sebab guna duit aku. Go,manjakan diri kau dengan semua benda yang kau nak. Aku tak marah kalau kau habiskan duit aku malah aku lagi suka. Sebab dekat siapa lagi aku nak habiskan duit aku kalau bukan dekat kau dengan bakal anak-anak kita?"

"Aku lambat dah ni. Takecare keluar dengan Iman nanti. Apa-apa jangan lupa call" satu ciuman dilabuhkan pada dahiku sebelum Gabriel menapak ke arah kereta yang terpakir di garaj.

Aku mengeluh kecil sebelum masuk untuk bersiap sebaik sahaja kereta Gabriel hilang dari pandangan mata.

Bak kata jimmy "yang kebun-kebun je la si gab ni"

[End of Flashback]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now