E.H.T.L | bab 18

6.8K 419 12
                                    

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

[Gabriel's POV]
Fail yang baru habis disemak itu aku tutup. Kepalas disandarkan ke kerusi sebelum mata dipejam erat. Tiba-tiba perbualanku dan ibu semalam kembali menerjah fikiran.

[Flashback]
"Ibu nak Gab kahwin" aku menjarakkan telefonku dari telinga. Kening dikerutkan.

"Erk,ibu demam eh?"

"Tak ibu tak demam. Ibu nak Gab bawa balik calon menantu ibu dalam masa sebulan. Kalau tak ibu sendiri cari calon untuk Gab"

"What the,ibu? Kenapa Gab? Kenapa bukan Airiel?" bentakku. Suka hati dia je suruh orang kahwin.

"Airiel kalau nak kahwin kena cari orang yang boleh jaga anak dia"

"Gab muda lagi. Takkan nak kahwin dah?" selagi boleh bantah,kita kena bantah!

"Kepala carrot Gab la. Gab tu dah layak kahwin. Ibu,tak kira bawa juga" talian dimatikan.

[End of Flashback]

'Mana aku nak cari bini dalam masa sebulan ni?' gumamku.

Iphone di atas meja aku pandang lama,sebelum sebuah mentol muncul di atas kepala.

[End of Gabriel's POV]

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

Iphone yang bergetar lama itu di dalam tote bag itu membuatkan langkahku terhenti. Nama pemanggil itu kulihat sebelum menekan icon hijau.

"Hello,assalamualaikum"

"Waalaikumussalam" sapa suara garau dari dalam talian.

"Kenapa awak call saya ni?" soalku.

"Kau dah habis kelas kan? Datang office aku sekarang"

Belum sempat aku membalas,talian terlebih dulu dimatikan. Aku mengeluh perlahan. Macam-macam la Gabriel ni.

Walaupun aku malas,tetap sahaja axia comelku dipandu menuju ke pejabatnya.

Seperti biasa,kalau datang office Gabriel,aku naik private lift dia. Buat je macam harta aku sendiri. Hehehe.

Pintu pejabat itu aku tolak. Satu cup starbuck Chocolate Cookie Crumble Crème Frappuccino bersaiz grande diletakkan di atas meja pejabat itu.

"So,why panggil saya datang sini?" aku menongkatkan wajah memandang Gabriel.

"Kahwin dengan aku" ringkas,padat dan tepat.

"The hell?" keningku dijungkitkan. Mukanya aku pandang. Mana tahu,dia tengah buat april fool ke kat sini.

"Aku tak gurau ni sweetie" dia memandangku dengan wajah serious.

"Apa yang saya dapat kalau kahwin dengan awak?" aku menyandarkan badan ke kerusi.

Masa untuk berunding. Benda macamni,mana boleh main-main.

"Aku boleh jaga keselamatan kau dari ayah kau. Kau ingat aku tak tahu lately ni,orang ayah kau still ikut kau?"

Tubuhku mengeras. Macam mana dia tahu,aku taknak tahu. Sebab aku tahu,benda tu tak mustahil untuk orang bernama Gabriel Adrien.

Tapi memang benar. Sejak kejadian di lorong gelap itu,budak-budak ayah tiriku semakin kerap mengekoriku. Naik seram kadang.

Belum sempat aku menjawab,pintu dibuka kasar dari luar dan berdirilah Hana si ulat bulu disitu.

Deja vu!

"You!!" dia menunding jari ke arahku. Ha,mula dah drama akasia pukul 7 tak berbayar dia.

"Eh kenapa eh,asal I datang je mesti hadap muka kampung macam you ni" dia berjalan ke arah aku dan Gabriel.

Rambutnya di flip sekali. Eh perempuan ni,aku gunting rambut dia biar botak baru tahu.

"Salah ke saya nak datang jumpa tunang saya?" balasku bersahaja sambil melihat ke arah kuku milikku. Acah sikit.

Aku nampak Gabriel sedikit terkejut sebelum bibirnya menguntum senyuman sinis. Sexy gila bakal tunang aku ni!!!

"You what?! Are you kidding me? Gabriel,tengok perempuan kampung ni tak tahu malu mengaku dia tunang you!!!" bentaknya dengan nada gedik.

Aku menggulingkan bola mata. Over betul minah ni.

"Dia ke kau yang tak malu? And betul lah,dia tunang aku. Kau tak puas hati pahal?" jawab Gabriel senada.

"No! You tak boleh kahwin dengan dia. You kena kahwin dengan I. Only me. I je layak jadi wife you" kakinya dihentak-hentak.

Lama-lama runtuh juga lantai tingkat ni.

"Terus? Harus ku bilang wow gitu?" jawabku.

"Ergh! I takkan buat hidup you senang. Just wait and see!"

"Okay" aku menghantar pemergiannya dengan ekor mata. Satu jelingan diberikan kepadaku semula.

"So,kau accept la ni?" aku memandang ke arah Gabriel yang sedang sabar menunggu jawapan.

"Saya takkan senang-senang panggil orang as 'tunang' kalau saya tak accept" perkataan tunang itu aku tekan.

Dah alang-alang crush ajak kahwin,takkan nak tolak? Orang gila pun takkan tolak la,kalau yang ajak tu adalah Gabriel Adrien.

Bibir merah milik Gabriel menguntum senyuman nipis.

"So,as my lovely fiancee,aku ada kerja untuk kau"

Aku memandang wajah Gabriel. Haa,sudah. Apa pulak dia nak suruh aku buat ni.

-ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛--ˏ͛⑅ ‧̥̥͙‧̥̥ ̥ ̮ ̥ ⊹ ‧̫‧ ⊹ ̥ ̮ ̥ ‧̥̥‧̥̥͙ ⑅ˏ͛-

ELEEYA : HIS TRUE LOVEWhere stories live. Discover now