Prolog

876 12 0
                                    

Hello, you beautiful thing. 

Selama ni, aku tak perasan dengan perasaan diri aku sendiri. Aku cuba tepis apa yang aku rasa selama ini sebab aku sendiri tak pasti sama ada apa yang aku rasa ni sesuatu yang benar dan betul. Dah terlalu lama aku simpan rahsia ini sendirian. I know I should not say all these to you, but I cannot  help it. I need to let you know about this. I cannot keep it to myself any longer. 

Aku jatuh cinta pada kau. Aku sendiri tak tahu bila perasaan cinta itu datang. Aku tak sedar yang selama ini, aku mencintai kau. Walaupun aku tahu aku tak sepatutnya mempunyai perasaan ini terhadap kau, aku tak mampu nak melawan dan membuang perasaan ini. Aku dah cuba, tapi perasaan itu tetap tak hilang. 

Aku tak tahu jika takdir akan menentukan kita untuk bersama atau tidak. Aku cuma nak kau tahu, aku akan terus mencintai kau dalam diam dari sini. 


Lelaki inilah yang jatuh hati padamu

Lelaki inilah yang akan selalu memujamu. 

Mungkin kau takkan pernah tahu betapa mudahnya kau untuk dikagumi

Mungkin kau takkan pernah sedar betapa mudahnya kau untuk dicintai. 

Akulah orang yang akan selalu memujamu. 

Akulah orang yang akan selalu menyintaimu. 

: Pemuja Rahsia - Sheila on 7

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now