Tiga

362 10 0
                                    

Aiden melemparkan senyuman lantas melajukan langkahnya menuju ke sebuah meja di John's Place. Matanya melihat kelibat dua orang rakan rapatnya, Mark dan Faiq yang sudah tiba lebih awal sedang duduk di meja itu, menunggu dia sampai. Kedua rakannya itu memang sekampus dengannya dia Westwood, cuma mereka berlainan jurusan, itu yang menyebabkan mereka tidak mempunyai jadual yang sama.

"Lah, aku ingat kau tak datang. Lambat gila sampai," tegur Faiq sebaik sahaja Aiden melabuhkan punggungnya di salah sebuah kerusi. Aiden tersengih. 

Sebetulnya tadi selepas kelas, dia terus menuju ke situ. Entah mengapa pula pemandu Ilys Saira tidak menjemputnya hari itu. Maka Aiden menjadi mangsa rengekan Ilys Saira untuk menghantarnya pulang. Mahu tak mahu, kenalah Aiden menurut jua. Kalau tidak, bingit telinganya. 

"Aku kena hantar Ilys balik tadi. Driver dia tak ambik dia pulak harini," jelas Aiden, seraya memanggil pelayan untuk membuat pesanan. 

Mark jungkit kening, matanya menjeling ke arah Faiq. "Aku tak fahamlah kau ni Id. Kau rimas dengan Ilys tapi kau nak jugak layan dia. Kalau aku, memang tak kuasa lah. Buat pening je!" 

Aiden tertawa kecil mendengar kata-kata Mark itu. Ada sebab kenapa Ilys perlu dilayan walau ada kalanya dia sendiri tidak betah. Tapi biarlah hal itu hanya dia yang tahu di ketika ini. 

"Kau tahulah aku, Mark. Ni, aku nak tanya korang something. Korang pernah nampak tak perempuan macam rupa model Victoria Secret kat Westwood?" 

Kali ini, giliran Mark dan Faiq pula yang mengerutkan dahi tatkala mendengar kata-kata Aiden itu. "Model Victoria Secret mana?" tanya Faiq. 

Aiden menongkat dagunya dengan jemarinya seketika sebelum mengeluarkan telefon bimbit dan mengetik skrin. Seketika kemudian, dia menunjuk skrin telefonnya kepada Mark dan Faiq. 

"Macam ni, tapi slightly cuter," ujar Aiden

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam ni, tapi slightly cuter," ujar Aiden. 

"Foreigner?" tanya Mark. 

Aiden jungkit bahu. "Tak tahu? Habis kenapa tiba-tiba kau tanya macam ni?" sambung Mark lagi.

"Entah. Ada ke perempuan rupa gaya macam tu kat kampus? Macam tak pernah pulak aku tengok," ujar Faiq. 

Aiden tersenyum simpul. "Itu yang aku nak story time sikit dengan korang berdua. Pagi tadi aku lepak kat library. Pastu, aku terserempak dengan perempuan tu. Serious aku macam tak pernah tengok dia kat kampus ni, padahal dia rupanya satu kelas macro dengan aku. Kenapa selama ni aku tak pernah nampak dia eh?"

"Kau angau ni, Id," usik Faiq lagi lantas tertawa. Aiden mencebik. 

"Aku kena find out siapa dia my Irina Sharipova lah, guys," ujar Aiden cuba membuat alasan. Mark tersenyum sinis. Bukannya dia tidak kenal perangai Aiden itu. Sudah pasti perempuan itu akan menjadi mangsa Aiden seterusnya kalau dapat nanti. 

"Kau cakap apa tadi? My apa?" 

"Irina Sharipova. Tu lah nama model Victoria Secret tu." 

Pecah tawa Mark dan Faiq memenuhi ruang restoran itu. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now