Empatpuluhdua

131 2 0
                                    

Aurora membelek-belek fail di atas meja sebelum disusun semula di satu sudut mejanya bersama dengan fail-fail yang lain. Hari itu adalah hari terakhir dia berkhidmat di Emser Solutions. Setelah enam bulan di syarikat itu sebagai seorang intern, hari itu, internshipnya tamat. 

"I wished you chose to stay, Rory. Things are going to be dull and lonely when you're no longer around," ucap Mia, bersandar pada dinding kubikel Aurora yang bersebelahan dengan kubikelnya. Aurora tersengih. 

"Well, you're still going to have your lovely boss there," gurau Aurora, mengisyaratkan ke arah bilik pejabat Henry. Terlihat Henry sedang sibuk melihat skrin komputer sambil bertelefon. Mia mencebik membuatkan Aurora tertawa kecil. 

Sudah hampir tiga bulan dia menjadi girlfriend kepada Henry, dan selama itu, mereka berdua masih boleh merahsiakan hubungan mereka di pejabat itu. Sesuatu yang perlu mereka berdua praktis, jika Henry memilih untuk turut pulang semula ke Malaysia nanti. Setakat itu, Aurora dan Henry masih belum berbincang lagi tentang arah tuju hubungan mereka berdua saat Aurora pulang semula ke Malaysia nanti. 

Bukannya Aurora tidak mahu terus tinggal di Sydney, cuma tanah tumpah darahnya adalah di Malaysia. Malaysia adalah rumah baginya. 

"Let's go out and have farewell drinks tonight? What do you say?" pelawa Mia. Aurora menguntum senyuman lebar. 

"Alright. Where and what time?"

"Let me just round up some people and I'll text you later? Probably grab some dinner first then meet up for drinks after?"

"Alright. Sounds good."

Aurora melihat sekilas Piaget di pergelangan tangan, sudah menunjukkan pukul 4.45 petang. Ertinya dia punya lima belas minit lagi sebelum waktu kerjanya tamat. Meja di kubikel sudahpun siap dikemas rapi. Access pass pun sudah dikembalikan kepada HR awal tadi. 

"Well, Mia. It was nice to be working with you. I hope we can work again together, if fate give us a chance," ucap Aurora kepada Mia, seraya mencapai beg tangannya. Mia tersenyum terharu, mendepangkan kedua belah tangannya. Tubuh Aurora ditarik dan diraih ke dalam pelukan buat seketika. 

"Babes, don't forget about me okay? I'm just one text away," ucap Mia. Aurora senyum dan angguk. 

Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepejabat yang lain, Aurora mula menapak ke bilik pejabat Henry. Birai pintu aluminium diketuk perlahan, membuatkan Henry yang sedang tertunduk menghadap fail, mengangkat wajahnya. Henry mengangkat tangannya, mengisyaratkan Aurora untuk masuk. 

"Ready to go?" tanya Henry selamba, mengembalikan fokusnya kepada fail di hadapannya. 

"Yearp."

"Alright. Good luck. See you when I see you," ujar Henry mendatar tanpa perasaan, langsung tidak memandang ke arah Aurora. Aurora menjungkitkan keningnya sebelah. Aurora melangkah perlahan untuk keluar dari pejabat itu, sedikit hairan, setelah Henry kekal mendiamkan diri, masih fokus pada kerjanya, Aurora terus sahaja melangkah keluar dari Emser Solutions. 

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari lobi bangunan pencakar langit kaca itu, telefon bimbitnya berbunyi, menandakan ada pesanan ringkas masuk. 

HENRY DEAN: See you at home, Sayang. I miss you. 

HENRY DEAN: Saya balik lambat sikit hari ni, btw. Nak settle a few things dengan office Malaysia. Kena tunggu dia orang. 

AURORA IRINA: Okay. Mia ajak keluar malam ni for drinks jugak. So kalau awak tak sempat, I'll just have dinner by myself. 

HENRY DEAN: Alright, Sayang. See you then. Kalau dah nak jumpa Mia, text me okay?

AURORA IRINA: Alright, Honey. 

CIKLET: Jika Kau Mahuحيث تعيش القصص. اكتشف الآن