Limabelas

279 5 0
                                    

"Good morning," sapaan itu membuat Aurora sedikit melompat, terkejut, saat pintu Mercedes ditutup dan dikunci. Matanya menjeling ke arah Aiden yang sedang bersandar pada Porsche Macan di tempat letak kereta bertentangan dengannya. Aiden tersengih nakal saat melihat reaksi Aurora itu. Hampir sahaja terpelanting botol air di tangan Aurora. 

Aiden mula melangkah ke arah Aurora, tersenyum lebar. Tubuh Aurora ditolak lembut agar bersandar ke pintu kereta Mercedes milik Aurora, pinggul Aurora ditarik rapat agar tubuh Aurora rapat ke tubuhnya sebelum seulas bibir seksi milik Aurora dikucup lembut, dalam dan perlahan. 

"I miss this lips," bisik Aiden menggoda, membuatkan Aurora tersenyum kecil. Tubuh Aiden ditolak lembut sebelum dia mula melangkah menuju ke lif, membiarkan Aiden mengikutnya dari belakang. Tidak mahu berjalan terlalu dekat dengan lelaki itu. 

Aiden pula tidak kisah memerhati setiap lenggok pinggul Aurora yang mengenakan skinny jeans Saint Laurent yang dipadankan dengan tshirt longgar Brunello Cucinelli berwarna putih itu. Sedikit teruja kerana bersama Aurora membuatkan Aiden merasakan yang dia bersama dua gadis berbeza.

Di Westwood, Aurora lebih santai, selalunya hanya mengenakan jeans dan tshirt ke kelas, wajahnya hanya didandan nipis. Rambut sekadar dilepas bebas atau diikat satu. Cute. Tetapi saat Aurora berada di luar Westwood, pertukaran 180° berlaku. Aurora menjadi seorang gadis yang seksi dan menggiurkan, sekali pandang macam model.

"Awal sampai hari ni?" tanya Aurora saat mereka berdua masuk ke dalam lif. Hanya mereka berdua berada di dalam lif itu, memberikan ruang untuk berbicara sebentar.

"Tunggu awak. Bolehlah masuk Macro sama-sama," jawab Aiden membuatkan Aurora jungkit kening. Padahal Aiden sebenarnya mempunyai kelas awal pagi itu, cuma sengaja ke tempat letak kereta tadi selepas kelas pertamanya pagi itu untuk melihat jika Aurora sudah sampai atau tidak. 

Saat pintu lif terbuka, Aurora memasang kacamata hitam, langkahnya dituju ke arah Main Building. Sedikitpun tidak mengendahkan Aiden. Satu lagi perkara membuatkan Aiden kagum dengan Aurora. Kalau perempuan lain memang sudah berpaut pada lengannya, enggan dilepaskan. Bagai sudah digam. Sengaja Aiden berjalan lebih pantas untuk menyaingi langkah Aurora, agar dapat berjalan bersebelahan dengan gadis itu. 

"Awak tak takut ke kalau orang tengok kita jalan sama-sama ni? In case orang ingat kita couple?" tanya Aurora, terus melangkah tanpa melihat Aiden sedikitpun. Sedikit janggal kerana Aiden berjalan di sisinya. Tidak mahu dirinya jadi perhatian.

Aiden tergelak kecil. "Kenapa? Awak takut Marcus lari?" sengaja Aiden menduga saat melihat Marcus sedang berdiri tidak jauh dari pintu keluar dari Main Building menuju ke courtyard. Terlihat Marcus tersenyum lebar saat melihat kelibat Aurora. 

Langkah Aurora tiba-tiba termati, tubuhnya dipalingkan agar menghadap Aiden. Matanya memandang wajah Aiden tajam. "Look, Id. Apa-apa antara saya dengan Marcus, that isn't your business. Ingat, arrangement kita, hanya kita berdua sahaja yang tahu. And also, your girlfriend is waiting for you," ucap Aurora, mengisyaratkan ke belakang Aiden dengan dagunya. 

"See you when I see you, Aiden," sambung Aurora lagi, seraya menepuk bahu Aiden selamba, seakan tiada apa-apa yang berlaku di antara mereka, sebelum berlalu ke arah Marcus. 

Ah! Janganlah Aiden pula yang kalah dalam permainan cinta yang seperti bermain dengan api sebegini. 

~~

Ilys Saira memandang tajam gelagat Aiden bersama gadis yang muncul di rumah Mark beberapa minggu lepas. Di hatinya timbul sedikit perasaan curiga. Mana tidaknya, siang itu, gadis itu datang dengan dua orang lelaki di atas jetski di rumah Mark. Malam itu, Aiden menghilangkan diri sebentar, sebelum pulang dan memaksa dia untuk pulang ke Kuching. Itulah kali terakhir dia berinteraksi dengan Aiden. Selepas menghantar Ilys Saira pulang ke rumah, sedikit pun Aiden tidak menghiraukannya. Sepanjang cuti pertengahan semester, sehinggalah sekarang saat kuliah bersambung semula, Aiden langsung tidak menghubunginya. Dia rasa dia telah dilupakan, ditinggalkan begitu sahaja. 

CIKLET: Jika Kau MahuΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα