Satu

628 12 0
                                    

Suasana hening perpustakaan Westwood University di waktu pagi bagaikan satu ruang ketenangan di celah hingar-bingar kesibukan ruang kampus yang sibuk dengan pelajar yang keluar masuk dan menuju ke kelas pertama mereka untuk hari itu. Pagi-pagi sebegitu, memang tidak ramai yang akan menuju ke perpustakaan. Jika ada pun, untuk menggunakan kemudahan mesin printer ataupun fotostat yang disediakan. 

Tubuh athletic built yang tegap berketinggian 6 kaki 2 inci milik Aiden Raziq, terpacak di ruang perpustakaan tepat pada pukul 8.30 pagi. Kalau diikutkan hati, memang bukanlah dirinya untuk berada di perpustakaan seawal itu. Memandangkan kelas pukul 8.30 pagi dibatalkan dan kebetulan dia sudah berada di kampus, dia memilih untuk menggunakan suasana hening dan sepi perpustakaan itu sebaik-baiknya. Lagipun, kalau hendak pulang ke rumah sia-sia pula kerana kelas seterusnya akan bermula pada pukul 10.30 pagi. 

Kad pelajar di leretkan pada pengimbas di pintu masuk perpustakaan sebelum Aiden menapak menuju ke ruang Quiet Reading Zone. Sesekali memang dia akan ke situ kalau tidak mahu diganggu dan mahu ruang yang betul-betul senyap. Bukan untuk membaca, tapi untuk melelapkan mata seketika. 

30 minit telah berlalu namun cubaan power nap Aiden gagal. Setiap kali dia hendak melelapkan mata, perhatiannya dicuri oleh gadis yang duduk di sebelahnya, sedang leka membaca novel Princess karya Jean Sasson, sepasang earphones disumbatkan ke telinga. Raut wajah gadis yang seiras model Victoria Secret itu sesekali berkerut, taksub dengan apa yang dibacanya, membuatkan Aiden tertarik dan tersenyum kecil. 

Sayang betul, muka cantik, body pun boleh tahan, tapi total geek, detik Aiden di dalam hati. 

Tanpa sedar, Aiden memerhati gadis itu dengan penuh konsentrasi. Kalau perempuan lain yang secantik itu di Westwood, mesti sudah melaram bagai nak rak untuk ke kelas, lengkap dengan makeup, rambut yang didandan serta pakaian dan aksesori designer dari koleksi terbaru, namun gadis di sebelahnya itu ternyata berbeza. Hanya mengenakan jeans dan hooded sweatshirt Hard Rock Cafe, mata Aiden juga sempat menangkap sepasang sneakers Reebok Club C 85 Vintage berwarna putih tersarung di kaki gadis itu. Kalau gadis lain sudah pasti dengan booties atau stilettos dah. 

Sorot mata Aiden beralih ke raut wajah yang comel tapi seksi itu. Langsung tidak dipalit sebarang alat solek. Mungkin sekadar lip balm sahaja kerana bibir gadis itu kelihatan sungguh menggiurkan, merekah berwarna merah jambu dan sedikit lembap. Sesekali helaian rambut berwarna coklat separas pinggang terlepas dari ikatan ponytail gadis itu diselitkan ke belakang telinga. Tanpa sedar, Aiden menggigit bibirnya. 

Getaran di dalam poket jeans Tommy Hilfiger mematikan lamunan Aiden. Pantas dicapai telefon bimbit di dalam poket dan dilihat sekilas skrin. 

Ilys Saira: Hey, Id. Are you in campus yet?

Aiden menghembuskan nafasnya perlahan. Pagi-pagi lagi sudah ada yang mahu menganggu ketenteramannya, mencari dirinya. Tapi, kalau tidak dilayan, rugi pula. Pantas jemari Aiden mengetik skrin untuk membalas pesanan ringkas yang baru sahaja diterima. 

Aiden Raziq: Hey sexy. Not yet. Kenapa?

Harap-harap Ilys Saira tidak akan menginjakkan langkah ke perpustakaan pada waktu itu. Kalau tidak, pecah tembelang!

Ilys Saira: Oh, nothing. I ingat kalau you dah sampai campus, boleh temankan I breakfast. 

Ilys Saira: Kalau you belum sampai, kita meet up for lunch instead? Boleh?

Aiden merenung skrin telefon bimbit kosong. Otaknya ligat berfikir jika dia punya perancangan untuk makan tengah hari nanti. Dia juga berkira-kira jika dia betah hari itu untuk melayan kerenah Ilys Saira. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now