Empatpuluhtiga

138 2 0
                                    

Henry leka membelek telefon bimbitnya seraya kakinya melangkah menuju ke apartmennya. Sudah hampir seminggu Aiden berada di Sydney, dan selama itu jugalah Henry mengelak dari Aurora. Henry lebih selesa sebegitu, walaupun hatinya terasa hendak pecah merindui Aurora. Selama hampir setahun berada di Sydney, Henry sudah terlalu biasa dengan adanya Aurora. Lebih-lebih lagi sejak Aurora bekerja di Emser Solutions, membuatkan Henry terbiasa melihat wajah itu. Dan sejak Aiden sampai, bukan sahaja Henry tidak menemui Aurora, namun untuk memberikan ruang, Henry langsung tidak menghubungi Aurora walaupun hatinya meronta-ronta untuk menghantar pesanan ringkas ataupun mengetuk pintu apartmen Aurora. 

"Hez," terdengar suara itu menegur sebaik sahaja Henry berada di hadapan pintu apartmennya. Hampir sahaja telefon bimbit terpelanting dari tangan. Kepala yang sedang tadi tunduk melihat telefon bimbit diangkat, terlihat Aurora bersandar pada birai pintu apartmennya, kelihatan bersahaja mengenakan jeans lusuh dan sepasang tshirt polos. Aurora melangkah ke sisi, memberikan ruang untuk Henry membuka pintu apartmen sebelum mengikut langkah Henry menapak masuk ke dalam apartmen. 

Sebaik sahaja Henry meletakkan signature messenger bag Boss berwarna hitam ke atas sofa, lehernya dipaut Aurora, tubuhnya ditarik rapat ke tubuh Aurora. Terasa seulas bibir Aurora mengucup lembut bibirnya. Kucupan Aurora dibalas, tubuh gadis itu dirangkul erat. 

"I miss you," bisik Aurora saat meleraikan kucupan. Henry tersenyum nipis. 

"I miss you too."

"Mana menghilang dah seminggu langsung tak ada dengar khabar berita?" rungut Aurora, membiarkan dirinya masih di dalam pelukan Henry, bibirnya memuncung sedikit, melirik manja ke arah Henry membuatkan Henry tertawa kecil. Hidung mungil Aurora dicuit. 

"Saya busy kat tempat kerja, Sayang. Kan nak handover sebelum saya balik nanti? Lagipun, saya nak beri awak dengan Aiden ruang. I'm just a side-piece remember?"

Aurora mencebik mendengar kata-kata Henry itu. Rambut lurus Aiden yang sedikit panjang dan disisir kemas ke belakang itu dibelai lembut. Wajah kacak itu dipandang sepuas-puasnya untuk melepaskan rindu yang menggunung. 

"What are you doing here, Sayang? Id tak cari ke?" tanya Henry setelah beberapa ketika mereka berdua mendiamkan diri. Henry membiarkan Aurora merebahkan kepalanya ke atas dadanya, masih berpelukan di tengah ruang tamu apartmennya. 

"Dia keluar. Getting some food. Awak nak makan sama tak? Join us?" 

Henry tersenyum sinis. Dagunya direhatkan pada kepala Aurora yang rendah darinya itu. Rambut Aurora yang dibiarkan lepas mengurai dibelai lembut. 

"I wish I can, Sayang. Takpe, awak dinner je dengan Id okay?" pujuk Henry. Biarlah dia mengalah. 

"Hez, weekend ni saya balik Malaysia," ujar Aurora perlahan. Terasa tersekat-sekat sahaja kata-kata itu di kerongkongnya. Henry mengetap bibirnya. 

"Saya akan arrange kereta untuk hantarkan awak dengan Id ke airport okey? Nanti saya bagitau Id details."

Terdengar Aurora menghembuskan satu nafas yang berat. "I'm going to miss you so much."

"It's okay. Hujung bulan ni pun saya dah balik ke sana jugak kan? I'll see you when I get back."

Henry mencempung wajah Aurora di dalam kedua belah tangannya, anak mata Aurora direnung penuh kasih, bagaikan meresap ke seluruh pelusuk hati Aurora. Pipi Aurora dielus lembut dengan ibu jarinya sebelum bibir Aurora dikecup lembut. 

"You need to get back, Rory," bisik Henry lembut saat kucupan dileraikan. Anak mata Aurora terhala ke arahnya. Rangkulan dilonggarkan, dengan perlahan dilepaskan, sehingga hanya pergelangan tangan Aurora sahaja masih di dalam genggaman sebelum akhirnya dilepaskan begitu sahaja, melihat Aurora melangkah menuju ke pintu apartmennya. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now