Sebelas

271 7 0
                                    

Aurora tersedar dari lena. Jam tangan Rolex di pergelangan tangan dipandang, menunjukkan pukul 5.30 pagi. Aurora mengeliat, pastinya dia tertidur saat pulang ke suite tadi. 

Aurora menjeling ke arah pintu bilik yang dibiarkan terbuka sedikit. Terdengar suara datang dari ruang tamu suite itu. Aurora bangkit lantas mencapai cigarette case di meja sisi berserta dengan Zippo matte black miliknya, langkah dituju ke bilik air untuk menggosok gigi dan membasahkan wajahnya sebelum kakinya diayun menuju ke ruang tamu. Di ruang tamu, terlihat Pitt dan Aiden sedang leka bermain PS4. 

"You guys are still here?" suara Aurora yang tidak dijangkakan oleh mereka berdua membuatkan mereka terkejut. 

"Eh, dah bangun dah? Aku tak sampai hati nak tinggalkan kau sorang," jawab Pitt, menoleh ke arah Aurora yang berdiri di belakang sofa tempat mereka bersandar. Saat naik ke suite dari Liquid awal tadi, mereka berdua belum lagi melelapkan mata, padahal Aurora terus sahaja memejamkan matanya saat tubuhnya menyentuh tilam yang empuk. Mark dan Faiq awal lagi sudah kembali ke bilik mereka sendiri. Cuma Aiden sahaja yang memutuskan untuk menemani Pitt dan tetap berada di situ. 

Padahal bukannya dia berada di situ untuk Pitt. Aiden tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan Aurora akhirnya. She's his white whale. 

Pitt menukar siaran televisyen ke siaran movies manakala Aurora menapak ke pantry untuk menuang segelas air sejuk untuk membasahkan tekak yang kering. Pitt mengisyaratkan kepada Aiden untuk mengisi Vortex di atas meja. Aiden menurut sahaja dan menghulurkan Vortex dengan sebiji pemetik api setelah siap diisi. Setelah giliran Pitt, giliran Aiden pula untuk menarik asap di dalam Vortex sebelum dihembus asap tebal ke ruang tamu itu. Vortex diletakkan semula di atas meja.

"None for me?" ujar Aurora yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di atas sofa bersebelahan dengan kerusi yang diduduki Aiden. Aiden menjungkitkan keningnya, sedikit terkejut mendengar kata-kata Aurora itu. Sangkanya Aurora dan Pitt hanya melepak sebagai kawan. Barulah Aiden mengerti bagaimana Aurora dan Pitt boleh saling mengenali dan boleh jadi semesra itu. 

Kalau tidak kerana adanya Pitt di situ, Aurora tidak mungkin akan setenang itu. Berminggu lamanya dia sudah cuba melarikan diri dari dikesan oleh Aiden di Westwood. Baru sahaja awal tadi dia menarik nafas lega kerana tidak perlu risau tentang Aiden, rupa-rupanya takdir menemukan mereka berdua sekali lagi. 

Tanpa disedari, tiba-tiba terdengar dengkuran kecil milik Pitt. Aurora menoleh ke arah sofa di sebelahnya. Aurora tersenyum kecil melihat Pitt yang sudah terlena. Pantas Aurora bangkit dan menuju ke bilik. Seketika kemudian, dia muncul semula dengan sebiji bantal dan sehelai comforter. Diletakkan bantal pada dada Pitt sebelum tubuh lelaki itu diselimutkan. 

"Kau nak ke mana tu, Rory?" terdengar suara Pitt bersuara lembut, separuh tersedar dari lenanya. 

"Aku nak ke roof, lepastu maybe ke gym sekejap kot. Kau tidur ajelah. Aku ada keycard dengan phone aku," jawab Aurora, membiarkan Pitt terlelap semula. "If you want to stay, you're welcome," ujar Aurora kepada Aiden sebelum dia menuju ke bilik tidurnya untuk mengambil beberapa barang sebelum dia menuju ke roooftop.

Kalau Pitt tidur, ertinya ruang untuk dia mengelak dari Aiden semakin sempit. Sebab itu Aurora mengambil keputusan untuk menuju ke rooftop Pullman. Selalunya, jika dia bangun lebih awal dari biasa, dia akan menuju ke rooftop untuk menikmati keindahan pemandangan matahari terbit di tengah-tengah bandar Kuching itu. 

Aurora menyarungkan knitted wool cardigan tipis Missoni ke tubuhnya dan sepasang Havaianas ke kakinya sebelum dia melangkah menuju ke pintu untuk keluar. Kakinya dilangkah menuju ke lif. Satu keluhan dilepaskan sebelum butang lif ditekan untuk menuju ke tingkat paling atas. Dari tingkat paling atas, dia berjalan menuju ke hujung koridor ke pintu emergency exit. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now