Empatpuluhenam

145 2 0
                                    

Notifications

5 missed calls from Henry Dean. 

5 text messages from Henry Dean. 

2 text messages from Aiden Raziq. 


HENRY DEAN: Please call me when you get home safe. 

HENRY DEAN: Come and work for me again? Datang ke office saya Isnin nanti and we can discuss the details. 

HENRY DEAN: Please say yes. 

HENRY DEAN: Sekurang-kurangnya, kita ada lebih masa untuk bersama. Macam di OZ. 

HENRY DEAN: Call me. I miss you Sayang. 

AIDEN RAZIQ: Hey Baby Girl. I'm sorry I was MIA. Busy sangat dengan kerja. Congratulations on your graduation. Weekend ni keluar celebrate?

AIDEN RAZIQ: Anything just text me. Saya busy sangat kat office, so tak boleh nak jumpa awak for the time being. Weekend ni kita jumpa okay, Baby Girl?

Ibu jari Aurora menatal skrin telefon bimbitnya sambil menghirup jus di dalam gelas di breakfast bar ruang dapur rumahnya. Semua pesanan ringkas dibaca begitu sahaja sebelum telefon bimbit diletakkan semula ke atas breakfast bar yang diperbuat dari marmar berwarna putih itu. Aurora bangkit dari kerusi lantas melangkah ke ruang tamu, meninggalkan telefon bimbit begitu sahaja. 

~~

Aiden menyandarkan belakangnya pada kerusi di balkoni Riverbank Lounge yang menghadap panorama Sungai Sarawak yang indah lebih-lebih lagi di saat matahari sudah mulai merendah. Sengaja Aiden ke situ selepas habis waktu kerja untuk menenangkan fikiran. Segelas Macallan di hadapannya di capai dan dihirup perlahan sebelum telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluarnya dan diletakkan di atas meja. Seketika kemudian, jemarinya mencapai pemetik api Zippo metalik diukir nama Aiden yang dihadiahkan Aurora satu ketika dahulu. Cigar dinyalakan, sebelum kepulan asap tebal dihembus ke udara. Jam tangan Patek Philippe di pergelangan tangan dikerling sekilas, sudah menunjukkan pukul 6 petang. 

"Yo, bro. Sorry lambat," terdengar satu suara menegur Aiden, lantas bahunya ditepuk. Aiden mengangkat wajahnya dari merenung telefon bimbit di dalam tangan dan melemparkan satu senyuman. 

Henry. 

Henry mengambil tempat duduk bertentangan dengan Aiden, sebelum membuat pesanan. Lengan kemeja Agnes B berwarna putih di tubuh dilipat sehingga ke siku. Tengah hari tadi, Aiden menelefonnya mengajak berjumpa di lounge itu setelah habis waktu kerja. Terasa lama sudah mereka berdua tidak melepak sebegitu, masing-masing sibuk dengan tuntutan kerja membuatkan Henry setuju. 

Aiden menghulurkan sebatang lagi cigar dari dalam poket kemeja kelabu gelap Armani yang dikenakannya, huluran disambut Henry sebelum Henry turut menyalakan cigar itu. 

"Oh man, teringat pulak aku waktu kita di London dulu curi-curi smoke cigar Daddy aku," ujar Henry saat melepaskan asap dari bibirnya membuatkan Aiden tersenyum. 

Memang sudah terlalu banyak yang mereka berdua lalui bersama sejak zaman remaja lagi. Terlalu banyak masa yang dihabiskan bersama terutama ketika Aiden kerapkali ulang alik ke London dahulu. 

"So, kenapa tiba-tiba je ajak aku lepak ni? Kenapa tak ajak Faiq dengan Mark sekali?" sambung Henry lagi setelah beberapa ketika. Wajah Aiden yang sejak tadi melemparkan pandangan ke arah pemandangan matahari terbenam di sungai itu diperhati. 

"Nah...aku nak berbual dengan kau je, Hez. Ada something yang aku nak talk to you about," ucap Aiden serius, seraya menghirup minumannya. Jantung Henry berdegup kencang. Tahukah Aiden tentang hubungannya dengan Aurora? Apa yang serius sangat yang perlu dibincangkan antara mereka berdua sahaja?

CIKLET: Jika Kau MahuDonde viven las historias. Descúbrelo ahora