Tigapuluh

157 2 0
                                    

Aiden mengelap titisan peluh yang membasahi rambut dan dahinya dengan sehelai tuala kecil. Tubuhnya disandarkan pada tali pembahagi boxing ring itu, sedikit mengah. Matanya menjeling ke arah Mark yang sedang meneguk rakus minuman di dalam botol. Aiden turun dari ring itu dan menuju ke bangku untuk mengambil botol airnya sebelum dia melabuhkan punggung di atas bangku itu. Tidak lama kemudian, Mark, Faiq dan Pitt turut berkumpul di situ untuk berehat selepas sesi gym mereka. 

"Rory apa khabar eh? Lama gila aku tak dengar berita dia," tanya Pitt tiba-tiba membuatkan Aiden mengetap bibirnya. Sebolehnya, dia tidak mahu memikirkan tentang Aurora sedikitpun sekarang. Sakit di hati masih lagi bersisa.

"Okeylah kot. Aku pun tak dengar berita dia few days," balas Aiden acuh tak acuh. Pitt tersenyum nipis. Tentu sahaja Aiden masih sebal kerana ditinggalkan Aurora begitu sahaja. Ternyata Aiden berubah saat Aurora pergi ke Australia. 

"Dia tak contact kau ke?" tanya Pitt lagi, cuba mengorek. Aiden sekadar jawab dengan gelengan. Hatinya sakit dan runsing kerana Aurora langsung tidak dapat dihubungi sejak dua hari lepas. Pesanan ringkas yang dihantar pun cuma satu yang dibalas. Bukanlah niat Aiden untuk mengongkong, tetapi pada waktu ini, dia terlalu rindukan gadis itu. Tambahan pula dengan stress dari Puan Zara yang sentiasa mahukan dia untuk membuat keputusan tentang Ilys Saira. 

Setakat ini, Aiden masih dapat memberikan alasan kepada Puan Zara yang dia baru sahaja mula bekerja dan dia masih perlu untuk membina kerjaya buat sebelum boleh fokus untuk berkahwin dengan sesiapa. Sungguhpun syarikat yang diuruskan adalah syarikat Tuan Malik, namun Aiden masih mahu membuktikan yang dia layak untuk menyandang tugas yang telah ditanggungjawabkan kepadanya, bukan hanya kerana dia anak kepada Tuan Malik. Mujur sahaja Puan Zara memahami. 

"Um, Id," panggil Faiq perlahan, jarinya menuding ke arah satu sudut gym itu membuatkan Aiden menoleh. Satu keluhan berat dilepaskan saat melihat susuk tubuh yang sedang berdiri di sudut itu, memandang ke arahnya. Aiden melangkah dengan selamba menuju ke arah insan itu. 

"Buat apa kat sini?" tanya Aiden acuh tak acuh, tanpa memandang wajah Ilys Saira yang berdiri di hadapannya itu. 

"Auntie Zara bagitau you kat sini? I nak ajak you keluar makan," balas Ilys Saira agak manja, jemari Aiden cuba untuk diraih tapi Aiden terlebih dahulu mengalih tangannya.

"Makan kat mana? You drive ke sini?"

Ilys Saira angguk. 

"Bagi I masa untuk freshen up apa semua boleh? Nanti I jumpa you kat restoran tu je," kata-kata Aiden itu membuatkan Ilys Saira memuncungkan bibirnya. 

"Alah, Id. I tunggu you, then kita pergi sama-sama ajelah."

"Kalau you nak tunggu, then tak payah ajelah keluar makan."

Terbeliak mata Ilys Saira mendengar kata-kata Aiden itu. Sungguh dia mencuba sedaya upaya untuk melembutkan hati Aiden untuk menerimanya dan membuat keputusan tentang mereka secepat mungkin. Mengikut Puan Zara, semua keputusan di tangan Aiden. Dia cuma boleh memujuk Aiden, tetapi dia memang tidak boleh memaksa Aiden untuk membuat keputusan. 

"Yelah. See you in one hour, Id," ujar Ilys Saira sebelum dia berlalu. 

~~

AIDEN RAZIQ: Awak kat mana? Are you okay? Lamanya menghilang. 

Setelah beberapa minit berlalu, namun masih tidak punya balasan, Aiden memasukkan semula telefon bimbit ke dalam seluar jeans. Rambutnya diraup. Malam itu, dia melarikan diri ke apartmen yang dulu menjadi tempat dia dan Aurora bermadu asmara. Sejak Aurora ke Australia sudah terlalu jarang Aiden ke situ, enggan menambah luka di hatinya. Namun, malam itu, dia terlalu penat untuk mendengar apa yang dibebelkan oleh Puan Zara ataupun diganggu oleh Ilys Saira yang telah diajak oleh Puan Zara untuk bermalam di rumah mereka. Maka Aiden mengambil keputusan untuk di situ sahaja. 

AIDEN RAZIQ: I miss you Baby Girl. Call me soon. 

Satu lagi pesanan ringkas di hantar saat dia menyandarkan tubuhnya yang tidak berbaju pada pagar balkoni. Rambut yang sedikit panjang ditiup angin malam yang sepoi-sepoi, membiarkan tubuhnya yang tidak berbaju itu disapa angin malam. Rokok di celah bibir disedut dalam sekali lagi, seraya pandangannya dilemparkan ke pemandangan di hadapannya. Jam tangan di pergelangan tangan dikerling sekilas. Mungkinkah Aurora sudah lena dibuai mimpi di waktu ini? Jika mengikut perbezaan masa, di sana sudah menginjak hampir ke pukul satu pagi.  

Aiden mempunyai akal. Sekali lagi skrin telefon bimbit dibelek dan ditekan beberapa kali. Kali ini, satu pesanan ringkas dihantar kepada Henry. 

AIDEN RAZIQ: Hez, kau ada jumpa Rory tak? Dia okey ke? Aku contact dia langsung tak dapat. Get back to me soon, bro. Thanks. 

~~

Henry mengerutkan dahi saat melihat pesanan ringkas yang tertera pada skrin telefon bimbitnya. Champagne yang bersisa di dalam gelas diteguk sehingga habis sebelum gelas diletakkan semula di atas meja di hadapannya. 

"Rory, kenapa Id message saya ni, cari awak?" ujar Henry. Aurora yang sedang berbaring di atas sofa, menonton televisyen, membetulkan kedudukan tubuhnya untuk berada dalam posisi duduk. 

"Oh shit. I totally forgot! Penatlah, Hez. Bagitau dia saya dah tidur ke apa."

Henry jungkit kening. Jam di pergelangan tangan dilihat sekilas. Sememangnya jam sudahpun lewat. Meeting bersama dengan seorang client tadi berakhir agak lewat setelah dipelawa client ke salah sebuah kelab malam. Sengaja Henry singgah sebentar ke bilik Aurora untuk memastikan gadis itu tidak punya masalah sepeninggalan dirinya. 

"Get to bed, Rory. Esok saya bawak awak keluar okey?" pesan Henry, seraya bangkit dari kerusi yang didudukinya, melangkah ke arah Aurora yang masih di atas sofa. Tubuhnya yang sedang berdiri di hadapan gadis itu terasa menggunung di hadapan Aurora. Mata Henry merenung wajah Aurora dengan pandangan yang redup, mengetap bibirnya. Pandangan Henry itu berbalas. Rambut gadis itu yang dibiarkan lepas bebas diselitkan ke belakang telinga. Entah mengapa jantung Aurora berdegup laju saat Henry memerhatinya sebegitu. Bibir Aurora tiba-tiba terasa kering. 

"Good night, Aurora. Sweet dreams," ucap Henry perlahan sebelum dia menapak perlahan menuju ke pintu. Saat pintu tertutup, Henry melangkah menuju ke biliknya yang bersebelahan dengan bilik Aurora. Tubuhnya berhenti seketika,  disandarkan pada pintu, menarik nafasnya dalam, meredakan gelora di dada. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now