Tujuhbelas

241 5 0
                                    

Aiden berbaring di atas katil seraya menghembus kepulan asap joint memenuhi ruang bilik tidurnya. Rambut yang sedikit basah dikuak ke belakang, membiarkan tubuhnya yang tidak berbaju itu berehat sebentar di tilam empuk. Bibirnya tersenyum puas. 

Puas kerana dia baru sahaja pulang dari Pullman. Puas kerana semalam Aurora pulang dengannya, walaupun menuju ke suite Aurora yang lebih dekat dengan Terminal One. Aiden puas kerana Aurora tidak berjaya ditakluki orang lain semalam. Sedar tidak sedar, sudah sebulan Aiden berjaya membuat Aurora masih berada bersamanya walaupun hakikatnya mereka berdua tidak mempunyai apa-apa hubungan. 

Hal itu amat merunsingkan Aiden. Sungguh setelah semua yang berlaku di antara dia dan Aurora, dia tidak mahu lelaki lain menghampiri Aurora. Dia tidak mahu lelaki lain memiliki Aurora. Tidak mahu lelaki lain merasa perasaan tatkala bersama dengan Aurora. Aiden hanya mahu Aurora untuk dia seorang. 

Tapi, mahukah Aurora untuk bersamanya? Mahukah Aurora hanya menjadi miliknya seorang? 

Bagi Aiden, memiliki Aurora seperti memburu 'white whale'. Sebelum ini, jika Aiden mahukan mana-mana perempuan, petik jari sahaja, mereka akan terus jatuh dan merelakan diri mereka dimiliki Aiden. Tanpa berfikir dua kali, terus sahaja mengatakan 'ya' saat Aiden menyatakan jika mereka mahu menjadi girlfriend Aiden. Tetapi tidak Aurora. 

Aurora terlalu tahu dengan permainan cinta yang sering digunakan oleh lelaki seperti Aiden. Dengan cara itu juga, Aurora mempermainkan lelaki. Kalau Aurora tahu lelaki itu memang playboy, Aurora akan mempermainkan mereka semula dengan melayan permainan itu, tanpa mereka sedari, mereka yang sedang dipermainkan Aurora. Sebelum mereka mahu meninggalkan Aurora, Aurora akan memastikan mereka yang akan ditinggalkan terlebih dahulu, rebah dalam permainan cinta mereka sendiri. 

Kerana itulah, saat bersetuju dengan aturan hubungan mereka berdua dahulu, masing-masing telah menyatakan niat sebenar mereka. 

1. Hubungan antara mereka bukan serius. Bukan girlfriend-boyfriend.

2. Tak ada halangan untuk bersama dengan orang lain.

3. Strictly physical only. 

Aiden melepaskan nafasnya berat. Pandangannya dilemparkan ke luar tingkap, melihat matahari semakin rendah, sudah mahu melabuhkan tirainya. 

Aku jatuh cintakah pada Rory? Fuck!

Benar, tidak pernah ada gadis lain yang membuat Aiden rasa sebegitu, sehinggakan Aiden sendiri keliru dengan apa yang dirasainya sekarang. Kalau benarlah ini cinta, Aurora mesti dimilikinya. Biarlah Aiden yang tertunduk dengan nafsu, kehendak dan perasaan sendiri, asalkan Aurora dapat dimiliki akhirnya. 

Aiden mencapai telefon bimbit di atas meja sisi katil, telefon bimbit digenggam sejenak, sebelum dia menekan-nekan skrin beberapa kali. 

AIDEN RAZIQ: Kat mana?

MARK: Rumah. Apesal?

AIDEN RAZIQ: Keluar jom?

MARK: Kau ambik aku lah. 

AIDEN RAZIQ: Kau bagitau Faiq sekali. Dalam setengah jam aku sampai. 

~~

Aiden menapak masuk ke dalam Paragorn Dance Club bersama Mark dan Faiq sebelum dia ditunjukkan ke meja biasanya di balkoni oleh seorang gadis pelayan. Sebotol Jack Daniel's dipesan saat punggungnya dilabuhkan. Niat Aiden untuk ke situ malam itu adalah untuk melupakan Aurora sebentar. Tidak mungkin dia boleh jatuh cinta dengan Aurora semudah itu. Kalau selepas malam ini, dia masih rasa benda yang sama terhadap Aurora, mungkin Aiden perlu mengubah jalannya. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now