Empatpuluhlima

165 2 0
                                    

"Fuck, Rory. I want you so bad."

Terngiang-ngiang kata-kata itu di telinga Ilys Saira sejak dia membuka matanya pagi tadi sehingga sekarang. Beg tangan Chanel Flap berwarna putih dihempas kasar di atas meja solek, cuba untuk meredakan bara di jiwa. Terasa berapi-api hatinya pagi itu.

Bukan sekali Aiden telah tersalah menyebut nama Aurora saat bersamanya semalam, namun berkali-kali. Tidak sedikit pun Aiden menunjukkan tanda yang dia bersalah ataupun menyesal. Ilys Saira ingat, pagi itu dia akan disapa manis setelah berkorban semalaman, namun sangkaannya meleset.

"Good morning, Id," sapa Ilys Saira mesra, memalingkan tubuhnya yang hanya dilitupi selimut Aiden. Sorot matanya mengikut derap langkah Aiden yang sedang mundar mandir di dalam bilik, mencari-cari beg duit dan dimasukkan ke dalam poket belakang jeans, sebelum mencapai jam tangan di meja sisi dan disarungkan ke pergelangan tangan. Semerbak haruman MFK Oud Silk Mood memenuhi ruang kamar Aiden.

"You nak pergi mana?" tanya Ilys Saira setelah beberapa ketika dia tidak diendahkan oleh Aiden yang masih sibuk bersiap. Sesekali Aiden mengerling jam tangannya.

"You need to go, Ilys," balas Aiden mendatar tanpa langsung melihat Ilys Saira.

"You nak pergi mana?" desak Ilys Saira. Aiden menjeling ke arah Ilys Saira yang kini sudah duduk di atas katilnya, dengan selimut yang melingkari bahagian pinggang gadis itu yang ramping.

"I nak brunch dengan Rory kejap lagi ni. You balik lah. Pandai balik sendiri kan?"

Ilys Saira menghembus nafasnya kasar dan mengetap bibir. Sampai hati Aiden menghalaunya sebegitu sekali!

Pantas Ilys Saira turun dari katil, berjalan dengan menggoda. Sengaja membiarkan selimut yang tadi menutup tubuhnya melurut ke lantai, menampakkan susuk tubuhnya yang seksi tanpa seurat benang pun. Kakinya dilangkah dituju ke arah Aiden yang sedang leka membelek dirinya di dalam cermin. Sengaja Ilys Saira bertentangan mata dengan Aiden dari dalam cermin, jemari runcingnya menyentuh lembut bahu Aiden dengan menggoda. Tubuhnya didekatkan dengan sengaja agar bergesel dengan tubuh Aiden, membiarkan lelaki itu merasakan lekuk tubuhnya berlaga dengan lengan Aiden yang kini terkaku.

Aiden menarik nafasnya dalam dan tajam. Matanya dipejam rapat sebelum pegangan Ilys Saira pada tangannya dilepaskan, tubuhnya didorong sedikit ke belakang.

"Balik, Ilys. Kalau you tak pandai balik sendiri, I panggilkan uber untuk you," arah Aiden tegas dan mendatar, lantas memalingkan tubuhnya. Matanya meliar mencari telefon bimbit dan kunci keretanya pula. Sedikitpun enggan peduli dengan Ilys Saira.

"Fine! I balik sendiri. Tapi I shower dulu," ucap Ilys Saira akhirnya, mengalah. Langkahnya mulai dituju ke bilik air.

"Go ahead. But you better be gone when I get home. I'm going now," balas Aiden lantas menapak keluar dari bilik meninggalkan Ilys Saira termangu.

Argh! Geramnya!

Sepanjang majlis pertunangan Aiden dan Aurora semalam, tidak habis-habis Ilys Saira menyumpah di dalam hati. Sepatutnya dia yang berpaut pada lengan Aiden, menjadi tunangan Aiden. Selama ini dia terlalu yakin dengan janji Puan Zara kepada Mamanya. Terlalu yakin yang walau apa pun yang terjadi, Aiden akhirnya akan menjadi miliknya jua.

Namun sangkaannya benar-benar meleset setelah mendapat jemputan ke majlis pertunangan Aiden itu. Angan-angannya punah begitu sahaja.

Demi untuk membalas dendam terhadap Aurora, Ilys Saira bercadang untuk menunggu Aiden di dalam bilik, dan menggoda Aiden. Selagi Aiden tidak bergelar suami kepada Aurora, Ilys Saira merasakan, dia masih punya peluang untuk merebut Aiden dari Aurora.

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now