Duapuluhtujuh

165 3 0
                                    

"Rory, we will be waiting at the arrival bay when you arrive okay? Just call Mummy," terdengar suara Puan Ariana di hujung talian saat Aurora sedang menyerahkan kunci suite di kaunter reception Pullman. Kedua Tuan Ferhad dan Puan Ariana sudahpun berada di bumi Australia terlebih dahulu untuk mengatur perihal tempat tinggal dan kemudahan lain yang bakal Aurora perlukan sepanjang dia berada di sana. Terasa berat hati Aurora hendak meninggalkan hotel yang sudah menjadi rumahnya selama hampir setahun itu. Dia pergi menandakan suitenya akan dikosongkan. Meninggalkan segala kenangan yang telah terpateri di dalam suite itu. 

"You ready?" tegur Aiden di belakangnya mematikan lamunan Aurora. Aurora angguk dan tersenyum nipis.

Sepanjang dua minggu yang tersisa itu, mereka berdua menghabiskan masa bersama sebanyak yang boleh. Kerana punya masa juga, Aiden memutuskan untuk turut ikut Aurora ke Australia untuk seminggu dua sebelum semester baru bermula di Westwood University Sydney. Perihal ambil alih jawatan di syarikat orang tuanya ditanggungkan terlebih dahulu sehingga dia pulang semula ke Malaysia. 

Semuanya ditanggungkan buat sementara waktu, demi seorang Aurora Irina. 

Aiden menarik luggage bag Aurora menuju ke pintu lobi di mana Mercedes AMG G63 milik Henry sedang menunggu. Henry telah mempelawa dirinya untuk menghantar Aiden dan Aurora ke lapangan terbang, sekaligus untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Aurora.

"Sorang je? Tania tak ikut?" tanya Aurora mesra saat dia masuk ke dalam perut kereta di tempat penumpang belakang. Henry mengetap bibir.

"Tak," jawab Henry pendek. Memang sengaja dia tidak memberitahu sesiapa tentang hubungannya dengan Tania yang sudah berakhir. Hatinya tetap mendambakan seorang Aurora Irina.

Biarlah hanya Henry tahu betapa beratnya hatinya untuk melihat Aurora pergi begitu. Menghantar Aurora dan Aiden ke lapangan terbang hanyalah satu alasan Henry untuk melihat wajah itu sekali lagi mungkin untuk kali terakhir. Hendak ikut sama, dia terasa kekok pula. Lagipun, dia sendiri sudah mula bekerja di syarikat peninggalan datuknya, maka masa terluangnya terhad.

Saat sampai di lapangan terbang, Aiden terlebih dahulu berjalan di hadapan menolak troli berisi bagasi milik Aurora dan dirinya, dituju ke kaunter check in. Sementara Aurora masih lagi membelek isi kandungan hand luggage miliknya memastikan semua benda yang diperlukan ada. Henry bersandar pada sisi keretanya, memerhati gerak geri Aurora.

"Got everything you need?" tanya Henry saat Aurora akhirnya keluar dari perut kereta dan menutup pintu. Aurora sekadar menjawab dengan satu anggukan sebelum melangkah.

Belum jauh Aurora melangkah, kakinya terhenti saat pergelangan tangannya direntap lembut. Aurora menoleh ke belakang, memandang wajah Henry yang sedang merenung sayu ke arahnya.

"Hez?"

"I'm going to miss you, Rory."

Aurora senyum nipis.

"Kan masih boleh contact kat phone? Ni bukan tahun 1920 lagi, Hez."

Henry tergelak kecil. "Tapi takkan sama, Rory."

"Hey, I'm just going away for a bit. Bukan selamanya. I'll come back."

"Awak jaga diri kat sana. Jangan nakal-nakal," pesan Henry sebelum melepaskan genggaman pada pergelangan tangan Aurora. Bibir Henry menguntum satu senyuman kelat. Aurora angguk dan melambai sebelum dia menapak masuk ke dalam lapangan terbang.

Henry melepaskan satu keluhan berat.

She's gone, Henry. And you didn't even tell her how you really feel.

~~

Aiden melemparkan pandangannya ke luar jendela Hilton Sydney yang menghadap Hyde Park. Sudah hampir dua minggu dia berada di kota Sydney itu, dan dia bakal pulang ke tanah air pada bila-bila masa sahaja. Sungguhpun dua minggu berada di kota itu, masa untuk bersama Aurora amatlah terhad kerana Aurora lebih banyak meluangkan masa bersama dengan Tuan Ferhad dan Puan Ariana serta sibuk dengan perihal kemasukan semester terbaru di Westwood Sydney. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now