Empatpuluhlapan

165 5 0
                                    

Aiden ralit membelek isi kandungan telefon bimbit di dalam tangannya, seraya kakinya melangkah menuju ke ruang bilik pejabatnya, tangannya sebelah lagi membuka satu butang pada kot Agnes B pinstripe berwarna biru gelap. Haruman Tom Ford yang dipakainya memenuhi ruang dengan setiap derap langkahnya melalui koridor ruang pejabat itu. Dia baru sahaja keluar dari bilik pejabat Tuan Malik di hujung koridor, melaporkan kepada Tuan Malik urusan kerja pada minggu itu. 

Sudah hampir empat bulan urusan pejabat itu mula beralih tangan untuk diuruskan oleh Aiden. Tuan Malik juga sudah semakin jarang ke pejabat. Selalunya Tuan Malik hanya masuk pada hari Isnin dan Jumaat. Isnin untuk urusan briefing perancangan untuk minggu itu, dan Jumaat untuk sekali lagi briefing jika mereka telah melaksanakan urusan mengikut perancangan atau tidak. 

Pintu bilik pejabatnya ditutup saat Aiden menapak masuk, namun perhatiannya masih terfokus pada isi kandungan telefon bimbit. Keningnya dikerutkan saat hidungnya menangkap haruman yang dia amat kenal. Pantas wajahnya diangkat, matanya melilau ke segenap ruang pejabat dan terlihat Aurora sedang duduk bersilang kaki di atas sebuah sofa yang diletakkan di dalam pejabatnya itu, kelihatan anggun dan seksi mengenakan skirt suit separas lutut Dolce & Gabbana berwarna hitam, rambut Aurora yang berombak dibiarkan lepas, sepasang kacamata hitam Prada diletakkan di atas kepalanya. Aiden melemparkan satu senyuman manis ke arah Aurora, lantas melangkah ke arah tunangnya itu. Bibir Aurora dikucup sekilas sebelum dia melabuhkan punggung di atas kerusi di meja kerjanya. Sorot mata Aurora langsung tidak lepas dari mengikut langkah Aiden yang segak dengan rambut yang tersisir rapi ke belakang. 

"Busy sangat ke kat office ni sampai awak lama tak jumpa saya?" tanya Aurora, menjeling tajam ke arah Aiden yang mengalihkan fokusnya ke arah skrin komputer di atas meja, seraya dia meletakkan telefon bimbit di sisi papan kekunci. 

"I'm sorry Baby Girl. Ada projek baru, tu yang sibuk. Lagipun, Papa dah start nak handover, so I have to be at the office more," jelas Aiden, sengaja tidak membalas renungan tajam Aurora ke arahnya itu. 

"Awak buat apa kat sini? Tak kerja ke hari ni?" sambung Aiden lagi setelah beberapa ketika. 

"Saya ada meeting tadi kat building ni. So I figured, hey, why don't I pop in to see my fiance. Seeing that he hasn't been around to check on me lately," ujar Aurora sinis seraya bangkit dari sofa, melangkah perlahan ke salah sebuah kerusi di meja kerja Aiden, pandangannya dilemparkan ke luar bilik pejabat Aiden, ke ruang pejabat itu. 

Dari situ dia nampak satu susuk yang dia kenali. Matanya dikecilkan sedikit, cuba difokuskan ke arah tubuh yang mengenakan sleeveless dress separas lutut berwarna teal yang membelakanginya, rambut hitam pekat gadis itu diikat satu. 

Ilys Saira. 

"I see Ilys is at your office today," ucap Aurora, membuatkan tangan Aiden yang sedang mengetik papan kekunci berhenti. Kali ini wajahnya dialihkan dari melihat skrin komputer ke arah Aurora yang sedang duduk bertentangan dengannya itu. Aiden menelan liur yang seakan pahit. 

Itu yang sebenarnya mahu dielakkannya. Aiden benar-benar berharap Aurora tidak perasan dengan kehadiran Ilys Saira di pejabatnya itu. Tapi apakan daya, pandangan Aurora terlalu tajam. Aiden cuba untuk berpura-pura selamba, untuk menutup kegugupannya. Bukannya apa, Aiden sudah terlalu terbiasa untuk menutup hakikat yang dia sedang bermain kayu tiga dengan gadis lain. Gadis lain yang senang termakan dengan kata-katanya, pujuk rayunya dan tidak terlalu faham dengan permainan cintanya. Namun gadis itu semua bukan Aurora. 

Aurora sudah terlalu masak dengan segala permainan yang selalu digunapakai Aiden dengan gadis-gadis lain. Aurora tidak mungkin akan semudah itu tertipu jika Aiden menggunakan taktik biasanya. Dengan Aurora, Aiden harus menjadi lebih bijak untuk menutup helahnya. 

CIKLET: Jika Kau MahuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt