Sembilan

286 10 0
                                    

Aurora menghempaskan tubuhnya pada sofa, nafasnya dikeluh berat. Akhirnya, cuti pertengahan semester selama dua minggu telah bermula. Bererti Aurora boleh menarik nafas lega setelah dua minggu bersusah payah dan bertungkus lumus untuk mengelak dari terserempak dengan Aiden di kampus Westwood University. 

Two whole weeks tanpa perlu risau atau fikir pasal Aiden. Yahoo!

Aurora tersenyum lebar sendirian. Terasa sungguh luas dan senang hatinya. Dirinya terasa bebas kerana tidak perlu risau dan asyik menoleh ke belakang, risau jika dirinya diperhatikan atau "ditangkap". 

Aurora bangkit dari posisi membaring ke duduk di atas sofa, ruang suite yang sudah tiga bulan dijadikan rumah untuknya itu sementara nunggu rumahnya siap diubah suai direnung kosong. Suasana hening itu membuatkan Aurora terasa sedikit sunyi. Satu keluhan lembut dilepaskan lantas Aurora bangkit dari sofa dan menuju ke arah pantry. Berniat untuk menuang segelas air untuk dirinya. 

Sekeping sampul surat yang ditinggalkan di atas bar island di pantry dikerling sekilas. Aurora mengerutkan dahinya lantas mencapai sampul surat yang bertulis 'Rory' di hadapan. Dari tulisan itu, Aurora dapat mengagak yang itu adalah tulisan Puan Ariana. Pantas sampul dibuka. Beberapa keping not berwarna ungu dan hijau tua tersusun rapi dan sekeping nota kecil berlipat kelihatan di dalam sampul itu. 

Mommy and Daddy will be gone to Miri then Singapore for a few days. 

Anything just call or text us. 

Please be responsible with your spending and do not abuse the credit card privileges. 

Take care.

Love, Mommy + Daddy. 

Aurora melepaskan satu keluhan. Sendirian lagi nampaknya. Sepatutnya Tuan Ferhad dan Puan Ariana sekurang-kurangnya bagitahulah terlebih awal dahulu. Alang-alang sudah bercuti, bolehlah Aurora ikut sekali. 

Sampul surat yang berisi wang saku untuk beberapa hari itu dimasukkan ke dalam poket belakang jeans Tommy Hilfiger yang dikenakannya. Telefon bimbit di poket belakang satu lagi dikeluarkan seraya dia menggigit bibirnya lembut. Jemari Aurora lincah memaparkan aplikasi yang dikehendakinya di dalam telefon bimbit. 

Aurora Irina: Yo, buat apa tu?

Pitt Zaqree: Nothing. Macam tahu-tahu je aku tengah ingat kau ni. Panjang umur. 

Aurora Irina: (◔_◔)  Banyaklah drama kau. Lepak jom?

Pitt Zaqree: Jom la! My place?

Aurora Irina: Nope. My place. Aku home alone wei. Bosan. 

Pitt Zaqree: House party?

Aurora Irina: Banyak cantik. Bring your stash sekali. Aku ambik kau in 30 minutes. 

Pitt Zaqree: 30 mins?? Lamanya heads up tu!

Aurora Irina: Aku baru balik kelas ni. Tunggu ajelah. Aku otw, almost nak sampai aku roger. 

~~

Aiden memandu Porsche Macan Turbo menuju ke rumahnya. Cuti pertengahan semester telah bermula, dan dia telah membuat perancangan bersama Faiq dan Mark untuk menghabiskan masa cuti itu sehabis baik. Sedikit kesal kerana dia terpaksa menunggu lagi dua minggu untuk menjejaki Aurora. Sejak peristiwa pelanggaran di pintu keluar Westwood beberapa minggu lepas, kelibat Aurora semakin sukar untuk dilihat di sekitar Westwood. Kalau hendak menunggu di Pullman, Aiden tidak mahu. Takut kelihatan seperti seorang desperate stalker. 

CIKLET: Jika Kau MahuWo Geschichten leben. Entdecke jetzt