Empat

337 8 0
                                    

Aiden melepaskan alat kawalan konsol Playstation 4 ke sisi, wajahnya diraup, tubuhnya diregangkan. Ah, malam Sabtu, malam untuk relaks dan melepak. Mujur sahaja Mark punya apartmen dan tinggal sendirian, maka adalah tempat untuk melepak tanpa menghiraukan adanya parental control. 

Telefon bimbitnya yang diletakkan di atas meja kopi di tengah ruang tamu, sejak tadi berbunyi langsung tidak diendahkan. Malas benar Aiden untuk menghiraukan telefonnya itu. Tidak perlu melihat skrin pun dia tahu siapa yang acap kali cuba menghubunginya tanpa henti itu. 

Minda Aiden mula menerawang. Sudah hampir dua minggu berlalu, wajah gadis library itu masih menghantui dirinya. Sudahlah sesi lecture untuk subjek Macroeconomics hanya sekali seminggu. Minggu pertama Aiden sudah terlepas peluang untuk "menangkap" gadis itu, dengan harapan pada minggu kedua dia punya rezeki untuk bertemu semula dengan gadis itu lagi, namun gagal. Entah ke mana pula perginya. Puas juga mata Aiden melilau ke segenap kampus, namun kelibat gadis itu tetap tidak kelihatan. Gadis itu seperti ninja halimunan sahaja. 

Apa masalah aku ni? Sikit-sikit fikir pasal dia. Ish! Gumam Aiden di dalam hati. 

"Kau pikir apa tu, Id?" sergah Mark, membuatkan Aiden terkejut. Di tangan Mark, dia sedang menghulurkan sebatang bong dan pemetik api kepada Aiden. Aiden sekadar membalas dengan satu sengihan. 

"Apa lagi Mark, kalau tak pasal...."

"That girl from the library!" potong Mark dan Faiq serentak, sebelum tawa mereka berdua berderai. Aiden mencebik. Suka benar kedua orang rakannya itu mengusik dirinya jika alih-alih dia menyebut semula pasal klon Irina Sharipovanya itu. 

Menyesal Aiden menceritakan hal itu kepada Mark dan Faiq. Tak pasal-pasal kena bahan. Bukannya Aiden sengaja meminta yang hal seperti itu terjadi pada dia. Kalau dah mata tertengok, hati tercuit perasaan tertarik, siapalah dia untuk menolak?

"Tapi serious lah wei! Lepas hari tu, memang aku tak pernah nampak dia lagi kat kampus. Aku hairan lah," ujar Aiden cuba mempertahankan dirinya. 

"Id, aku dah sepuluh kali dengar cerita yang sama dari kau. Why don't you forget about that one chick for the night. Tu, telefon kau dari tadi bingit menjerit-jerit. Confirm Ilys tengah merengek-rengek nak jumpa kau, mintak belai kau," ucap Faiq menukar topik. Bibirnya dimuncungkan untuk menunjuk telefon bimbit Aiden di atas meja. 

Aiden menjeling sekilas telefon bimbit yang sekali lagi berbunyi. Satu keluhan kecil dilepaskan. "Aku malas betul lah nak melayan kerenah Ilys tu malam ni. Tu bukan bagi aku relax atau enjoy. Lagi stress adalah dengar dia merengek-rengek," balas Aiden. 

"Ha, kalau kau tak nak layan Ilys, takpe. It's Saturday night man, jomlah keluar! Terperuk kat rumah Mark ni, main game, bila-bila pun boleh. Jom!" 

"I second that, Iq. Kalau kau tak nak layan Ilys, kita boleh cari model Victoria Secret lain malam ni," seloroh Mark, menyambung perbualan antara Aiden dan Faiq. 

~~

Suasana di dalam Paragorn Dance Club yang terletak di deretan rumah kedai di kawasan Travillion yang terkenal dengan deretan bar, kelab dan pub di bandar Kuching itu sesak dengan pengunjung di malam Sabtu sebegitu. Rata-rata pengunjung dari golongan muda-mudi yang mahu berseronok, melepaskan stress di hujung minggu. 

Aiden melangkah dengan penuh yakin ke dalam kelab itu, selepas menegur bouncer di hadapan pintu. Mark dan Faiq tidak jauh di belakangnya. Aiden kelihatan sungguh kacak dan menggoda malam itu, mengenakan jeans hitam Ralph Lauren, tshirt putih tanpa kolar polos yang dilapisi blazer kasual Maison Margela berwarna hitam. Rambutnya yang sudah sedikit panjang, disisir rapi ke belakang, jambangnya dibiarkan tipis tanpa dicukur. Tambahan pula dengan susuk tubuhnya yang tinggi lampai, tegap dan agak sasa, sekali imbas, kelihatan seperti model Itali, Alessandro Dellisola. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now