Tigapuluhtujuh

134 2 0
                                    

Sudah hampir sebulan Aurora bekerja di Emser Solutions, setakat itu, tiada apa yang dia tidak mampu lakukan. Aurora berasa senang hati kerana walaupun dia sekadar seorang intern di syarikat itu, dia diberikan peluang untuk memberikan input untuk beberapa projek. Sedikit sebanyak dia diberikan peluang untuk belajar sedikit tentang dunia perniagaan. 

Sepanjang waktu dia telah bekerja di syarikat itu, Aurora telah mengikut Mia untuk mengiringi Henry ke beberapa mesyuarat penting. Setiap mesyuarat yang dihadiri, Aurora berasa kagum dengan cara Henry bekerja. Henry benar-benar berlainan bila dia bekerja. Ada satu aura pada Henry yang membuatkan Henry mampu menandingi Aiden. Selama ini, Aurora hanya mengenali Henry yang gentleman dan mellow, tetapi sisi Henry ini adalah sesuatu yang langsung tidak dijangkakan. Henry yang begitu yakin dan berkarisma, bahasa tubuh Henry setiap kali menunjukkan aura yang dia punya kuasa untuk menguasai sesuatu ruang mesyuarat mahupun perbincangan. Satu keyakinan yang bisa membuatkan sesiapa yang hadir dalam mesyuarat itu terlupa bahawa Henry cumalah seorang lelaki muda lingkungan 20an. 

"Brad, please hold my calls. Rory, get in my office. And bring the Mercer file with you," terdengar suara Henry berkata agak nyaring sebelum dia menapak laju ke dalam bilik pejabatnya, memberikan arahan sebelum dia menutup pintu bilik pejabatnya rapat. Pantas Aurora mencapai fail yang berkenaan sebelum menuju ke bilik Henry. 

Pintu pejabat Henry ditutup perlahan, sebelum dia mengambil tempat duduk di salah sebuah kerusi di meja kerja Henry. Sabar menunggu Henry yang sibuk mengetik papan kekunci dan tetikus beberapa kali. Mata Henry tekun merenung skrin komputer, membiarkan Aurora kaku di kerusi buat beberapa ketika. 

"Awak confident tak dengan knowledge awak pasal Mercer deal ni?" tanya Henry, mengalihkan perhatiannya dari skrin komputer ke arah Aurora. Tangannya digenggam di hadapan wajahnya, matanya merenung ke arah Aurora. 

"I think I know about it well enough. Kenapa?"

"Well, I want to give you an opportunity to handle things without Mia. Just me overseeing you. How do you feel about that?"

"With the Mercer deal?" 

Henry angguk. Dagunya ditopangkan dengan jari telunjuknya, memandang ke arah Aurora. 

"Bolehlah. I try the best I can."

"Good, then awak akan pergi bersama saya ke meeting with Mercer reps nanti. Sans Mia."

"Okay, looking forward to it," jawab Aurora, lantas bangkit dari tempat duduknya. Baru sahaja tubuhnya diputarkan untuk melangkah menuju ke pintu, Henry menyambung bicara. 

"Oh yeah, make sure to pack for three to five days."

"Pack? Nak ke mana?"

"Lah, meeting dengan reps Mercer lah!"

"Ish, kenapa pulak nak kena pack?"

"Sebab meeting tu kat Adelaide, Rory."

Aurora menggigit bibirnya. Mesyuarat luar kawasan pertama bersama Henry? Mungkin Brad akan ikut sekali, Aurora cuba menyedapkan hatinya. Sebolehnya dia mahu mengelakkan apa yang berlaku di 3 Wise Monkeys dahulu berulang kembali. Bukan apa, Aurora takut dengan perasaannya sendiri. 

"Make sure to pack your fun clothes too, Rory," pesan Henry lagi sebelum Aurora membuka pintu pejabatnya dan melangkah keluar. Aurora sekadar mengangguk. 

~~

Telefon bimbit yang berbunyi menandakan ada pesanan ringkas yang masuk. Aurora mengeliat malas di atas sofa sebelum mencapai telefon bimbit yang diletakkan di atas meja kopi. Setelah seharian penat bekerja, dia cuma mahu bermalasan di rumah. Bibir Aurora menguntum senyum saat melihat apa yang tertera pada skrin. 

CIKLET: Jika Kau MahuHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin