Tigapuluhsembilan

133 2 0
                                    

"Seriously?" tanya Aurora kurang percaya saat Audi Q7 yang membawa dia dan Henry berhenti di tarmac. Di hadapannya terparkir sebuah Gulfstream yang boleh memuatkan sehingga 18 orang. Henry cuma tersenyum dan mengangguk. 

"This is the kind of things that makes me wonder about you and what you actually do, Hez," ujar Aurora saat dia menapak keluar dari perut kereta. Matanya melirik ke arah Henry yang tersenyum sinis tidak jauh di sebelahnya. Kelihatan sungguh yakin dan segak berjalan menuju ke tangga pesawat berwarna putih krim itu. 

"I just want us to be comfortable for the trip, Rory," balas Henry selamba, langsung tidak memandang ke arah Aurora. Dia berdiri di bawah tangga pesawat dan mengisyaratkan untuk Aurora naik dahulu. 

Sebelum ini, helikopter. Sekarang, private jet pula. Aurora ingat cuma private jet yang dinaikinya satu itu sahaja di Malaysia, rupanya ada lagi private jet yang lain?

Aurora membalas senyuman pramugari yang menyambut mereka di dalam kapal terbang peribadi itu. Aurora memilih salah sebuah tempat duduk dan melemparkan pandangannya ke luar jendela. 

"Kita berdua je ke? Brad tak ikut?" tanya Aurora saat perasan yang kapal terbang sudah mula bergerak, bersedia untuk take-off. Yang cuma ada dalam pesawat itu, cuma dia dan Henry, selain dari kru anak kapal. 

Henry yang duduk bertentangan dengan Aurora menjungkitkan keningnya, hairan dengan pertanyaan Aurora itu. "Kan saya dah cakap, haritu di ofis, yang hanya awak dengan saya yang akan ke meeting ni? Brad dengan Mia akan tinggal di Sydney untuk handle whatever is going on while I'm gone or if I need anything in the office."

"Oh, saya tak ingat kot?"

Henry tersenyum. "Hai, tak ingat? Apa yang terjadi kat ofis, kena ingat Rory. This is me speaking as your boss," ujar Henry, seraya membuka majalah untuk dibaca, Aurora menggulingkan matanya. 

Sepanjang perjalanan dua jam lebih ke Adelaide itu, Henry lebih banyak menghabiskan masanya membelek ipad, sesekali bertanya kepada Aurora tentang butiran rundingan bersama dengan wakil Mercer nanti. Henry benar-benar tahu bagaimana untuk memisahkan waktu bekerja dan waktu peribadi bila bersama dengan Aurora, membuatkan tiada siapa pun yang mengesyaki yang mereka berdua sudah kenal lama sebagai rakan sebelum Aurora mula bekerja di syarikat itu. 

Iya ke sebagai rakan? 

Saat sampai di bumi Adelaide, sebuah Audi A7 sedang menunggu mereka berdua di tarmac, bersedia untuk membawa mereka berdua ke hotel yang telah diatur terlebih dahulu oleh Brad. 

"Get ready. Meeting pukul 2 nanti. Saya tunggu kat lobby at 1.30," ujar Henry, menghulurkan kad kunci bilik. Brad telah menempah penginapan di Hilton Adelaide yang terletak di tengah-tengah kawasan CBD yang hampir dengan lokasi mesyuarat mereka dengan Mercer nanti. 

"Okey, bos!" jawab Aurora berseloroh, lantas menarik beg pakaiannya. Henry sekadar mampu tersenyum. Dia sebenarnya menahan gugup untuk menghadiri mesyuarat bersama Mercer nanti. Rundingan ini harus berjaya, sebab itulah dia membawa Aurora untuk menemaninya. Kerana Henry merasakan yang Aurora mampu memberikannya semangat untuk menghadapi mesyuarat penting sebegitu, terasa ada ketenangan saat Aurora berada di sisinya. Selain itu, Henry juga melihat kebolehan Aurora yang turut boleh membantu dalam rundingan nanti. 

Mesyuarat dengan wakil Mercer berjalan dengan lancar. Henry menghela nafas lega yang panjang saat dia menapak keluar dari bangunan pejabat Mercer. Jam Breitling di pergelangan tangan dikerling sekilas. Pukul 4 petang. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat, jadi bolehlah urusan kerja ditamatkan awal, memberikan peluang untuk mereka yang berada di pejabat Emser Solutions di Sydney untuk pulang. 

Sementara menunggu pemandu sampai, Henry mengeluarkan telefon bimbit dari kocek blazer berwarna biru tua yang tersarung di tubuh. Satu pesanan ringkas di hantar kepada Brad dan Mia, memberikan arahan untuk pulang dan mesyuarat hari itu membuahkan hasil. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now