Empatpuluhtujuh

162 3 0
                                    

Aurora menuruni tangga melangkah keluar dari bangunan pejabat FRD One di Crowne Tower, masih kelihatan anggun mengenakan blaus sutera button down Givenchy berwarna beige yang dipadankan dengan slacks plaid bernada sama walaupun sudah habis waktu kerja. Kakinya yang tersarung stiletto pumps Jimmy Choo menuju ke arah tempat letak kereta di sisi bangunan. 

Sudah sebulan dia mula bekerja di syarikat Daddynya, Tuan Ferhad sebagai Junior Business Analyst. Tuan Ferhad mahu Aurora belajar dan bermula dari bawah seperti dia juga suatu masa dahulu. Bagi Tuan Ferhad, dengan cara itu, suatu masa nanti Aurora mampu mengetuai dan menguruskan syarikat itu dengan lebih baik kerana dia akan faham perasaan sebagai seorang pekerja. Jika masuk kerja terus jadi bos, bukan sahaja perkara remeh temeh tentang urusan kerja tidak ada pengalaman, malah untuk menguruskan pekerja juga tidak dapat dilakukan dengan baik. 

Langkah Aurora terhenti saat bunyi hon dari sebuah kereta di belakangnya berbunyi. Aurora melangkah sedikit ke sisi dan meneruskan langkahnya tanpa menoleh untuk memberikan laluan. Sekali lagi hon itu berbunyi, membuatkan Aurora mengerutkan dahinya, marah. Pantas dia menoleh ke belakang. Baru sahaja dia hendak memaki, Mercedes AMG G63 berwarna hitam dengan cermin yang gelap berhenti tepat di sisinya. 

Cermin bahagian penumpang diturunkan dari dalam, menampakkan wajah kacak Henry yang tersengih lebar, segak mengenakan kot dan slacks kelabu muda Tom Ford yang dipadankan dengan kemeja berwarna putih Hugo Boss, kegemaran Aurora. Aurora tahu Henry tahu yang dia suka melihat Henry mengenakan suit itu kerana bagi Aurora, Henry kelihatan sungguh kacak dan menggoda. 

"Hey, Sayang. Baru balik kerja ke?" tegur Henry berseloroh dari dalam kereta membuatkan Aurora mencebik. 

"Taklah. I nak ke pasar sayur ni," balas Aurora sarkastik membuatkan Henry tertawa besar. 

"Jom, masuk," pelawa Henry membuatkan Aurora mengerutkan keningnya. "Nak ke mana? Kereta saya pulak macam mana?" 

"Kereta awak, nanti kita arrange. Just come in, please sayang. Nanti jam pulak jalan saya berhenti kat sini," pujuk Henry lagi. Aurora akhirnya mengalah lantas masuk ke dalam SUV berwarna hitam itu. Semerbak haruman Tom Ford milik Henry memenuhi ruang kereta itu membuatkan hati Aurora terasa tergoda dan terpikat. 

Henry memutar stereng dan memacu kereta itu berlalu dari Crowne Tower. Jemari Aurora dicapai dan dibawa ke bibir, dikucup sekilas sebelum digenggam erat, dibiarkan dalam pegangan. Tangannya sebelah lagi mengawal stereng. 

"Nak ke mana ni Sayang?" tanya Aurora lembut, membuatkan hati Henry bergetar. Sungguh dia rindu suasana sebegini. Mereka berdua selesa berdua sahaja tanpa perlu risau jika ada yang mencuri dengar perbualan atau melihat kemesraan mereka berdua. Henry rindu mendengar perkataan 'Sayang' itu meluncur dari seulas bibir Aurora yang menggiurkan. Rindu dengan lirikan menggoda Aurora dan kemanjaan Aurora terhadapnya. Kali terakhir dia menikmati semua itu adalah di Australia sebelum kedatangan Aiden. 

"Dinner," balas Henry pendek. 

"Mana? Kalau orang nampak?"

Henry tersenyum. "Don't worry. Tempat kita pergi ni, for sure takkan ada orang yang akan nampak."

Lima belas minit kemudian, Mercedes diparkirkan di tempat letak kereta apartmen milik Henry. Henry berlari anak menuju ke bahagian penumpang untuk membukakan pintu untuk Aurora, tangannya dihulurkan untuk disambut Aurora, lantas mereka berdua berjalan berpimpinan tangan menuju ke tingkat apartmen Henry. 

"Cakap nak dinner?" ujar Aurora saat tubuhnya sudah mencanak di hadapan pintu apartmen Henry. Masih keliru dengan pelawaan Henry yang secara tiba-tiba sahaja muncul. 

"Dinner kat rumah je sayang. Ada privacy sikit. Tak perlu risau tentang apa-apa. Just focus on us," balas Henry, menarik tangan Aurora saat pintu apartmen terkuak. 

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now