Empatbelas

251 7 0
                                    

Aurora berbaring merenung siling kosong. Mindanya menerawang kepada apa yang berlaku saat Aiden menghantarnya pulang awal tadi. Selama ini, dia cuba lari dan bersembunyi dari Aiden, bukanlah bermakna dia takut dengan Aiden. Dia takut dengan perasaan dirinya sendiri.

Sejak peristiwa di Paragorn, Aurora memang tertarik dengan Aiden. Cara Aiden menggoda dirinya, melayannya semuanya membuatkan Aurora tertarik dan tergoda sekelip mata. Kalau orang lain, memang akan mengatakan ia seperti jatuh cinta pandang pertama, namun bagi Aurora, itu bukanlah cinta. Mana mungkin dia boleh semudah itu untuk jatuh cinta. Tidak sangka pula yang perasaan yang berbaur di hatinya itu tidak bertepuk sebelah tangan. 

Dengan Aiden, segalanya seperti terlalu mudah, tidak seperti lelaki lain yang mengharapkan satu jalinan yang romantik, perlu "jatuh cinta", Aiden tahu apa yang Aurora mahukan, dan Aurora juga tahu apa yang Aiden mahukan darinya. Cuma satu sahaja yang menjadi penghalang semua itu, Ilys Saira. 

Walau apa pun yang berlaku antara Aurora dengan mana-mana lelaki, Aurora meletakkan had pada lelaki yang sudah berpunya. Bagi Aurora, dia tidak punya masa untuk drama lelaki yang curang. Kalau lelaki itu sudah berpunya, serta merta Aurora akan meninggalkannya tanpa berfikir lagi. 

Walaupun semuanya seperti terlalu pantas untuk Aurora dan Aiden bersama, namun setelah apa yang terjadi, bagi Aurora, tiada masalah untuk mereka berdua. Kedua-duanya seakan sudah tahu permainan cinta yang cliche. 

Why not we just skip all the romantic parts and just get on with it? Fikir Aurora di dalam hati. Bibirnya digigit lembut. 

Telefon bimbit dicapai, senarai nombor di dalam telefon itu dilihat satu persatu sebelum berhenti pada nama 'AIDEN RAZIQ'. Nafas ditarik dalam. Nama ditekan untuk membuat panggilan. Buat seketika, terdengar bunyi nada dail sahaja. 

"Helo," terdengar suara yang garau, macho dan seksi itu menjawab panggilan, kedengaran sedikit malas. Suara seksi yang membuatkan Aurora tergoda saat kali pertama Aurora mendengar Aiden bercakap dengannya. Mungkin sudah masa Aurora mengalah dan tidak lari lagi. Mungkin sudah masanya, Aiden ditawan. 

"Busy, Id?" tanya Aurora lembut. Tubuh yang tadi berbaring di atas katil kini duduk bersandar pada birai katil. 

"Eh, Rory. Tak. Tak busy. Still up?" 

"Yearp. Tengah fikirkan awak," ujar Aurora, membuatkan Aiden tertawa kecil. "Oh, jadi sekarang ni saya pula yang kena ayat dengan ayat-ayat cliche ya?"

"Id! I'm serious! Awak tahu yang saya takkan termakan dengan cara godaan cliche. I know your games. You would definitely know mine too. So, apa kata kita skip all the romantic bullshit nonsense and just, get together?" cadang Aurora, berani.

Bukan selalu dia dipertemukan dengan playboy seperti Aiden. Kali ini, Aurora mahu mencuba sesuatu yang baru. Memikirkan tentang apa yang mungkin terjadi bila bersama Aiden sahaja sudah membuat Aurora teruja. 

Minimum games, minimum dramas, minimum cliches. A breath of fresh air. 

"Maksud awak, in a relationship?" tanya Aiden setelah beberapa ketika dia mendiamkan diri. Dia tidak kisah untuk tidak terus bermain teka teki dengan Aurora, cuma untuk terus menjadi pasangan yang 'official' mungkin terlalu laju untuk Aiden. 

"No! Gila ke apa? Look, you know what I want and I know what you want. We don't have to put a label on it. We just, hang out?" kata Aurora, menjelaskan niatnya. Nak terus jadi boyfriend girlfriend memanglah tidak! Dia tidak mahu terikat dengan sesiapa buat masa ini dengan serius. Dia masih terlalu muda untuk semua itu. Lagipun, Aiden bukanlah seseorang yang mahukan satu hubungan yang serius. 

"Kalau macam tu, can I see you?"

"Bila?"

"Now?"

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now