Duapuluhtiga

176 3 0
                                    

Aiden duduk di hadapan cermin besar di gym, tangannya memegang sebiji dumbell sambil melihat dirinya di dalam cermin. Henry pula sedang duduk di sisinya, menghirup air di dalam botol, kelihatan sedikit mengah. 

"Aku rasa aku kena cari girlfriend lah, Id," kata Henry secara tiba-tiba, memecah keheningan di antara mereka. Aiden meletakkan semula dumbell di atas lantai dan menjungkitkan keningnya, menjeling ke arah Henry. 

"Lama dah aku kat sini, bosan pulak. Sunyi," sambung Henry lagi, membuatkan Aiden tergelak kecil. "Lah, aku kan ada?"

Henry menggulingkan matanya. "Kau? Sekarang ni kau dah lain, Id. Dulu waktu perempuan keliling pinggang kau always available. Sekarang ni, kuat sangat berkepit dengan Rory tu. Aku janggal jugak kadang-kadang tau." 

Aiden tersenyum kecil. Menyedari ada kebenaran pada kata-kata Henry itu. "So, kau nak aku tolong ke? Atau kau nak Rory introduce kau kat kawan dia ke? Atau kau nak cari sendiri?" 

Henry jungkit bahu. Dia bukanlah seorang player seperti Aiden, begitu mudah untuk mendapatkan perempuan. Bukanlah bererti dia juga seorang yang pemalu. Tetapi, setelah sekian lama meninggalkan bumi Malaysia, dia sendiri tidak tahu dari mana mahu bermula. Kehidupan sosial di London terlalu jauh berbeza dengan di Malaysia.

"What about that girl?" ujar Aiden, mencuri perhatian Henry ke arah seorang gadis yang sedang menggunakan mesin eliptikal. Henry melemparkan pandangannya ke hujung sana, melihat kelibat seorang gadis bertubuh kecil, berambut hitam pekat, seiras Ariana Grande. Henry menjungkitkan keningnya. 

"Boleh cuba," ujar Henry lantas bangkit dari duduk dan mulai menapak ke arah gadis itu. 

~~

Aurora menapak masuk ke dalam Starbucks di Plaza Merdeka dan menuju ke kaunter. Matanya terarah pada telefon bimbit di tangan, penuh fokus. Sepatutnya Aiden sudah sampai dahulu kerana sudah berjanji akan menemuinya di kafe itu, namun kelibat Aiden pun tidak nampak. 

Satu tepukan lembut di bahu membuatkan Aurora terkejut, pantas dia memalingkan tubuhnya ke belakang. Secara otomatis bibirnya menguntum satu senyuman lebar saat melihat gerangan yang berdiri di belakangnya sejak tadi. 

"Hez! Lamanya tak nampak!" ujar Aurora teruja. Rasanya sudah sebulan lebih batang hidung Henry tidak nampak melepak di suitenya, apatah lagi melayangkan berita. Tetapi, tidak juga Aurora bertanya lebih lanjut kepada Aiden. 

"Yeah...busy sikit sebab saya dah pindah ke apartmen saya. Senang nanti suruh Id bawak awak okey?" 

Aurora angguk, namun pandangannya terarah kepada seorang gadis bertubuh petite yang comel berdiri di sebelah Henry yang tinggi lampai, menyiku lembut Henry membuatkan Aurora mengerutkan dahi. 

"Oh em, Rory. This is um, my girlfriend, Tania. Nia, ni girlfriend Id," perkenal Henry kepada Aurora. Aurora melemparkan satu senyuman mesra dan mengangkat tangannya, menegur Tania. 

"Kenal Id ya?" tanya Aurora. Tania angguk. "So, kenapa Id pernah jumpa Tania tapi saya tak tahu pun?" tanya Aurora lagi, kali ini kepada Henry. 

"Sebab, Tania goes to my gym," sampuk Aiden yang baru sampai, seraya memaut pinggang Aurora dan mengucup pipi Aurora mesra.

"Korang berdua dah janji ke nak meet up kat sini?"

"Kebetulan je, Baby Girl. Kalau korang berdua nak join, you're welcome," kata Aiden, mempelawa Henry dan Tania untuk duduk bersama.

"Jomlah. Lama tak dengar berita, nak catch up jugak," pujuk Aurora.

Sungguh, sejak Henry tiada, dia sedikit rasa kehilangan. Bukan apa, kadang-kadang, Henry menjadi temannya untuk meluahkan perasaan. Sedikit sebanyak, Aurora merasakan Henry terlalu memahami dirinya, membuatnya senang hati untuk berkongsi bermacam perkara dengan lelaki itu.

Sungguhpun Aiden itu teman lelakinya, namun ada beberapa perkara yang Aurora rasakan dia tidak dapat berkongsi dengan Aiden. Aiden mungkin tidak akan faham. Hubungan mereka berdua memang intim, semestinya, tetapi sesetengah perkara mereka berdua seolah tiada 'connection'. Di situlah Henry membuat Aurora menjadi selesa untuk meluahkan segalanya. 

"Kenapa tak bagitau saya yang Hez dah pindah? Patut pun lama tak nampak batang hidung dia kat suite," ujar Aurora kepada Aiden sebaik sahaja mereka mengambil tempat duduk di salah satu meja di kafe itu. 

Aiden menepuk dahi. Sungguh dia betul-betul terlupa. "Sorry, saya lupa nak bagitau. Housewarming dia nanti, kita pergi okey?" 

Aurora angguk. 

"Awak selalu lepak kat rumah Rory ke?" celah Tania, bertanya kepada Henry. Henry tersenyum nipis seraya menghirup kopi di tangan. 

"We both stayed at Pullman sometime ago. Saya masih lagi stay kat situ. Hez selalu teman saya kat suite, and selalu teman saya swimming. Which I missed so much!" 

Tania tersenyum kelat. Entah mengapa dia kurang selesa dengan kemesraan di antara Henry dan Aurora. Terlalu mesra. Saat Aurora ada di situ, perhatian Henry seolah-olah lebih diberikan kepada Aurora dan bukan kepadanya. Sedikit demi sedikit perasaan cemburu mulai menyelinap ke dalam diri Tania saat Aurora dan Henry rancak berbual tanpa mempedulikan dia yang berada di situ. 

Geramnya!

~~

Tania menghempaskan Chanel flap bag berwarna hitam miliknya di atas katil. Rambutnya diraup ke belakang, melangkah mundar mandir di dalam bilik tidurnya. Entah mengapa hatinya terasa sungguh panas saat teringat kejadian siang tadi. 

Kalau benar pun Henry dan Aurora hanya rakan, kenapa mereka berdua terlalu akrab sebegitu? Terasa tidak percaya pula. Tapi, mana mungkin Aurora akan mencurangi lelaki seperti Aiden yang tidak kurang kacaknya. Lagipun, Aiden dan Henry rakan karib. 

Tapi, kenapa Henry melayan Aurora sebegitu mesra sehingga lupa akan kewujudannya?

Tania merentap kasar beg tangannya, mengeluarkan telefon bimbit sebelum mendail nombor Henry. Buat beberapa ketika, cuma nada dail yang kedengaran, sebelum panggilan akhirnya diangkat. Terdengar suara Henry tergelak ceria di hujung talian, diselangi dengan gelak tawa seorang perempuan yang tanpa syak lagi adalah Aurora. Hati Tania kembali membara. 

"Kat mana ni?" tanya Tania ringkas, cuba untuk menenangkan diri. 

"Um, rumah. Kenapa?" 

"Dengan siapa? Meriah betul I dengar?"

"Oh, Rory ada kat sini."

Tania menghembuskan nafasnya kasar. "Takpelah. I'll talk to you when you're free," balas Tania sebelum mematikan talian.

CIKLET: Jika Kau MahuWhere stories live. Discover now